Thursday 31 March 2011

Misi Membangun Semula Gaza turut dibentang di Mesyuarat Agung Koperasi Muslimin di Johor dan Perak






Ucapan pengerusi perhubungan negeri Johor Koperasi Muslimin Malaysia di Pontian oleh PM Dr Mohd Zin Kandar pada 6 Mac 2011 turut membentangkan beberapa slides mengenai isu perjuangan ummat di dalam membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa. Sebagai salah seorang yang menyertai Konvoi A2G, tidak mungkin isu Palestin tidak dibentangkan di dalm mana-mana kesempatan beliau berucap. Melalui hanya dua setengah hari di Gaza, sudah cukup memberikan suatu pengalaman yang mendalam dan semangat yang sukar pudar.

Perjuangan Koperasi Muslimn juga tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan ummat yang lebih global. Sokongan dan dokongan Koperasi Muslimin terhadap perjuangan pembebasan Al-Aqsa jelas dibuktikan oleh para ahli lembaga koperasi dan ahli-ahlinya apabila Koperasi Muslimin menyumbang RM12,000.00 baru-baru ini untuk membantu membangunkan projek ternakan ikan air tawar di Gaza. Sumbangan disampaikan oleh Yg Arif Dato' Ustaz Abdullah Muhammad yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Msulimin kepada Eng AbdelRahem Shehab, Pengerusi Persatuan Islam Jabalia Gaza di Pejabat Koperasi Muslimin.

Ketika mewakili ALK di dalam mesyuarat Agung Kawasan di Ipoh Perak pada 20hb Mac 2011, Dr Mohd Zin turut membentangkan maklumat yang sama bagi dikongsi kepada anggota-anggota koperasi di Perak. Sekali gus memaklumkan kepada anggota-anggota koperasi akan sumbangan mereka di dalam perjuangan ummat yang bukan sahaja diperingkat tempatan tetapi juga global.

Aqsa Syarif Memeriahkan Sambutan 1 Dekad STAIL&SMART


















5 Mac 2011 di Kg Tok Bedu, Tasik Gelugor Seberang Prai Tengah Pulau Pinang telah berlangsung aktiviti besar anjuran Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL) bagi menyambut 1 dekad penubuhannya. STAIL mula ditubuhkan pada 1.1.2000 di dua buah rumah di taman Tok Bedu sumbangan sepasang suami isteri kedua-duanya guru yang telah bersara. Kemurahan hati beliau berdua sungguhlah tinggi nilainya. Insya Allah beliau berdualah orang yang paling "kaya raya" di sisi Allah.

Ustaz Ahmad Fahmi Abu Bakar (Lulusan Al-Azhar) bersama isterinya Wardatul Iman Sidu (keturunan Sikh) berkelulusan Bahasa Inggeris adalah dua orang hamba Allah yang mula mewakafkan diri mereka yang baru mendirikan rumah tangga itu untuk membangunkan STAIL dengan bilangan pelajar pra-tahfiz (5&6 tahun).

Dengan pengemblingan Ahli Lembaga Sekolah (ALS) dari pelbagai latar belakang seperti pensyarah Universiti, Guru, Kontraktor dan Pentadbir, STAIL terus berkembang secara bilangan belajar dan kawasan fizikalnya yang menyebabkan beberapa rumah berdekatan dibeli dan disewa. STAIL berdaftar dengan MUSLEH dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang. STAIL menawarkan sistem penddikan integrasi Tahfiz, Deeniyah & Akademik.

Kini setelah 10 tahun beroperasi, STAIL berkembang menawarkan sekolah menengah yang digelar Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) dan memiliki tanah dan bangunan empat tingkat hasil sumbangan ibu bapa, kerajaan negeri dan ahli-ahli korporat.

Sambutan 1 dekad STAIL & SMART diserikan dengan pelbagai aktiviti pameran, jualan dan aktiviti pentas. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Aqsa Syarif Sekretariat Pulau Pinang telah mengadakan pamiran dan kutipan dana untuk membangu membangunkan semula Gaza. Saudara Haris yang kelihatan bertungkus lumus di pameran Aqsa Syarif. Bertambah meriah lagi sambutan 1 dekad STAIL & SMART. Anak-anak dan para pengunjung mendapat banyak manfaat dari pamiran Aqsa Syarif di samping menghulurkan sumbangan bagi pembangunan semula Gaza.


Mengenai kejayaan STAIL & SMART: Tahniah kepada dermawan, para mualim, mualimah, staf, ibu bapa dan alumni STAIl serta murid-murid dan masyarakat setempat.

Tahniah kepada kesemua murabbi di STAIL & SMART. Teruskan amal, tingaktkan keikhlasan. Antum bakal menerima habuan kenikmatan dari Allah yang tidak terhingga seandainya curahan didikan antum semua kepada anak-anak STAIL & SMART dilaksanakan dengan penuh komitmen dan keikhlasan kerana Allah.



Beramallah

"Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)". "Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang." (Al-Maidah:55-56).

Sebagai hamba Allah, kita dituntut Allah nanti untuk menjawab segala persoalan tentang hidup kita di dunia. Tentang Masa kita, tentang umur kita, tentang harta kita, tentang akal/pemikiran kita, tentang pekerjaan dan amal kita, tentang apa jua yang memenuhi kehidupan kita dari sebesar-besar keputusan hingga kesehalus-halusnya di dalam kehidupan kita.

Apakah kita dapat menjawabnya nanti dihadapan Allah? Ketika itu tiada lagi peluang untuk kita undur kebelakang walaupun hanya setapak!

Oleh itu ayuh... teruslah beramal. Jangan lagi ditoleh kekanan mahupun ke kiri ... lihat lah kehadapan yang masih mengundung tugasan dan kewajipan. Yang masih menimbun masalah sosial, ekonomi, politik, kekeluargaan ... dan apa sahaja di dalam hidup yang masih bersimpang siur ini.

Sudah terlalu ramai manusia bercakap ... dari kedai kopi hingga ke dewan parlimen. Sudah banyak kajian ... dam banyak lagi penyelidikan akan dilakukan yang akan membelanjakan berbilion ringgit ! Persoalannya apakan formula, jawapan dan penyelesaiannya?

Jalan yang ditempuh Rasulullah saw bersama jamaahnya para sahabat radioullahu'anhum lebih 1400 tahun yang lalu begitu jelas dan terang. Bukan sekadar politik kampungan atau perkauman di Mekkah ketika itu, malah gergasi Rome dan Farsi pun telah mampu ditangani ...! dan dirundukkan...!

Apakah rahsia mereka? ...

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar". (Al-Fath:29)

... juga Al-Maidah 55-56

"(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayat petunjuk) dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian". (At-Talaq:11)

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya). Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa (apa lagi orang-orang yang lebih zalim)." (As-Sajdah:22).





Institusi Pendidikan Islam yang syumul sangat-sangat diperlukan pada hari ini. Bangunkanlah, suburkanlah, semarakkanlah, perkaskanlah. Carilah apa jua kemungkinan, kesanggupan, sokongan dan dokongan.

Sesungguhnya STAIL tidak mengatahui apa yang akan terjadi pada dirinya 10 tahun kehadapan pada hari pertama ia membuka pintunya untuk anak-anak yang bersih melangkah memasukkinya...

Kini STAIL baru tahu setelah ia melangkah 10 tahun.

Apakah yang akan berlaku di STAIL 10 tahun akan datang ? Wallhu 'alam. Tetapi warganya dan semua stakeholders STAIL MESTI TERUS BERAMAL dengan Ikhlas dan BETUL Insya Allah.

Maklumat lanjut:

http://www.stailsmart.edu.my/
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001081968399
http://abufarwah.blogspot.com/2009/07/gambar-gambar-kenangan-ketika-awal.html
http://www.youtube.com/watch?v=AXWQPjpCfGk

A2G Berkongsi di Karnival Masjid Manjalara Kepong





Alhamdulillah pada 4 March 2011 Ketua Konvoi A2G dapat bersama masyarakat sekitar Manjalara Kepong berkongsi pengalaman konvoi kemanusiaan ke Gaza. Dalam majlis tersebut, di adakan Forum Palestin yang mana ahli panelnya ialah PM Dr Mohd Zin Kandar dan Dr Abdul Malik dari UIA. Modarator forum ialah Ust Mahadzir Shaharuddin dari IKIM.Fm, manakala pengacara majlisnya ialah Che Amran dari kumpulan Raihan. Turut meriahkan karnival ialah pameran

Tahniah AJK Masjid yang berjaya menganjurkan karnival yang dipenuhi dengan berbagai aktiviti pameran, jualan dan aktiviti pentas.Aqsa Syarif yang diketuai oleh En Azmi Katiman, Pengerusi AQSA Subang Jaya.

Sunday 27 March 2011

Pengorbanan & Perjuangan

WEDNESDAY, FEBRUARY 16, 2011




15 Feb 2011, Kesempatan diberikan oleh JK Koperasi Muslimin Wilah Persekutuan Kuala Lumpur untuk berkongsi tajuk di atas. Penyampaian bermula dengan mengenengahkan keperluan kita sebagai individu Muslim dan organisasi Islam untuk memahami perjalanan kehidupan Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam sepanjang sejarah.

Pengorbanan dan perjuangan adalah sebahagian dari kehidupan berterusan mereka sehingga Allah memanggil mereka. Tiada di dalam diari kehidupan Rasulullah kecuali dipenuhi dengan Perjuangan dan Pengorbanan.



Di dalam realiti kehidupan dunia hari ini, tuntutan untuk berjuang dan berkorban semakin dieprlukan khususnya di dalam kehidupan para pencita kebenaran dan da;i. Masyarakat juga perlu di ajak memahami hakikat ini bagi meraih keridahan hidup dari Allah swt. Kemaksiatan dan kemungkaran hanya boleh di tangani seandainya pengorbanan dan perjuangan dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Ali Imran)

“Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Az Zariyat:56)

Pengorbanan dan Perjuangan adalah bagi memastikan Allah ditaati perintahnya. Perjuangan Rasulullah saw, malah para rasul terdahulu adalah untuk mengajak manusia mengabdikan diri dan mentaati Allah swt dan menghindarkan manusia membuat kesyirikkan dan kezaliman.

Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan [yang disembah] di langit dan Tuhan [yang disembah] di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.” (Azzukhruf: 84)

“Tidak ada hukuman itu melainkan bagi [kepunyaan] Allah. Ia perintah kamu jangan sembah melainkan Dia [sahaja], [kerana] yang demikian itu adalah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusoff: 40)



Allah mempastikan ummat Islam berjihad dan menyeru mereka melakukannya. Tidak seorang pun yang dikecualikan sekiranya beliau mempunyai kemampuan. Sesungguhnya ayat ini merupakan satu amaran dan pemberi awasan, satu pengajaran yang benar-benar memberi amaran keras. Dalam hubungan ini AIlah berfirman: "Berangkatlah maupun dalam merasa ringan atau merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah”.

Wahai ummat muslimin, beribadat kepada Allah, beriihad demi menegakkan agama kamu, mempertinggikan syari'at kamu, kesemuanya ini adalah merupakan tanggungjawab kamu dalam hidup. Sekiranya kamu tunaikan tanggungiawab ini dengan sewajamya maka kamu adalah orang yang berjaya.
Sekiranya kamu menunaikan sebahagiannya atau kamu cuaikan semuanya maka dengarlah ini kubacakan ayat Allah: "Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami mencipta kamu untuk bermain-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya”.




Inilah juga tanggungjawab secara berjama'ah yang mana Allah menyeru seluruh ummat Islam melakukannya supaya mereka menjadi satu barisan, satu ketumbuk yang kuat, supaya mereka menjadi tentera yang benar- benar ikhlas dapat menyelamatkan insaniyyah dan menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus.

Generasi Islam yang terdahulu telah mengetahui pengertian ini dan mereka bekerja untuk tujuan tersebut. Iman mereka mendorong mereka berkorban demi tujuan tersebut.
Al Qur'an di hadapahmu menyeru dengan terang dan jelas, Allah telah berfirman: Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah mereka itulah orang-orang yang benar”.

Perjuangan juga digambarkan apabila pada peringkat awal Yahudi Antarabangsa membuat konspirasi dan membuat tawaran kepada Khilafah Islam Othmaniah ketika itu. Lantas dijawab oleh Sultan Abdul hamid dengan kata-kata: "Generasi Islam yang terdahulu telah mengetahui pengertian ini dan mereka bekerja untuk tujuan tersebut. Iman mereka mendorong mereka berkorban demi tujuan tersebut.





Apa yang berlaku di Palestin dan di Gaza juga menyerlahkan tuntutan seluruh ummat Islam mengembling tenaga untuk bersama-sama rakyat palestin menghadapi kezaliman dan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh para tentera dan pemimpin rejim Israel laknatullah.

Aqsa Syarif melalui beberapa pendekatan dan penglibatan membuka ruang kepada masyarakat menjayakan beberapa projok menyokong perjuangan rakyat Palestin khususnya di Gaza dan Tebing Barat serta Lubnan