Sunday, 10 October 2010

Sukarelawan Malaysia Jamu Beberapa Rakan Dengan Menu Istimewa





Sudah dikenali oleh semua sukarelawan bahwa Tn Hj Norazmi adalah Chef istimewa sukarelawan Malaysia terutama apabila sudah hampir sebulan selera para sukarelawan semakin merindui masakan air tangan isteri.

Dengan sifat yang bersahaja tetapi begitu perihatin, bilik Tn Hj Norazmi sudah menjadi sumpama 'dapur' untuk para sukarelawan A2G dan VPM juga sekali-sekala. Tn Hj akan sentiasa memastikan ada bekalan tambahan selain apa yang masih belum disentuh bekalan dari Malysia dan sumbangan pelajar-pelajar MSM Malaysia di London tempuh hari.

Roti, cheese, keju, timun dan tomato yang dihidangkan dan disumbangkan oleh kerajaan Syria / masyarakat setempat sememang sangat-sangat dihargai oleh semua sukarelawan Malaysia. Pengorbanan mereka sungguh besar di dalam melayan tetamu. Melihat tenaga yang dicurahkan melayan ratusan sukarelawan dari pagi hingga tengah malam, tidak mudah di urus dan memerlukan kekuatan dan semangat yang tinggi. Pagi ini Pengerusi A2G berbincang dengan En A Wahab dan cuba mengira jumlah yang perlu disediakan, ianya boleh mencecah sekitar RM4000.00 untuk makanan para sukarelawan sahaja sehari. Dan jika bukan dengan kerjasama semua pihak dan semangat bantu membantu untuk tujuan keadailan di gaza dan keamanan di rantau ini, hal tersebut sukar dilaksanakan.

Namun sebagai manusia biasa, sukarelawan Malaysia tetap merindui resepi se simple kari daging, sambal belacan atau sambal tumis !

Sesekali apabila ada keluangan, Tn Hj Norazmi akan berusaha menyediakan masakan ala-Malaysia untuk memancing selera para sukarelawan Malaysia dan beliau akan berusaha ke kedai terdekat mendapatkan bekalan untuk memasak. Beliau faham benar riak muka adik-adik nya yang mula dikenali sepanjang beberapa minggu diperantuan bersama.

Setelah berbincang dengan VPM, malam ini, Tn Hj Norazmi telah menyediakan masakan istimewa daging kari ala Malysia untuk dimakan bersama nasi tanak ala-Malaysia. Turut dijemput beberapa rakan rapat dari Itali, UK, Algeria, untuk makan bersama di ruang legar tapak perkemahan.

Teh istimewa resepi Pn Azra menambah istimewa tetamu yang hadir. Sambil rakaman kru media TV3 dilakukan, sukarelawan Malaysia bermarhaban bagi mewujudkan suasana keakraban sesama suakrelawan.

Kepedasan kari yang 'tidak mudah diadun' yang juga 'tidak mudah diperolehi di Latakya' rupa-rupanya telah memancing selera semua yang hadir.

Dato' Adnan, Dato' Dr Musa dari VPM dan Dr Zin turut sibuk melayan tetamu yang hadir.

Alhamdulillah, dicelah-celah kesibukan membuat persiapan dan jadual yang ketat di kemah sementara, sukarelawan Malaysia memaksimakan sebaik mungkin kesempatan mengadakan hubungan baik sebagai media dakwah kepada rakan-rakan yang belum Islam.

Lagu IKRAM Bergema di Pentas Persembahan Pelbagai Negara





Malam ini adalah sesi persembahan pelbagi negara peserta konvoi sebagai salah satu acara yang bertujuan mewujudkan persefahaman, saling kenal mengenal dan mewujudkan semangat kesukarelawan dikalangan peserta-peserta konvoi.

Konvoi Malaysia (gabungan VPM & Aqsa Syarif) tidak dapat menguntukan masa yang banyak untuk membuat persiapan, jadi yang paling mudah ialah membuat persembahan berdasarkan bahan dan upaya yang sedia ada.

Sukarelawan Malaysia sepakat bahawa kepakaran Silat Petir En Abdul Wahab menjadi persembahan utama dengan diiringi lagu rasmi Pertubuhan IKRAM malaysia. manakala sukarelawan Malaysia yang lain termasuk Dato' Adnan, Dato' Dr Musa dan Pn Azra menjadi ahli-ahli sorak bersama kibaran bendera Malaysia tepukan.

Silat yang unik, lincah dan bersemangat telah menarik perhatian para sukarelawan dari negara-negara yang turut serta dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.

Pelbagai persembahan di pertontonkan dan majoritinya dalam bentuk ekspressi bersemangat menyokong perjuangan rakyat palestin dan misi ke Gaza.

Semua Kenderaan Sukarelawan Malaysia Sudah Bersedia



Enam kenderaan sukarelawan Malaysia (3 dari VPM dan 3 dari Aqsa Syarif) sudah disiapkan dengan barangan untuk dibawa ke Gaza. Para sukarelawan petang ini juga membersihkan badan kenderaan di luar dan dalam. Beberapa hari yang lalu, Tn Hj Azmi yang ditugaskan meneliti keadaan kenderaan telah memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang terbaik termasuk usaha menukar minyak injin dan servis bagi memastikan sumbangan kenderaan yang akan di serahkan kepada rakyat Gaza benar-benar berada di dalam keadaan baik dan dapat dimanfaatkan dengan berkesan di sana nanti tanpa menghadapi sebarang masalah dalam jangka masa yang singkat.

"Kami memang berhasrat bahawa, kenderaan yang kami akan sumbangkan ini akan pang umurnya dan akan digunakan secara optima untuk keperluan pengangkitan kesihatan atau kecemasan di Gaza" ujar Tn Haji Norazmi dari Aqsa Syarif.

Petang tadi Tn Haji Norazmi menghabiskan masa beberapa jam di kawasan kenderaan dan turut memcucu beberapa kenderaan konvoi lain dari eropah. Turut di tapak ialah Tn Hj Taufiq dan ketua konvoi A2G yang turut membuat tinjauan.

Indonesia Menghantar 4 Sukarelawan


Tiga wanita (salah seorang adalah ahli Parlimen PKS) dan seorang mahasiswa laki-laki adalah di antara sukarelawan dari Indonesia yang menyertai konvoi kemanusiaan ke gaza. Dimaklumkan bahawa belasan sukarelawan telah menuju Syria, namun terdapat kesilapan teknikal dan gagal untuk mendapatkan visa ke Syria. Namun tinjauan A2G, mereka ber empat berada di dalam keadaan baik dan bersemangat. Beberapa bantuan dan sokongan moral diberikan oleh sukarelawan Malaysia terhadap sukarelawan Indonesia tersabut yang baru menyertai konvoi di Latakya beberapa hari lalu.
Dari dua kenderaan 4x4 yang bercadang di bawa, hanya sebuah yang akan dibenarkan di bawa disebebkan sebuah lagi tidak berstatus kenderaan kesihatan (ambulan). namun begitu, kerjasama padu oleh pihak urusetia khususnya Br Zahir, penyelesaian terbaik diberikan dan misi dari Insonesia akan berjaya menyertai dengan baik Insya Allah.

Konvoi Viva Palestina ke 5 Adalah Misi Kemanusiaan Tulin


Konvoi yang disertai oleh lebih 250 sukarelawan dan lebih 150 kenderaan yang memuatkan hanya barangan keperluan kesihatan seperti perubatan dan alatan persekolahan penduduk Gaza adalah misi kemanusiaan tulin, jelas Mr Kevin (ketua konvoi) dalam taklimat hariannya hari ini.

Kita tidak bermusuh dengan sesiapa dan kita hanya membawa barangan keperluan yang dispesifikasikan oleh saudara-saudara di Gaza yang sangat-sangat memerlukan bantuan perubatan yang kritikal lagi sangat-sangat diperlukan tambah Mr Kevin.

Di dalam setiap taklimat, lazimnya dihadiri semua ahli sukarelawan di dewan terbuka perkemahan sementara para sukarelawan dan dihadiri oleh para wartawan negara-negara peserta dan negara-negara berdekatan termasuk sl-jazeera. Wartawan dan jurukamera TV 3 malaysia juga turut hadir pada hari ini.

Tambah Mr Kevin "Jadi tiada sebab konvoi kita menghadapai masalah untuk tiba di Gaza" katanya dengan penuh keyakinan dan semangat tinggi.

aqsa2gaza: Sambutan di Adana, Turki part 2/2

aqsa2gaza: Sambutan di Adana, Turki part 1/2