Monday 25 April 2011

Jualan Coklat Aqsa Syarif di Eropah



Bersempena Aqsa Syarif Le Tour d'Europe, jualan produk-produk keluaran Aqsa Syarif diadakan dan komuniti serta pelajar-pelajar Malaysai di Eropah berpeluang memilikinya serta merasa produk polular AQSA iaitu Coklat AQSA. Berita lanjut lihat di capaian berikut.


Perkongsian A2G di Masjid Umariah Lama, Kg Selama Batu 7 3/4 Jln Kapar, Kelang







Pada hari Ahad 24 April selepas solat Maghrib, Ketua konvoi A2G diberi peluang oleh Allah swt untuk berkongsi pengalaman mengikuti konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 2010 yang lalu.

Sekitar 120 ahli jamaah majid dan penduduk sekitar hadir. Penceramah menghuraikan beberapa pengalaman penting di antaranya:-
a. Penyertaan sukarelawan antarabanysa yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Ini terjadi kerana kezaliman rejim Israel yang teramat sangat sehinggakan tentangan yang diterima Israel sekarang bukan dari masyarakat Islam sahaja, malah masyarakat bukan Islam dari serata dunia termsuk, Eropah, Amerika, Australia, New Zealand, asia dan sebagainya.
b. Kezaliman rejim Israel berterusan, bermula dari seawal 1947 lagi dalam bentuk pengusiran penduduk tempatan, perobohan bangunan-bangunan, pembunuhan penduduk tanpa mengira umur dan kini dalam bentuk pemboikotan dan pembinaan tembuk-tembuk konkrit untuk menekan penduduk Palestin dari mendapat keperluan asas. Hal tersebut jelas menggambarkan zional adalah suatu kefahaman kebendaan dan perkauman yang ebrasaskan kezaliman.
c. Kekuatan rakyat Palesrin dan Gaza yang terus berjuang mempertahankan bumi ummah Islam dan Masjidil Aqsa. Mereka adalah benteng kepada ummah, berada di barisan hadapan menentang tentera-tentera pengecut Israel yang ganas. Hanya dengan batu-batu ditangan mereka mengusir tentera Israil dari menceroboh penempatan mereka. Ramai yang sudah terkorban, samada di kalaangan kanak-kanak, wanita, pemuda dan para alim ulama Palestin. Rakyat Malaysia mestilah berganding bahu bersama Aqsa Syarif, bersama-sama merasai bahawa, perjuangan mereka adalah perjuangan kita. Kesusahan mereka adalah kesusahan kita. Sokongan, doa, bantuan kewangan untuk perjuangan mereka perlu diteruskan. Perjuangan Palestin pasti menang suatu hari nanti. Oleh itu buatlah apa yang sesuai, termasuk memboikot produk-produk syarikat yang menyokong Israel seperti Nestle, Coca Cola, Mc Donald dan Este Lauder.







Pameran dan jualan oleh JK Aqsa Syarif Kelang turut di adakan yang diketuai oleh Sdr Kamsani.
Majlis dipengerusikan oleh bilal Masjid, Tn Hj Mohd Said Kandar tamat sekitar 9.45 malam.

Saturday 23 April 2011

Pendedahan Palestin dan Gaza di Sek Men Dato' Penggawa Barat Pontian









23 April 2011, seramai tiga ratus pelajar-pelajar asrama Sekolah Dato' Penggawa Barat telah mendapat pendedahan mengenai isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G merentasi benua eropah serta menembusi tembuk sekatan ke Gaza. Bermula selepas solat Maghrib sehingga berakhir jam 9.30 malam, sesi perkongsian disampaikan oleh PM Dr Mohd Zin Kandar dengan persembahan slides gambar-gambar dan video mrnganai Palestin dan Gaza.

Dr Mohd Zin sesekali menekankan aspek motivasi kepada pelajar-pelajar di samping isu Palestin yang dibicarakan. Perlunya para pelajar membina jatidiri sebagai umat Islam, penumpuan kepada pelajaran dan pencapaian kecemerlangan akademik adalah di antara fokus ceramah beliau.

Isu kezaliman rejim zionis Israel yang berterusan semenjak tahun 1947 dihuraikan di samping nasib malang rakyat Palestin yang telah kehilangan tanah dan hak untuk hidup di bumi sendiri. Intifadah (uprising) yang dilakukan penduduk Palestin dan perlunya membantu memperolehi semula Masjidil Aqsa dari cengkaman Israel turut dihuraikan bagi menyedarkan pelajar akan tanggungjawab memiliki sifat prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin dan usaha-usaha yang dijalankan Aqsa Syarif.

Turut hadir ialah ketua warden asrama, Ustaz Haris Mustafa, cikgu Rashid dan warden-warden asrama putera & puteri. En Abdul Halim (Pengerusi J.Kuasa Belia Remaja IKRAM Pontian) dan Muhammad Aiman Mohd Zin turut membantu dari aspek teknikal, kutipan derma dan jualan coklat Aqsa Syarif.

Sambutan dari para pelajar sekolah berasrama ini sungguh berkesan dan ramai dari pelajar terus bergegas balik ke asrama masing-masing untuk mengambil duit bagi membeli coklat Aqsa Syarif dan menghulurkan sumbangan ke tabung Aqsa Syarif.

Kesemua coklat sekitar 80 keping habis terjual dan sumbangan diterima dari pelajar-pelajar berjumlah RM106.80. Sesungguhnya nilai tersebut sangat besar jika dilihat dari aspek keadaan pelajar-pelajar yang masih berada di tingkatan 1-5 di sekolah berasrama. Tahniah SDPB kerana memiliki anak-anak murid yang begitu berhati mulia dan prihatin. Allahu Akbar.

Monday 18 April 2011

Syahidnya Pejuang kental Al-Aqsa & Palestin : Dr Abdel Aziz Rantisi







Kehadirannya benar-benar dirasai dan sentiasa membakar semangat rakyat Palestin, mengugah ummat dari kelenaan lebih 50 tahun dibawah cengkaman zionis laknatullah. Kehangatan semangat terus membara di dalam diri para pemu dan remajanya. Maka lahirlah anak-anak seumpama Faris Audah As-Syahid.

Pada hari ini, 7 tahun yang lalu, As Syahid Dr. Abdel Aziz Rantisi, ketua HAMAS pada masa itu telah gugur syahid akibat dibom oleh tentera Zionis. Namun pemergian itu hanyalah dalam bentuk jasad jasmani.
Roh semangat jihadnya telah dan sedang membakar jutaan insan untuk terus menentang zionis...! Semoga semangatnya terus hidup bersama-sama jiwa umat Islam bersama-sama memperjuangkan bumi Palestin. Lihat kejadian 17 April 2004 itu di link berikut http://on.fb.me/eD38jS

Ketika hidupnya As-Syahid Dr Rantisi pernah berkata selepas pembunuhan Syekh Ahmad Yassin "Kita akan mati juga satu hari nanti, tiada apa yang akan berubah. Samada kematian tersebut dengan Apache ataupun dengan sakit jantung (yang pastinya kita akan mati), dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache (Israel)". Baca lebih lanjut di sini http://bit.ly/gxW0ZE
Kini nama Dr Abdal Aziz Rantisi diabadikan oleh rakyat Gaza dengan menamakan sebuah Hospital yang sempat dikunjungi relawan Aqsa2Gaza dengan nama beliau.
Lihat juga Aqsa Syarif FB.



Aqsa Syarif Le Tour d'Europe - Czec Republic menerima kunjungan Dr Fauziah



Aqsa Syarif terus menjelajah ... memenuhi undangan para pelajar dan komuniti di serata dunia. Kini di Czec Republic, bagi Memperkasa Ummah - Membebaskan Al-Aqsa. Dr Fauziah Mohd Hasan, salah seorang ahli Pemegang Amanah Aqsa Syarif (BoT), yang juga seorang doktor pakar dan aktivis kemasyarakatan dan kemanusiaan, rela meninggalkan tugasan harian dek kerana pangilan jihad di dalam menyumbang ke arah perjuangan Palestin. Beliau ditemani suami tercinta Prof Dr Alauddin ke Republic Czech dari 16 - 21 April 2011.

Beberapa tajuk penting mengenai isu Palestin akan dikongsikan kepada para komuniti di R.Czeck yang turut dihadiri pegawai-pegawai Malaysia di luar negara. Peranan dan penglibatan Aqsa Syarif juga akan dibentangkan. Tajuk-tajuk berkaitan profesion sebagai doktor perubatan akan juga dikongsikan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti bidang perubatan di sana.

Tentunya pengalaman menyerti misi bantuan di pelbagai negara di asia mahupun di Gaza yang dilibati Dr Fauziah akan begitu berguna kepada generasi muda yang sedang belajar.

Berikut adalah jadual perjalanan dan program yang disusun oleh komuniti di R. Czect.


Jadual Aqsa Syarif Le Tour d’Europe – Czech Republic

PAMERAN BERSAMAMU PALESTIN
Tarikh: 16 dan 17 April 2011
Tempat: TPMG 2011

Aktiviti

* Pameran
* Permainan Interaktif
* Kuiz Palestin
* Jualan ‘Bersamamu Palestin’

OLOMOUC
Tarikh: 19 April 2011
Tempat: Sports Faculty Neredin

Tentatif
1900: Medical Sharing: Professionalism and Activism in Malaysia
2000: Solat Maghrib
2030: Talk: Revolusi Timur Tengah dan Masa Depan Palestin
2200: Q & A
2230: Persembahan & Penutup
2300: Bersurai

HRADEC KRALOVE
Tarikh: 20 April 2011
Tempat: Main Lecture Hall, Lekarska Fakulta

Tentatif
1830: Medical Sharing: Professionalism and Activism in Malaysia
2000: Solat Maghrib
2030: Talk: Kita dan Palestin
2200: Q & A
2230: Persembahan & Penutup
2300: Bersurai

PRAGUE
Tarikh: 21 April 2011
Tempat: Dean’s Office IP Pavlova (tempat MCD)

Tentatif
1900: Medical Sharing: Professionalism and Activism in Malaysia
2000: Solat Maghrib
2030: Talk: Palestin Tanggungjawab Siapa?
2200: Q & A
2230: Persembahan & Penutup
2300: Bersurai

Pelbagai aktiviti menarik seperti tayangan, jualan, persembahan, kutipan sumbangan dan jamuan ringan disediakan. Semua dijemput hadir.

Saturday 16 April 2011

Catatan Hj Norazmi di Moscow - Siri 2


Assalamualaikum WM WB.

Baru ada kesempatan untuk menyambung catatan perjalanan AQAS SYARIF LE TOUR D'EUROPE 2011 di Russia.

Di antara sessi perkongsian saya dengan para peajar di Eropah khususnya di Moscow ialah di rumah pelajar-pelajar Malaysia. Lokasinya agak jauh dari hotel penginapan saya.

Di Moscow sewa rumah terlalu mahal. Rumah (apartment) umumnya disewa dengan kadar RM5,000 sebulan. Hanya ada 3-4 rumah yang disewa oleh pelajar Malaysia. Selebihnya tinggal di asrama universiti.

Perjalanan ke rumah pelajar kami naik bas, kemudian naik keretapi dan naik bas lagi. Oleh kerana masa perjalanan kami bertepatan dengan masa warga Moscow balik kerja, bas agak sesak. Kami turun bas bila jalan jem dan berjalan kaki ke rumah tersebut. Pertama kali seumur hidup saya berjalan dalam keadaan salji turun. Rasa syok juga. Selalunya di Malaysia jalan meredah hujan. Teringin juga nak makan sajli tu, tapi takut dikatakan oleh orang sana bila nampak lidah terjelir keluar menahan salji, "Manusia dari mana ni? Tak pernah tengok salji turun ke?" Maka niat tu dibatalkan.

Program diadakan untuk anak-anak kita para pelajar di Moscow. Sekitar 30 orang yg hadir. Kesian juga kepada mereka kerana dimaklumkan lama mereka tak jumpa orang Malaysia. Isteri saya pula menziarahi rumah pelajar-pelajar perempuan di Moscow. Tiga kali naik keretapi nak tiba rumah mereka. Bagi pelajar perempuan, mereka mengatakan inilah makcik pertama yang datang mengunjungi mereka. Tergambar di raut wajah-wajah mereka perasaan seronok jumpa kami. Besar maknanya kepada mereka.

Saya diminta membuat pengisian. Tajuk yang saya pilih ialah "ikhlas kepada Allah dalam perjalanan dan perjuangan hidup".

Di antara isi-isi perkongsian saya ialah:-

1. Perlu rasa nikmat dengan iman dan Islam yang kita miliki. Tuntutan orang yang beriman ialah memelihara diri dengan akidah, akhlak, ibadah dan syariah. Selain dari kewajiban diri sendiri, kita wajib menyampaikan kepada orang lain.

2. Orang muslim boleh diistilahkan seumpama memiliki berlian yang sangat berharga. Berlian ini perlu digilap dan dijaga bagi memelihara kualiti dan nilainya. Iman dan amal yang ikhlas adalah cara menjaga 'berlian' yang ada pada diri kita.

3. Justeru itu, penyerahan yang bulat kepada Allah (keikhlasan) amat perlu. Kita perlu berusaha mencari jalan-jalan bagaimana boleh mengenali Allah SWT dan kebesaran Allah sama ada melalui majlis-majlis ilmu dan merenung ciptaanNya. Kehebatan Allah di dalam memncipta keluasan alam ini yang tidak terjangkau oleh akal fikiran - lihatlah alam cakrawala dan galaksi-galaksinya. Terlalu banyak rahsia alam yang kita boleh lihat dengan hanya mendongak ke langit, tetapi terlalu banyak yang masih tidak diketahui oleh akal manusia yang cukup limited. Apatah lagi untuk memikirkan tentang sifat Allah itu sendiri. Maha Besar Allah. Terlalu mustahil untuk difikirkan. Lihat lah pula kehebatan ciptaan yang sekecil atom (yang mana semua benda di alam ini adalah susunan atom-atom) di mana dalam satu atom, jika diandaikan proton dan neutron sebesar kepala jarum, elektron yang berputar kelilingnya sejauh 100 meter. Selain itu, semuanya void atau kosong - vacumn. Yang kita rasa keras (besi) atau lembut (kapas) atau cair (air), hanyalah tekanan putaran elektron tadi. Maknanya, jasad kita dan alam ini sendiri hanyalah kosong semata2. Sungguhpun begitu, dengan benda yang kosong inilah Allah jadikan semua benda yang complicated di alam ini. Mata yang melihat - bilangan sel yang berbillion yang terlibat dalam memproses setiap penglihatan, bab suara dan dan pendengaran yang begitu komplicated hinggakan kita boleh bezakan suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua, bangsa, individu tertentu walaupun perkataan yang disebut adalah sama. Kita boleh tahu pemilik siapa suara itu walaupun ia sekadar getaran atom yang dilagakan dari kotak suara dan dibawa oleh udara kepada telinga. Begitu hebat ciptaan Allah ini.

Segala pujian hanya untuk Allah. Terlalu hebat hinggakan kita sering lalai dari memikirkannya. Kita terlalu kerdil dan teramat tidak significant dalam sistem cakerawala dan alam ini. DAN yang paling penting, semua kejadian ini; semua cacing, semut, binatang dan manusia, Allah tahu mana asal usulnya, ibu bapanya, rezeki dan nyawanya. Semua tindakan, semua mainan perasaan dan hati diketahui Allah. Ikhlas atau tidaknya kita dalam perjuangan ini semuanya dalam ilmu Allah. Sungguh Maha Suci Allah. Memikirkan kejadian alam dan kehidupan di dunia ini menyebabkan kita akan terasa amat kerdil dan tidak penting. Allah tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang sangat perlu kepada Allah. Teramat perlu.

4. Perjalanan dan Perjuangan dalam agama ini hanyalah semata-mata untuk kita menjadi hamba kepada Pencipta Yang Maha Agung ini, selaras dengan doa iftitah yang kita baca setiap kali solat. Semua tindakan kita perlu selari dengan ayat 24 Surah At-Taubah dimana kasih kepada Allah dan Rasulnya serta berjihad dijalannya adalah keutamaan dalam hidup ini.

Begitulah serba sedikit perkongsian saya dengan pelajar-pelajar di dalam ziarah saya.

Sambung nanti dalam siri 3, Insya Allah.

Norazmi Talib

Thursday 14 April 2011

Tragedi Jenin April 2002 - Lagi Bukti Jelas kezaliman Zionis



Thursday, April 14, 2011

Kemusnahan Khemah pelarian Jenin dibedil kereta kebal
dan dirobohkan oleh jentolak askar pengganas Israel (IDF)

Assalamualaikum,

Mungkin tragedi berdarah di Deir Yassin 63 tahun lalu pada bulan ini angkara zionis durjana masih lagi meninggalkan luka dan darah yang mengalir. Namun Deir Yassin adalah salah satu dari lembaran pembukaan kepada siri-siri penderitaan yang tidak berkesudahan yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin sehingga kini.

Sementara ingatan kita masih meratapi apa yang berlaku di Deir Yassin, pada bulan yang sama iaitu selama 10 hari dari 3 hingga 12 April 2002 rakyat Palestin di khemah pelarian di Jenin, Tebing Barat dikepung oleh tentera Israel dan berlakulah kebiadapan yang tidak tergambarkan oleh akal fikiran yang waras. Pembunuhan dan pembantaian berterusan selama sepuluh hari ini diikuti pula dengan 13 hari kepungan di mana tidak ada bantuan yang dibenarkan. Penduduk Jenin yang terperangkap di dalamnya menggunakan tangan mereka untuk mengais tanah dan runtuhan-runtuhan rumah mereka bagi menyelamatkan kaum keluarga yang tertimbus di dalam rumah akibat diroboh oleh jentolak dan dibedil dengan kereta kebal.

Penduduk Jenin yang merupakan pelarian perang tahun 1948 berjumlah sekitar 14,000 orang dikenakan perentah berkurung oleh tentera Israel bermula dari 3 April 2002. Kepungan dan serangan biadap yang menyususlinya telah dirancang sebulan sebelumnya oleh Perdana Menteri Israel, Ariel Shahron (yang bertanggungjawab di atas pembunuhan di Sabra dan Shatilla pada tahun 1982 yang menyaksikan lebih 3,000 rakyat Palestin disembelih dengan penuh kejam). Beliau dengan angkuh mengatakan

The Palestinians must be hit and it must be very painful. We must cause them losses, victims so that they feel the heavy price” (Rakyat Palestin mesti dihentam dengan cara yang paling menyakitkan. Kita mesti menyebabkan kemusnahan, kematian supaya mereka membayarnya dengan harga yang paling tinggi)

Berbekalkan kata-kata biadap itu tentera-tentera Israel (IDF) mula memasuki khemah pelarian Jenin yang sempit dan padat itu. Mereka menembak mana-mana rumah kediaman secara rambang dan jentolak pula meranapkan rumah-rumah tanpa mempedulikan penghuninya yang meraung minta waktu untuk keluar menyelamatkan diri. Seorang pemandu jentolak dengan bangganya mengatakan

“There were many people in the houses we started to destroy… I'm sure that people died in these houses, but it was hard to see… I enjoyed seeing each house fall… If something hurts me, it's that we did not erase the entire camp."(Ada ramai penghuni apabila kami mula melakukan operasi meranapkan rumah-rumah… saya pasti mereka mati di dalam rumah-rumah mereka, tetapi ia sukar untuk dilihat… saya merasa seronok melihat setiap rumah yang tumbang… kalaulah ada yang menyakitkan saya, ialah apabila kami tidak melenyapkan seluruh khemah pelarian Jenin)

Pemandu jentolak ini diberikan pingat kerana keberaniannya….! Pelbagai cerita kejam sepeti yang berlaku di Deir Yassin 63 tahun yang lalu seolah-olah diulang tayang. Askar-askar IDF (lebih tepat dijoloki askar-askar pengganas Israel) menggunakan penduduk Jenin sebagai perisai mereka ketika mereka menembak ke atas penduduk Jenin. Dua orang ayah dan anak yang berumur 14 tahun, dijadikan tebusan dan bahu mereka dijadikan tempat untuk mengalas senapang mereka. Mereka menembak dengan bahu mangsa mereka sebagai galas! Seorang kanak-kanak juga di bawa ke mana sahaja sebagai pelindung askar-askar pengganas ini. Kanak-kanak ini kemudiannya ditembak dilututnya dan dibiarkan selama 6 hari tanpa dibenarkan keluar dari khemah Jenin untuk mendapatkan rawatan. Apabila kanak-kanak ini diselamatkan kemudian kakinya sudah busuk (gangrene) dan tidak dapat diselamatkan lagi. Seorang jururawat Palestin yang sedang bertungkus lumus untuk merawat seorang mangsa tembakan askar pengganas Israel ditembak pada jantungnya dengan sengaja.

Kengerian yang ditanggung oleh penduduk Jenin terpaksa dilalui tanpa mendapat sebarang perlindungan dari dunia luar termasuklah PBB. Kebiadapan ini berlaku dan dunia hanya memerhatikan sahaja penduduk Jenin ditimbus hidup-hidup dan ditembak oleh askar-askar pengganas Israel seolah-olah mereka pergi berburu. Jika kejadian yang menimpa Deir Yassin 63 tahun lalu tidak disedari kerana faktot capaian media. Namun pembunuhan keji di Jenin berlaku pada tahun 2002 di mana teknologi media sudah sampai ke satu tahap kemajuan di mana maklumat sampai dalam waktu sebenar ‘real time’. Jelaslah isunya bukan maklumat tetapi kelumpuhan umat Islam dan dunia amnya untuk bertindak. Negara-negara umat Islam dan masyarakat antarabangsa seolah-olah hilang upaya menjadi tawanan Zionis Israel yang dikebirikan.

Berapa ramaikah syuhada yang gugur dalam pembantaian Jenin? Bilangan mereka tidak diketahui. Namun Jenin masih ditutup dari liputan luar selama 13 hari selepas pembantaian yang berlangsung selama 12 hari dalam bulan April itu jelas menunjukkan Israel memerlukan waktu untuk membersihkan jenayah kejinya. Terdapat laporan mayat-mayat syuhada segera diangkut ke dalam trak dan dikebumikan di dalam sebuah kubur massa. Maka bilangan rasmi penduduk Jenin yang dilaporkan terbunuh oleh PBB iaitu sekitar 100 orang adalah terlalu kecil. Bilangan yang sebenar tidak diketahui bahkan berapa ramai mayat yang tertimbus yang tidak dapat dikesan?

Aqsa Syarif sekali lagi mengajak umat Islam khasnya dan rakyat Malaysia supaya menginsafi kejumudan dan kelumpuhan dunia untuk bertindak membela rakyat Palestin. Tragedi Jenin di susuli pula dengan pelbagai tragedi lain dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun sehinggalah kini. Aqsa Syarif tidak akan jemu mengingatkan tentang tragedi-tragedi ini kepada semua. Sampai bilakah kalender kita akan terus dipenuhi dengan ulang tahun- ulang tahun tragedi berdarah di Palestin.

Ayuh bangunlah agar kita menandakan pula di dalam kalender memperingati perjuangan Palestin dengan satu tarikh yang pasti iaitu pembebasan Masjid al-Aqsa, tanah suci Baitul Maqdis dan ‘Ardhul Anbiya’ bumi Palestin.

Aqsa Syarif, Sempena tragedi Jenin

3 – 24 April 2002

Aqsa Syarif Di Seluruh Malaysia


Memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa

Monday 11 April 2011

Catatan Hj Norazmi di Moscow - Day 1


2011/4/11 Norazmi Talib <norazmitalib@gmail.com>

Assalamualaikm Wm Wb.

Kami dah selamat sampai di Moscow petang semalam dan disambut di lapangan terbang oleh saudara Imran, pelajar tahun akhir medic yang hanya tingga sekitar 2 bulan sahaja lagi di sini utk habiskan pengajiannya. Dah 6 tahun beliau disini. Cuaca di Moscow agak panas, 2 deg C. Itu kira panas le tu. Kalau sejuk, minus 30 deg C dan boleh mencecah minus 50 deg C. Salji masih turun semlm dan hingga pagi ni pun masih ada salji lagi. Cuaca dah berubah. Skrg sepatutnya spring, bukan winter. Alhamdulillah bawa winter coat sebab tengok dalam internet suhu minus 2 deg C.

Dari airport, terus ke hotel tempat berlangsungnya program Aqsa Syarif Europe Tour untuk Moscow. Kehadiran sekitar 300 org kebanyakkan pelajar di sini. Juga turut hadir kakitangan dari kedutaan Moscow, 3 orang yg diketuai oleh Secretary for Student Affairs, En Wan Azizam bin Wan Salleh, yang berasal dari Besut. Duta Moscow, Dato Zainol Abdin tidak dapat bersama disebabkan tugasan beliau yang padat.

Penganjur sememangnya menganjurkan program Palestin di sini secara besar-besaran.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya ceramah dari oleh saya khususnya berkisar tajuk isu Palestin dan pengalaman konvoi A2G tempohari VP5 yang disertai oleh tujuh sukarelawan Aqsa Syarif dari 15 Sep - 25 Okt 2010. Ceramah dimulakan sekitar jam 7 malam, berhenti sebentar apabila masuk solat maghrib dan sambung semula hingga jam 9.45 malam. Saya cuba sampaikan isu Palestin dengan perspektif yang positif, sebab selama ini banyak kita memperkatakan Palestin dalam perspektif yang negatif; kesusahan, kekurangan makanan, pembunuhan, bom sana-sini, kesedihan dan banyak lagi - "There's always 2 sides of a coin".

Dari sudut positifnya, isu Palestin ini adalah perencanaan Allah untuk mengembalikan semula umat ini kepada kedudukannya sebagai Khalifah. Palestin adalah 'guru' kita dan kekuatan umat Islam di sana dari segi kesabaran, keteguhan dan keberanian walaupun kanak-kanak. Kita telah saksikan bagaimana kanak-kanak palestin tidak takut mati, memiliki kekuatan iman dan berpegang teguh kepada agama, tidak mudah 'give-up', tidak mementingkan diri sendiri, akhlak remaja menonjol, kepatuhan kepada arahan ketua dan banyak lagi sifat-sifat positif. Pandangan saya, akhlak umat ini yang sangat perlu kita kaji, dalami dan ambil pelajaran. Mereka tidak boleh dan tak mungkin dikalahkan walaupun sekuat mana musuh khususnya US dan Israel. Ini janji Rasulullah saw yang kita perlu yakini.
Masa depan adalah untuk mereka dan kita hanya mengikut. Kedudukan mereka di sisi Allah jauh lebih tinggi dari kita. Mereka adalah pejuang agama dalam medan sebenar manakala kita hanya membantu dari jauh.

Oleh itu, hakikanya kita bukannya menolong mereka tetapi merekalah yang menolong kita. Mereka melaksanakan dan menjalankan tugas yang tidak mampu kita lakukan. Justeru itu bantuan yang kita hulur bukan sumbangan tetapi satu tanggung jawab yang akan ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Mereka bukan peminta sedekah dan kalau kita tidak bantu mereka atau turut sama dalam perjuangan akhir zaman ini, Allah akan membantu mereka. Kemenangan tetap diberikan kepada mereka walaupun kita tidak turut serta.

Kesimpulannya, isu Palestin ini bukan hanya cerita mereka tetapi yang lebih penting ini adalah cerita kita. Cerita keimanan dan perjuangan kita.

Begitulah ringkasnya penyampaian saya semalam di Moscow. Kelihatannya hadirin dapat menerima dengan baik, termasuk kakitangan dari kedutaan. Malah ramai pelajar yang bersalam selepas ceramah menyatakan bahawa mereka tidak puas sebab mereka tahu masih banyak yang perlu disampaikan dan mereka perlu dengar. Ada yang minta saya datang semula untuk menyambung balik cerita ini. Ada yang bertanya: "Pkcik dari Ikram ke? Saya nak ikut Ikram boleh tak?". Yang lain bertanya "Macam mana kami nak ikut sama dalam perjuangan Palestin ini ?. Pkcik boleh tolong tunjukkan cara?"

Memang masa yg diberikan agak terhad kerana dewan disewa hingga jam 10.00 mlm sahaja. Masalah Moscow ini, tempat ceramah memang terhad dan sukar diperolehi. Ini diakui sendiri oleh pegawai dari kedutaan Malaysia di Moscow.

Saya kagum dengan persediaan pelajar-pelajar di sini. Memang kata mereka agak kelam kabut kerana banyak halangan. Sungguhpun begitu mereka bertungkus lumus menjalankan aktiviti Palestin ini dan ini adalah satu kejayaan.


Sunday 10 April 2011

Relawan A2G memenuhi undangan AQSA SYARIF EUROPE TOUR 2011


Alhamdulillah, Tn Hj Norazmi kini berada di Eropah di dalam satu lagi misi istimewa AQSA SYARIF EUROPE TOUR 2011 anjuran aktivis, komuniti dan pelajar-pelajar di Eropah. Tn Hj Norazmi adalah salah seorang dari 7 orang relawan A2G yang telah mengikuti misi perjalanan darat ke Gaza sejauh lebih 6000 km dan memasuki Gaza pada 21 Okt 2010 membawa bantuan untuk rakyat Gaza dan mendapat pendedahan kehidupan rakyat di Gaza.

Insya Allah pengalaman tersebut akan dimanfaatkan dan dikongsi dengan komuniti di Eropah di dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan bersempena AQSA SYARIF EUROPE TOUR 2011 dari 11 - 28 April 2011. Turut diundang ke program tersebut ialah Dr Fauziah Hassan iaitu seorang aktivis yang memegang jawatan sebagai ahli BoT Aqsa Syarif, ahli DPN IKRAM dan IKRAM health. Beliau juga salah seorang relawan yang telah menjejak Gaza ketika serangan Israel pada 2008/09.

Berikut adalah ringkasan program:-

AQSA SYARIF EUROPE TOUR 2011

(Sokongan daripada Persatuan² Pelajar dan Embassy negara² Eropah)

- RUSSIA: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow (11 April 2011)

- RUSSIA: Nizhny Novgorod (12 April 2011)

- RUSSIA: Volgograd (13 April 2011)

- FRANCE: Toulon (17 April 2011)

- CZECH: Olomouc (19 April 2011)

- CZECH: Hradec Kralove (20 April 2011)

- CZECH: Prague (21 April 2011)

- JERMAN: hannover (23 april)

- POLAND: Warsaw (24-28 April 2011)

Maklumat dan perkembangan dapat dicapai melalui link berikut:-

http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com/

http://www.youtube.com/user/Aqsasyarifeuropetour

http://www.facebook.com/event.php?eid=161170383940748



Relawan Abd Wahab Yahya di Kedah Terus Aktif


Relawan A2G saudara Abdul Wahab Yahya terus aktif dengan pelbagai aktiviti ceramah dan pameran di merata tempat di utara semenanjung yang menjangkau ke negeri Perlis dan Langkwi selain sekitar Alor Star dan Sg Petani.

Terkini, pada 3 April 2011 beliau memberi ceramah di Surau Kulim Square, Lunas dan pada 7.4.2011, ceramah Palestin di Surau ArRaudhah, Petronas Fertilizer, Gurun, Kedah.

Sekembalinya dari konvoi, sdr Abdul Wahab berjaya mengutip sejumlah RM30,927.00 dari orang ramai dan sudah di masukkan ke akaun Aqsa Syarif selepas kutipan diterima. Tahniah Sdr Abdul Wahab. Usaha saudara memperkasa Ummah Membebaskan Al-Aqsa diganjari Allah dengan ganjaran yang terbaik.

Walaupun Jamaah Surau Nurul Salam Sedang Menjana Pembinaan Masjid mereka, Palestin Tetap Tidak Dilupakan





Sumbangan sejumlah RM1910.00 diterima wakil Aqsa Syarif di dalam program ringkas selepas solat maghrib pada 9 April 2010 hasil kutipan jamaah surau NurulSalam Tmn Pulai Indah Kangkar Pulai Johor. Aktiviti penjanaan dana untuk pembinaan masjid mereka tidak menghalang untuk mereka meneruskan sokongan di dalam perjuangan Palestin. Dr Mohd Zin yang mewakili AQSA menyatakan penghargaan kepada jamaah surau dan penduduk di taman tersebut yang secara konsistan mengadakan program-program berkaitan Palestin. "Kita sememang perlu terus merancang dan melaksanakan kewajpan secara serentak - samada kewajipan terhadap keluarga, masyarakat setempat mahupun isu global seumpama Palestin" jelas Dr Mohd Zin. Perkembangan dan berita terkini Palestin turut dibentangkan kepada para jamaah yang hadir di surau sebelum majlis penyerahan sumbangan. Jazakumullahukhairan kepada semua yang menyumbang.

Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin




Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin dengan usaha-usaha pengumpulan dana untuk projek-projek usahasama Aqsa Syarif dan NGO-ngo di Gaza. Begitulah respon spontan pensyarah dan staf di FKM selepas mendengar perkongsian pagi Jumaat 8 April 2011. Pengurus bengkel FKM mengadakan inisiatif mengumpulkan staf setiap pagi Jumaat dengan mengundang rakan-rakan memberi tazkirah, kali ini ialah relawan A2G Dr Zin. Insya Allah, Aqsa Syarif Johor akan mengirimkan tabung ke FKM. Semoga usaha murni FKM dipermudahkan Allah di ganjari sebagai amal yang sangat mulia di sisi Allah.

Ust Rofazlin berkongsi Pengalaman di Pt Betak Benut PontianAqsas



7 April ( Khamis ), jam 9.00 pagi berlangsung perkongsian A2G oleh relawan Aqsa Syarif ke Palestin. Ceramah bersempena Maulidurrasul SAW di Masjid Kampung Parit Betak, Benut Pontian Johor ini dihadiri oleh penduduk sekitar Benut juga daerah-daerah berdekatan. Program berkala ini adalah sebaagian dari kumpulan tasauf. Ustaz Rofazlin menerangkan peranan Aqsa Syarif di dalam membantu perjuangan Palestin yang dijalankan dalam bentuk peojek-projek pembangunan semula khususnya di Gaza.

Saturday 2 April 2011

Krativiti & Inovasi Mendokong Perjuangan Palestin


Bersempena Pesta Konvo di UTM. Kreativiti dan Inivasi di dalam memaksimakan impak di dalam kempen kesedaran Palestin dan penjanaan kutipan tabung Aqsa Syarif, pelbagai teknik menarik dilakukan aktivis mahasiswa/i di UTM dan klip ini dihasilkan

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1999250500077&comments


Kutipan derma sebanyak RM9,911.11 dan Yen3000 telah berjaya dijana. Jualan pula RM5,353.80. Terima kasih kepada semua, khususnya sukarelawan yang bekerja keras. Terima kasih khas kepada sekumpulan pelajar UTM yang begitu kreatif melakonkan persembahan sambil mengutip derma di jalanan. Tanpa segan silu untuk mengutip derma daripada orang ramai.

Sesungguhnya amal ikhlas kalian akan menjadi saksi dan bukti kebersamaan antum semua di dalam perjuangan yang suci murni membebaskan Palestin dan menentang ketidakadilan dan kezaliman rejim Israel.