Monday, 27 September 2010

Sambutan Hebat IHH di Turki.







Sekitar 12.00 tengah hari 27 September 2010.

Kesemua konvoi dapat melepasi sempadan Greece-Turki.

Sebaik kami muncul di tanah Turki, kami lihat puluhan lambaian bendera Palestin, Turki dan IHH tempat letak kereta. Sorakan bertalu-talu sahut menyahut kegembiraan kerana kedatangan konvoi di negara Turki.

Ada antara mereka meghadiahkan bag-bag buah-bauhan. Tiada ungkapan dapat diluahkan relawan. Hanya mata yg mampu berkaca. Indahnya berkasih sayang sesama Islam.

Kelihatan beberapa peserta konvoi yang menerpa saudara seislam, saling berpelukan. Seolah-olah sudah dikenali sebelum ini. Sedangkan, inilah kali pertama mereka bertemu. Mungkin itulah gambaran kegembiraan yang teramat sangat. Pelukan erat. Linangan air mata. Semuanya lahir sepontan. Semuanya berlaku kerana memiliki perjuangan yang sama.

Selepas pertemuan ringkas, beberapa aktivis IHH terus bersama mengiringi peserta konvoi menuju Istanbul. IHH telah merancang program sambutan selama 3 hari.

IHH telah menyediakan makan malam utk peserta konvoi di sebuah restoren di tepi laut. Turut hadir, presiden IHH dan George Gall0way. Malam ini peserta konvoi akan bermalam di Istanbul iaitu di sebuah dewan sukan.

Sunday, 26 September 2010

Kamu Pendorong Perjuangan Ummah Ini


Siapakah kami sebenarnya berbanding kamu wahai saudaraku.
Tidak kupunya apa kecuali meminjam semangat darimu.
Tidak ku kenal erti perjuangan kecuali ku saksikan dari realiti yang kau terus hadapi saban hari.
Tidak kupunya harapan, kecuali harapan mengunung yang kau telah bentangkan di dalam perjuanganmu yang masih belum berakhir, walaupun telah mengorbankan jiwa-jiwa syuhada'.
Tidak ku dapat perlihatkan kepada generasi pelapisku, kecuali di layar-layar mengenai realiti hempas pulas hidup dan mati hari-hari perjalanan hidupmu.
Tidak ku dapat ungkapkan erti pengorbanan, kecuali jerit pekik mu bersama takbir yang menyusul dari titisan darah para pejuangmu dari semua yang rela menjadi perisai ummah ini.
Tidak ku mengerti janji-janji Allah kecuali keyakinanmu yang kau buktikan dalam setiap degup jantungmu sehingga kau rela dimamah peluru zionis durjana.

Kini kami pingin menjenguk dimedan mu ...
Kini kami mahu belajar dari guru yang telah terbukti ilmunya.

Tapi mungkinkah aku mampu berguru darumu ?

Namun ... kau izinkan ku melangkah dibumimu ... walaupun sekedar untuk melihat wajah-wajahmu para kekasih Allah rabul alamin.

A2G
0105 am
Alexandrapoulis, Greece.

aqsa2gaza: igoumenitsa port

aqsa2gaza: milan-ancona jetty-ferry

aqsa2gaza: camping the Milan

kami punya camping site in Milan

from Lyon to Turin

Video perjalanan kami dari Lyon ke Turin (Torino)

Saturday, 25 September 2010

Pagi ini Perjalanan menuju Timor Greece



8.00 am waktu greece konvoi bertolak dari Tessaloniki dan meneruskan perjalanan menuju timor Greece menuju bandaraya Alexandrapouli. Jalan menuju kota ini merentasi pelbagai bukit dan lurah. Namun tidak sebanyak terowong yang kami lalui ketika sebelum ini.

Jam 3.50ptg waktu tempatan, konvoi kami sampai dan kami ditempatkan di camp-site berdekatan kota dan ditepi pantai.

Kami yang muslim, terus bergegas menunaikan solat jama' qsar berjamaah. Alhamdulillah semenjak kami melantik amir dikalangan ahli konvoi muslim, urusan ibadah kami agak tersusun dan solat dijalankan secara berjamaah. Setiap kali selepas solat, kami ada sessi tazkirah dan kali ini mengenai kewajipan menjaga ibadah dan akhlak sebagai sukarelawan Islam.

Mesyuarat dan briefing kemudiannya diadakan oleh Mis Niki dan Br. Amar yang menerangkan akan persiapan melintasi sempadan Greece - Turkey besok.
Setakat ini bilangan kenderaan konvor berbagai jenis dan saiz sekitar 45 kenderaan dan ianya akan bertambah apabila penyertaan konvoi dari arah barat seperti Moroko, Algeria, Tunisia tiba di Egypt, manakala dari sebelah timur akan datang iaitu dari Qatar & Jordan.