Saturday, 9 October 2010

SEMANGAT USAMAH UNTUK PALESTIN



Usamah baru saja berumur 9 tahun dan bersekolah di Sekolah Rendah Islam Sg Cincin Gombak. Seorang yang petah bekata-kata dan seorang bersemangat pejuang. Nama penuhnya Usamah bin Mohd Yusuf dan merupakan anak ke tujuh.


Dalam satu program menyambut bulan Ramadan Daerah Batu bulan Sha’aban yang lepas, beliau telah diberi tabung kertas derma Palestin dan Fakir Miskin sejurus selepas slot Palestin. Sepanjang bulan Ramadan Usamah telah menginfaqkan duit belanja sekolahnya kedalam tabung tersebut. Apabila ditanya apa yang disimpan untuk dirinya, ujarnya, “InsyaAllah semuanya untuk Palestin”.
Inilah rezeki Usamah, yakitu dua hari sebelum Eidul Fitri bapanya telah mendapat arahan mengikuti konvoi menghantar bantuan kemanusian ke Gaza, VP5. Usamah begitu teruja sekali dan lantas menyerahkan tabung tersebut kepada bapanya seraya berkata, “Abah bagi ini pada anak Palestin’.
‘InsyaAllah”, balas bapanya.
“Berapa jumlahnya”, tanya bapanya. Usamah mengisyaratkan bahunya tanda enggan memberitahu. Ibunya membisik pada bapa, “Semua belanja sekolah disimpan dalam tabung tu…”. Dalam diam-diam bapa Usamah mengira jumlah tabungan tersebut, masyaAllah RM51 semuanya.
Semasa konvoi VP5 hendak keluar dari Italy, dibandar Ancona, bapanya menerima satu MMS dari kakak Usamah. Tek MMS tersebut berbunyi, “buku kerja sek0lah usama.akak terbace..” Image MMS tersebut seperti dibawah. Tek dalam buku kerja sekolah tersebut berbunyi, “I want to be a soldier when I grow up because I want to fire the Israel”

Bapa Usamah telah berkongsi kisah Usamah dengan seorang wakil Unite for Unions dari UK dalam VP5 ini, Encik Richard Alldays. Encik Richard begitu hairan lantas bertanya tentang reaksi guru Usamah terhadap pendirian Usamah terhadap isu Palestin. Baliau kagum dengan keselurahan rakyat Malaysia terhadap isu Palestin setelah mendapat penjelasan dari bapa Usamah.
Kini seorang lagi pejuang telah dilahirkan, semoga Usamah dapat mengikuti jejak Usamah bin Zaid dan Salahuddeen Al-Ayubi.

Emosi antara Perutusan Pengerusi AQSA dan GG


Kisah 1:
6 okt.2010(0330 ptg.) - membaca perutusan Us. Hasanuddin 3 menitiskan airmata ana di hadapan komputer di internet cafe berhadapan tempat penginapan kami di Latakiah, Syria - disaksikan oleh seorang sukarelawan bernama Jack (usia 60 tahun) dari Lyon France. Seorang lagi sukarelawan A2G turut menitiskan dengan perutusan tersebut bila membaca bersendirian di kamarnya penginapannya.

Kisah 2:
Kem kami dikunjungi George Galloway (GG) pada jam 12.00, kebetulan ana ditugaskan dibahagian security di pintu gate kem. Ramai sukarelawan menanti kehadiran GG tiba jam 12 tgh dgn brother zahir. Sambutan meriah di bawa ke pentas. Di antara isi ucapan GG adalah perbincangan dgn pihak berkuasa Mesir(peringkat ambassador) berjalan lancar. Syarat Konvoi masuk ke BUMI GAZA adalah tanpa kehadiran GG PADA TARIKH YG AKAN DITENTUKAN.

Bagi GG kehadirannya tidak penting yang penting adalah Konvoi diterima masuk ke Gaza pada tarikh tertentu-INI ADALAH SATU KEMENANGAN. Tapi kebenaran berhubung dengan syarat inipun bergantung KPD PERSETUJUAN pihak berkuasa Mesir yang akan diketahui 1 atau 2 hari lagi. Rundingan dengan Ambassador Mesir di sertai oleh
Kevin,Nicky,Brother Zahir,Tokoh2 Negara Arab tanpa GG.

Dalam sessi briefing di hari berikurnya, seorang sukarelawan ALgeria berumur 70'an (yang tertua dalam konvoi) begitu beremosi dan menyatakan bahawa "kita tak kan ke Gaza tanpa GG", tetapi susana ditenangkan ketua konvoi. Pada petang nya selepas solat Maghrib, sukarelawan tersebut kehadapan jamaah dan memohon maaf di atas kenyataannya yang imotional.

abdul wahab yahya @ Latakya
# Gambar oleg Faizal VPM : Malam di Askari Latakia Camp.

Bersiap untuk perjalanan seterusnya...









Nampaknya dah nak masuk 8 hari berada di Latakya ini, kerana pihak penganjur bersama wakil negara peserta terus berusaha berunding dengan pihak pentadbiran Mesir, supaya seluruh anggota konvoi bersama kenderaan dan segala barang bantuan dan ubatan dapat masuk ke Mesir dan seterusnya ke Gaza. Tak apalah tunggu lama sikit di Latakya ini daripada tersadai lama di pelabuhan Al Arish (Mesir) atau di padang pasir menuju Rafah. Sekurang-kurangnya di Syria kami mendapat layanan yang baik dari kerajaan Syria serta pihak berkuasa tempatan dan beberapa NGO Palestin di sini. Kami gunakan kesempatan ini untuk bermuayasysh, bertaaruf sesama peserta dari 30 negara, melawat penduduk Palestin di penempatan Al A'idun yang tinggal di sekitar luar kawasan Kem tempat kami tinggal.

Ada yang kebandar Latakya untuk membeli keperluan tambahan dan ke internet yang lebih laju. Aktiviti harian lain ialah mesyuarat ahli konvoi selepas sarapan, gotong royong memebersihkan tandas, bilik air dan kawasan sekitar, membantu mengangkat barangan bantuan dari lori dan memasukkan kedalam van konvoi, membantu pihak medic mengkategorikan ubat-ubatan, jadi pengawal keselamatan di pintu masuk dan hirasah (berkawal) di waktu malam.

Jika tak banyak tugasan, setiap negara ada program usrah dan daurah mereka sendiri terutama brother dan sister arab. Ada juga acara kebudayaan islami diwaktu malam dengan lagu2 semangat Palestin dan lagu2 spiritual yang begitu indah dan mengasyikkan. Sebenarnya ada artis-artis popular dari beberapa negara yang turut menyertai konvoi ini.

Solat berjemaah begitu ditekankan dan bacaan Matsurat diadakan selepas solat subuh. Dan sejak 5 hari lalu kita telah mengadakan solat tahajjud dan witir berjemaaah sejam sebelum masuk waktu subuh. Ramai yang kelihatan membaca Al Quran dan berzikir secara bersendirian di hujung padang dan di penjuru-penjuru kemah.

Sesungguhnya masa inilah kami perlu memperkemaskan amalan diri kerana inilah fasa yang penting dan mungkin genting berbanding perjalanan jauh sebelum ini

Taufek. Latakya, Syria


Suasana Tarbawi di Perkampungan Sementara Sukarelawan



Di perkampungan sementara para sukarelawan semanjak 2 Oktober hingga ke hari ini dipenuhi dengan suasana tarbawi (pendidikan) bagi mereka yang dapat menjiwainya. Kehadiran para sukarelawan dari Jordan dan Algeria berjumlah sekitar 90 orang mendominasi bi'ah di perkampungan penginapan sementara. Tambahan lagi dengan kehadiran para sukarelawan dikalangan para pemuda anal-anak pelarian Palestin ber'vest' logo hamas di sebelah belakang dan tertulis 'lajnah-an-nizam' di hadapan serta kehadiran beberapa pimpinan gerakan Islam dalam dan luar negara menjadikan persekitaran tarbawi terserlah di sepanjang hari sehingga tengah malam.

Para sukarelawan remaja Hamas yang sekitar 40 orang, berumur di antara 15 - 25 tahun itu sentiasa dilihat sepanjang masa dengan vest mereka. Beberapa kain rentang tertulis sanjungan dengan kedatangan konvoi menuju Gaza juga jelas menunjukkan bahawa para petugas dan urusetia di kemah adalah dikalangan mereka dengan bantuan pelbagai pihak dari segi sokongan perkhidmatan dan bekalan makanan sarapan, makan tengah hari dan malam.

Perkhidmatan bas awam dari kemah kami ke bandar Latkya adalah dari pihak kerajaan tempatan Latakya, makanan kami yang pelbagai jenis adalah sumbangan pelbagai pihak termasuk dari persatuan-persatuan tempatan.

Kehadiran pemimpin yang dikenali sukarelawan sering menjadi tumpuan kukarelawan apabila keliabt mereka diserbu dan dipeluk cium (ala arab). Sesekali kehadiran mereka di sebut oleh Mr Kavin (Ketua Konvoi) jika kebetulan briefing pagi diadakan. Beberapa sessi khas kelihatan dengan tetamu-tetamu tersebut oleh sekelompok sukarelawan di adakan ditengah padang, dikesibukan sukarelawan lain menjalankan aktiviti masing-masing. Sesekali diadakan juga dengan sukarelawan wanita sahaja.

Solat berjamaah setiap waktu, tazkiran dan bacaan matsurat menjadi amalan setiap hari dengan dipimpin oleh imam dari Algeria atau Jordan.

Acara malam selepas Isya juga sesekali sangat special dengan lagu-lagu bersemangat dan selawat nabi saw.

"Ini adalah suatu kesempatan berkenalan dengan mereka-mereka yang berilmu dan soleh-soleh, suatu peluang anugerah ALlah ... selaind ari misi untuk menyalurkan bantuan ke Gaza" kata salah seorang sukarelawan Malaysia.

Dua Sukarelawan A2G sudah sihat


Dr Zin dua hari terbaring di katil kerana cirit birit dan perut memulas dan tak lalu makan, manakala Hj Norazmi memulas perut selama sehari. Tetapi Alhamdulillah hari ini (Sabtu 9 Okt 2010) mereka berdua sudah kembali sihat dan dapat membuat kerja-kerja yang sewajarnya dan membuat laporan melalui talian internet di bandar Latakya.

Ketika mereka berihat di bilik masing-masing, seorang demi seorang sukarelawan Malaysia dan antarabangsa datang berziarah.

Dr zin begitu terharu dengan semangat ukhuwwah dan keperihatinan semua saudara dari Malaysia dan luar negara .... Saya terharu dengan mereka "Sdr Azmi datang dengan beberapa botol air meneral memaksa saya minum banyak-banyak, Sdr A Wahab setiap pagi datang dengan menyuap dua sudu madu Syria dimulut saya, Hj Azmi datang dengan nasi berlauk kari daging, ust Rofazlin datang mengurut, Hj Taufiq datang dengan air kopi, Sdr Yusof datang dengan semangat, Saudara Muhammad remaja palestin dengan secawan Teh Bunga Panas dan Doktor Abdullah dari Peranchis dengan memeriksa perut dan memberikan capsul untuk saya telan" kata Dr Zin yang menyatakan betapa semangat ukhuwwah dan kasih sayang menjadi sebahagian dari praktik di perkampungan sementara para sukarelawan konvoi.

Banyak kemungkinan punca beberapa kes penyakit cirit-birit di kem ini. Keadaan berabuk, tandas yang digunakan oleh ratusan peserta, makanan yang dibeli di luar kem, air yang sangat sejuk untuk mandi dan pelbagai jenis makanan yang tidak biasa bagi sesetengah sukarelawan mungkin menjadi sebab dengan Izin Allah.

Namun bagi sukarelawan A2G ini adalah sebahagian dari ujian kecil yang ditentukan ALlah untuk dilalui. "Kedatangan message di hp dari zaujah, sedikit sebanyak semacam diundang dan ia memberkan semangat yang signifikan"... jelas salah seorang sukarelawan.

# Sdr A Wahab & Dr Zin selepas kembali dari Masjid Palestin - masih bersemangat bersama anak-anak pelarian Palestin.

Sukarelawan Aqsa2Gaza Melawat Perkampungan Palestin di Latakya






Kesempatan keluangan masa ketika tiada aktiviti formal di perkampungan sementara para sukarelawan, sukarelawan Aqsa2gaza mengambil peluang untuk meninjau dan melawat kawasan perkampungan Palestin yang kebetulan bersebelahan dengan tempat kami ditempatkan. Nama diberi ilah kem al-A'idun.

Sebagaimana yang sebelum ini digambarkan oleh media di Malaysia di mana-mana kem pelarian, sememang perkempungan / kemah pelarian yang sangat padat. Bangunan-bangunan batu dibangunkan di plot-plot yang disediakan dengan lorong-lorong menjadi sempit. Tiga-empat generasi sudah tinggal di sini semenjak Nakhbah dan ramai juga yang sudah meninggal dunia. Ada yang dilahirkan di sini pun sudah berumur mencecah 50'an tahun dan sudah beranak dan bercucu. Bayangkan bagaimana mereka mengurus kehidupan dengan keluarga yang berkembang tatapi kawasan perumahan/perkemahan yang terhad. Terletak dipinggir lautan Mediterranean, perumahan dikelilingi dengan kawasan perumahan penduduk tempatan. Sekitar 70,000 penduduk yang kini terletak di atas tanah sekitar 80 ekar.

Segala macam aktiviti ekonomi terdapat di perkemahan ini - dari perniagaan roda tiga, kedai-kedai runcit, kedai pakaian, pasar ikan dan daging, kedai telikomunikasi, bengkel perabut, bengkel besi, bengkel kereta-motor dan sebagainya bagi keperluan penduduk tempatan.

Terdapat pejabat bangsa-bangsa bersatu (UNWA) yang sederhana yang menguruskan sekolah dan aktiviti wanita.

Sebuah Masjid Palestin terbina gagah, untuk para penduduk merkumpul dan beribadah dan terdapat pusat gymnasium yang kecil serta sebuah pejabat pertubuhan Hamas.

Pertubuhan Hamas menjadi institusi penting di sini dan dimaklumkan oleh penduduk bahawa mereka mendapat pelbagai khidmat seperti bantuan. Di merata dinding rumah dan tembuk sekitar kawasan perumahan terpampang pelbagai poster dan mural mengenai perjuangan Hamas selain gambar pemimpin Fatah terutama Yasir Araffat.

2 Okt Hingga Kini 9 Okt Masih di Latakya Membuat Pelbagai Persiapan





Konvoi masih membuat persiapan terakhir dengan pelbagai tugasan di 'perkampungan' sementara iaitu kem latihan pengakap di Latakya Syria. Pelbagai keperluan mengemaskini seperti menerima kenderaan-kenderaan dari pelbagai nagara teluk, Jordan dan Algeria, menyenaraikan barangan ubat-ubatan dan alattulis yang perlu dimasukkan di dalam setiap kenderaan dan menyediakan semua dokumentasi keperluan kastam dan pemandu.

Sememang di Latakya adalah pusat tempat berkumpulnya semua sukarelawan konvoi iaitu dari UK dan Eropah dari arah utara, Jordan dan negara-negara teluk dari arah timur dan Algeria & negara-negara afrika utara dari arah barat.

Terlalu banyak persiapan sedang disiapkan dan ianya dilakukan dengan arahan ketua-ketua jabatan yang telah diwujudakan. Di antaranya ialah jabatan kenderaan, jabatan bantuan (aids), jabatan dokumentasi dan sebagainay. Manakala untuk mengurus kehadiran, aktiviti dan keselesaan para sukarelawan yang berkampung di Latakya ini, beberapa unit diwujudkan seperti unit keselamatan, unit perkhidmatan, unit aktiviti dan lain-lain bagi menampuny sejumlah keperluan sekitar 300 sukarelawan, agensi media dan 100 urusetia.

Organisasi berbentuk sukarela yang dipimpin oleh Viva palestina UK kelihatan begitu kemas dan terkawal. Kerjasama dari pelbagai pihak seperti pihak kerajaan Syria dan sukarelawan tempatan juga sangat membantu melicinkan urusan persiapan sementara menunggu keizinan pihak Mesir untuk berlayar ke Al-Arish dan seterusnya menuju Gaza.

Semua sukarelawan Aqsa2Gaza berada di dalam keadaan baik dan sihat hari ini dan turut memberikan tenaga dan fikiran kepada urusetia konvoi. Sdr A. Wahab & Ust Rofazlin menganggotai unit keselamatan, Sdr Azmi, Hj taufiq dan Yusof membantu unit barangan bantuan, Saudara Hj Norazmi ditugaskan menyemak keadaan kenderaan dan kebajikan makanan sukarelawan A2G, manakala Dr Zin menjalankan tugas-tugas khas dan penyelarasan.

Kerjasama erat juga dijalankan dengan sukarelawan VPM dan wakil Media Prime / TV 3 yang membuat liputan di dalam konvoi kali ini.
# Gambar kemah penginapan sementara para sukarelawan.
# Gambar Sdr Azmi berbincang dengan sukaralawan negara lain di unit persiapan barangan. # Gambar saudara A Wahab memeriksa identiti pengunjung di pintu masuk segabai unit keselamatan.
# Gambar 3 penggerak utama Konvoi; Mr Kevin, Miss Niki & Dr. Zahir turun padang melawat pusat pengurusan barangan bantuan ke Gaza.