Sunday, 3 October 2010

Sukarelawan Konvoi Ziarah beberapa kubur Syuhada'




Sukarelawan konvoi kemanusiaan ke Gaza dibawa ke empat kubur syuhada’ yang terkorban di Kapal Flotila Mavi Marmara di perairan antarabangsa pada 31 mei 2010 iaitu kubur dua Syuhada' di pinggir bandaraya Istanbul dan kubur kubur Furqan Dogan (19 tahun) di Kaysera dan kubur seorang lagi di bandar Adana.
Di ketiga-tiga lokasi, suasana begitu syugul tetapi semangat para sukarelawan seolah-olah di pacu dengan beberapa ucapan ringkas oleh beberapa sukarelawan termasuk sukarelawan Malaysia.

Bukan sekedar ziarah, tetapi kenyataan-kenyataan mengutuk tindakan biadap rejim zionis Israel dikecam. Menurut Dr Zin: "Gugurnya para syuhada Turki adalah harga sesuatu perjuangan dan dalam hal ini IHH dan rakyat Turki adalah terlebih dahulu dikurniakan Allah penghormatan ini dan ia adalah bukti penyertaan dalam perjuangan dan ukhuwah saudara muslim terhadap rakyat dan para pejuang si Palestin".

Kita tidak akan berhenti di dalam memberikan apa jua bantuan dan akan turut serta di atas apa jua peluang dan kesempatan/. Perjuangan di Palestin adalah tanggungjawab semua umat Islam dan ummat manusia. Kita semua perlu memastikan keamanan dunia dilaksanakan. Georga Galloway menjelaskan "Keamanan di Palestin adalah penting dan kritikal. Jika tiada keamanan di Palestin, dua keseluruhannya tidak akan aman".

Sokongan Terhadap Palestin Semakin Kuat






2 Oktober 2010, Ketibaan kami di sempadan Turki-Syria disambut dengan lebih besar oleh kerajaan dan pertubuhan di Syria. Andaian kami bahawa di Turki adalah yang terbaik adalah meleset. Sambutan sebaik melangkah di bumi Syria rupa-rupanya lebih hebat. Dengan kemah yang menempatkan sofa VVIP, kemah para sukaralewan konvoi dan kemah para jemputan. Dengan sistem siaraya yang hebat, sambutna bertambah meriah beserta pekikkan takbir.

Ketua konvoi Mr Kevin di dalam ucapannya jelas menggambarkan kepuas hatiannya sepanjang perjalanan ke Gaza yang semakin hampir. Bermula dengan di England, Perancis, Itali dan Greece, diikuti dengan di Turki yang sangat baik. Kini di Syria lebih hebat lagi. Ini adalah gambaran bahawa sokongan dunia terhadap perjuangan Palestin.
Anggaran hadirin yang menyambut kami di majlis ‘reception’ adalah sekitar 1000 orang.

Ini menggambarkan bahawa sokongan masyarakat terhaap perjuangan Palestin tidak bertambah saban hari dan masa menanti runtuhnya tembuk kematian semakin hampir. Palestin akan bebas dari cengkaman Yahudi.

Dugaan datang silih berganti







Salam,
Kami titipkan salam perjuangan buat saudara - saudara dan teman seangkatan dalam perjuangan ini.

Sekadar mengambil peluang mencoretkan beberapa perkara di cyber cafe dari Pekan Latakia, Syria sementara menantikan kedatangan bas yang datang menjemput kami. Di Latakia ini, kami ditempatkan di sebuah kem yg berdekatan dengan saudara - saudara kita dari bumi Palestin. Kami mula diberi arahan supaya sentiasa menjaga keselamatan diri, kenderaan dan sebagainya sementara menantikan arahan untuk bergerak menuju pelabuhan bagi meneruskan perjalanan ke Egypt. Kami dimaklumkan yg kami akan menetap selama beberapa hari disini sementara menunggu "lampu hijau" dari Egypt. Mohon daripada saudara - saudara semua agar dapat sentiasa memberikan semangat dan motivasi yg berpanjangan untuk kami meneruskan sisa - sisa perjuangan menjejakkan kaki di bumi para anbia' atau menitiskan darah syuhada' di bumi bersejarah ini. Sebarang khbar angin atau berita yang belum tentu kesahihannya harap tidak dititipkan kepada kami di sini.

Semalam, kami telah menempuh perjalanan yang panjang dari Adana Turki ke Latakia Syria ini. Hampir 20 jam ( 18 jam - 9.00 pagi hingga 3.30 pagi ) kami memandu dalam keadaan tidak sempat makan tengahari dan malam semata-mata untuk mengejar masa agar dapat meraikan penduduk Syria yang telah lama menanti kami di pintu masuk sejak jam 4.00 petang. Dalam keadaan itu, Allah mendatangkan ujian ke atas kami - barangkali untuk memantapkan lagi kekuatan bagi kami menempuh ujian yang lebih besar. 7 buah kenderaan terlepas dari deretan konvoi menyebabkan tersesat ke jalan lain, ekoran itu 2 orang sahabat Italy serta merta mengambil keputusan menarik diri dari konvoi ini kerana keletihan yang dialami. Setelah perbincangan dan proses pujuk memujuk diberikan, maka sahabat tersebut telah membuat keputusan untuk hanya tidak meneruskan perjalanan sementara bersama kami ke Latakia, sebaliknya akan berhenti berehat di hotel sebelum mereka meneruskan perjalanan sendiri pada esoknya.

Perjalanan diteruskan dengan baki kenderaan yg ada, Allah menguji lagi kami-kenderaan yang dipandu oleh akhi Yusof bersama Ustaz Rofazlin telah mengalami sedikit kemalangan di bahagian dinding kanan menyebabkan satu kemekan dan gurisan yang agak besar. Kenderaan bergesel dengan bucu belakang lori yang sedang parking. Mungkin disebabkan keletihan, kelaparan, mengantuk dan sebagainya. Alhamdulillah akhi Yusof dan Ustaz Rofazlin tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kenderaan yang dipandu Dr Zin dan Faizal (VPM) pula hampir-hampir bergesel dengan sebuah kenderaan di sebuah pekan di dalam perjalanan yang sudah melepasi tengah malam. Bukan kerana kcuaian kami Insya Allah, tetapi kami sememang terkejut dengan bentuk pemanduan di Syria begitu berubah secara drastik setelah kami melalui di beberapa negara. Menurut Dr Zin "Saya seolah-olah yakin bahawa bunyi geseran berlaku ..! tetapi Allah izin tidak ! mungkin hanya beberapa milimeter sahaja gap antara kenderaan, dengan Izin dan pertolongan Allah, ALhamdulillah".

Di dalam perjalanan semalam juga ketika destinasi ke Latakya berbaki 180km dan sudah melepasi tengah malam, ketua bahagian kenderaan Mr Ammar memberhentikan konvoi dan mengadakan mesyuarat ditepi jalan kerana ada yang sudah tidak sanggup meneruskan perjalanan kerana terlalu letih. Namun sukarelawan Malaysia setelah bersyura' memutuskan untuk meneruskan perjalanan bersama Mr Ammar dan konvoi yang lain dengan strategi menukar pemandu 20-30minit sekali bagi memastikan sampai di destinasi sebelum subuh. Rupa-rupanya keputusan tersebut adalah yang terbaik dibuat setelah briefing dari ketua konvoi di dengar pada pagi berikutnya.

Selepas ini, pemanduan sebenarnya tidak begitu mencabar, kerana dari Latakya, konvoi akan menaiki kapal/feri ke Al-Arish dan jalan dari Al-Arish Mesir ke sempadan Gaza akan bergerak secara sistematik Insya Allah.

Untuk itu, dipohonkan sekali lagi kepada semua sahabat, saudara-mara untuk sentiasa mendoakan kekuatan, kesihatan dan semangat berpanjangan kepada kami dalam menreuskan perjuangan ini. Doakan juga moga Allah yang Maha Bijak menentukan segalanya agar memberikan keputusan yang terbaik buat kami : Hidup Mulia atau Mati Syahid. Ameen.

Friday, 1 October 2010

Tokoh Yang Mengusik Jiwaku Ketika Konvoi Berdagang di Turki



Beberapa minit sebelum kenderaan yang ku pandu melepasi sempadan Greece-Turki, hati ini terus kencang berdebar-debar, terbayang keagungan kerajaan Othmaniah di benak mindaku. Tak semena-mena air mata mengalir. Rakan memandu di sebelahku tidak ku peduli dan aku seolah-olah sedang menangisi suatu kehilangan. Hati terus berdebar-debar bila kulihat bendera merah berkibar megah dengan bulan bintang berwarna kuning, dari jauh memaku pandanganku. Hinggakan seolah ku tak lihat beberapa pengawal di kanan kiri jalan. Sebaik kenderaan ku meluncur dibelakang konvoi, hati ini bertukar dengan 1001 pengharapan. Mengapakah perasaan sebegini tidak berlaku ketika aku melintasi sempadan England-Peranchis, Peranchis-Itali dan Itali Greece?.

Lamunanku tergugah tak semena-mena bila ku lihat sekumpulan manusia berkumpul sambil mengibarkan bendera pelbagai jenis. Senyum, riang kelihatan dalam wajah-wajah itu seolah-oleh menunggu orang yang dinanti-nanti. Aku memperlahankan kenderaan ku sambil melambai tanggan menyahut ucapan salam dan selamat datang kepada konvoi kami. Sekuntum bunga tiba-tiba dihulur melalui pintu kenderaan oleh seorang wanita separuh umur untuk ku dan setiap kenderaan yang datang. Aku tergamam, namun mengambilnya dengan seruan salam.
Dipenghujung dataran, kami hentikan kenderaan masing-masing dan turun mendapatkan saudara-saudara kami yang menerpa kami sambil mengangkat tangan. Kami hulurkan persahabatan ini ... kami peluk seerat-eratnya tubuh sasa sahabat-sahabatkami ... dengan erat ... beberapa ketika ... sambil membisik salam dan selawat ... berlinangan air mataku sekali lagi. Berbisik di hati, "inikah perasaan ansar dan muhajirin...".

Ya Allah, kami telah berkesampatan memijak bumi Othmaniah ini ... eratkanlah hati-hati kami kerana ingin mentaatimu dan memikul beban dakwahmu.

Di antara orang pertama yang ku hulurkan salam ialah saudara Ahmet Sarikurt. Tertera di kad yang diberikan kepadaku baskan yardimcisi/vice presicent sabaik kami bertukar-tukar kad. Aku merenung sejenak wajah yang bersih dan manis. Seorang yang berbadan agak kurus sentiasa berada disamping beliau dan bertindak sebagai penterjemah di atas apa yang kami bualkan, beliau ialah Mr Huseyin. Semenjak saat itu aku sentiasa melihat beliau di mana jua konvoi kami berada. Samada ketika meluru di lebuh-lebuh raya dari kota ke kota di Turki, sesekali kenderaan kereta yang sederhana tersangkut bendera berwarna putih IHH memotong kenderaan konvoi kami. Di lobi penginapan, di majlis perhimpunan, mahupun di stesyen minyak apabila kami singgah mengambil bekalan diesel, hamba Allah itu sentisa mondar-mandir sambil sesekali menggunakan telefon bembitnya. Aku terus tidak jemu memerhatikan gerak-gerinya. Dia tak bercakap di hadapan hadirin, tetapi aku tahu dialah yang merancang semua itu. Dan acap kali juga ku talakan kameraku kepadanya.

Aku mengerti bahawasanya apa yang ku saksikan dan alami sepanjang perjalanan konvoi ke
Gaza menempuhi bumi Othmaniah adalah suatu pengalaman yang mendidik jiwa. Aku mengerti bahawa tempias kebaikan yang kunikmati bermusafir di bumi bertuah ini adalah natijah dari suatu perancangan yang rapi. Mana mungkin jika tidak kerana kejelasan syariah, organisasi ini mampu mengemblingkan sumber dalaman dan luarannya sehingga sentiasa ku lihat kelibat sukarelawannya di segenap simpang dan lebuh raya yang ku tempuhi dengan bendera berkibar ditangan, melambai dan menyeru, Kehangatan hati untuk menemui saudara di Gaza seolah-oleh terus ditiup-tiup.

Semoga ku dapat terus pelajari dari individu ini dan organisasinya dan semoga kekuatan dikurniakan Allah SWT untuk ummah keseluruhannya.

0235 Adana Turki

Press Conf Istanbul - Dr Zin at OneTrueMedia.com

Tontoni Dr Zin, ketua misi Aqsa Syarif Aqsa2Gaza di Istanbul semasa sidang media

aqsa2gaza-01102010

Gambar-gambar di Kayseri dan Adana, Turki
Klik gambar di bawah utk ke album terbaru.

Note: Gambar2 ini adalah tidak diedit dan berisolusi rendah. Hanya lambakan dari kamera shj utk tatapan awal sahabat2 di Malaysia

Dari Bandar Peranginan Kayseri ke Adana






1. Bertolak dari Penginapan di Bukit Peranginan.
Selepas sarapan di hotel bukan bertaraf bintang tapi ok alhamdllh sbb kami ditempatkan 14 orang sebilik bersama aktivis Italy. Pemandangan di tapak hotel peranginan subhanallah menakjubkan dikelilingi bukit bukau dan gunung. Bas mengorak merentasi lereng2 bukit dan melalui kolej di mana as Syahid Furqan Dogan pelajar belajar dan bila kami melalui hapan kolej tersebut, pelajar-pelajar kolej yang memegang gambar-gambar asyyahid melambai-lambai kami.

2. Ziarah Kubur Syuhada' Furqan Dogan
Peserta-peserta konvoi terus dibawa dengan bas ke pusat bandar menuruni bukit bagi mengambil kenderaan masing-masing. Dengan kenderaan masing-masing, kemi menuju ke tanah perkuburan yg menempatkan salah seorang syuhada' mavi marmara iaitu assyahid Furqan Dogan. Suasana sayu menyelubungi kami dan beberapa ucapan mengenai as-syahid diulas. Antaranya adalah ucapan Kevin (ketua konvoi), Carol (urusetia konvoi), Br Musa (New Zealend), Syekh Muhammad Idris (France) dan ucapan Dr M Zin yang menyebut bahawa Rakyat Malaysia tidak dapat menerima kekejaman tentera zionis ke atas aktivis Mavi Marmara sehingga mengorbankan 9 nyawa termasuk as syahid Furqan. Rakyat Malaysia bangun menentang kejadian itu dengan mengadakan tunjuk perasaan di KL pada hari yang sama. Rakyat Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan mana-mana badan nasional dan international bagi memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan. Seterusnya Dr Zin walaubanagiamapun mengulas bahawa kematian sdr Furqan adalah suatu penghargaan Allah kepada IHH & Rakyat Turki sebagai bukti ukhuwwah dan kebersamaan rakyat turki di dalam perjuangan membebaskan Palestin. Seterusnya do'a dibaca oleh orang tempatan.

Sebaik tamat ziarah kubur, diterima panggilan dari IKIM.fm sebagai siri laporan konvoi. Antara yang dilaporkan selain progress perjalanan ialah isu pengorbanan berkaitan perjuangan Palestin. Antara lain ialah menyebutkan bahawa dalam misi ini, sukarelawan Aqsa Syarif membawa sumbangan rakyat Malaysia dalam bentuk pembelian van dan ubat-ubatan yang sedang di bawa oleh para sukarelawan untuk diserahkan kepada penduduk Gaza.

3. Lawatan ke Galeri Furqan Dogan
Konvoi kemudian menuju ke Galeri Furqan Dogan bagi menemui keluarga beliau. Para sukarelawan berkesempatan menemui dan beramah mesra dengan ahli keluarga Furqan dan penduduk setempat.

4. Perjalanan menempuh Bukit Bukau yang Memukau.
Perjalanan ke selatan Turki menuju bandar Adana yang terletak sekitar 100km ke sempadan Syria. Perjalanan sepanjang 320km merentasi terowong dan bukit bukau yang memukau pemandangan. Di laluan ini juga merupakan kawasan ladang yang luas yang menggambarkan kesuburan bumi dan keberkatan rezeki dari Allah SWT untuk penduduk Turki.

5. Sambutan juga mengharukan.
Sekitar 5km dari pusat bandar Adana, kami sudah disambut dengan puluhan pelbagai lapisan masyarakat Turki. Kemudian kami diiring mereka dan Polis Peronda ke sebuah pusat sukan dan di sini sambutan lebih hebat beserta laungan takbir dan tauhid serta semangat perjuangan Palestin oleh remaja dan pendokong IHH.

Kami bermalam di pusat sukan malam ini.