Sunday, 2 January 2011

Ketua Konvoi di Masjid Greenwood Gombak







Dengan kerjasama pihak masjid, Aqsa Syarif dan IKRAM Gombak berjaya menganjurkan sesi perkongsian A2G dan pameran Palestin. Majlis dijalankan pada 31 Dis 2010 selepas solat Maghrib. Penerangan oleh Dr Mohd Zin Kandar tertummpu kepada kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan ganas Israel terhadap gaza. Namun banga Gaza yang bingkas bangun, tidak rela mati kebuluran. Beberapa projek pembangunan semula dibincangkan dan para hadirin jamaah yang hadir di ajak untuk sama-sama merasai kewajipan untuk membebaskan Palestin dari cengkaan Yahudi dan membangun semula Gaza melalui projek-projek yang dikenalpasti Aqsa Syarif. Gambar kelihatan aktivis AQSA di Gombak melayan para jamaah yang datang melawat di gerai pameran dan jualan.

Pengalaman A2G dikongsi dengan rakan-rakan pensyarah di UTM



27 Dis 2010 di Kolej Tun Hussin Onn UTM berlangsung majlis perkongsian pengalaman A2G yang dihadiri para pengetua dan felo-felo kolej-kolej di UTM. Ini adalah salah satu program pembangunan felo dan kali ini adalah dalam bentuk menanamkan semangat keprihatinan terhadap mereka yang dizalimi tentera rejim Israel. Majlis Insya Allah akan diikuti dengan ceramah dan aktiviti di kolaj-kolej di UTM bersama pelajar-pelajar bagi memperolehi dana pembangunan semula Gaza.

Keprihatinan GAZA untuk anak-anak




25 Dis 2010, Perkongsian A2G berpeluang dibentang oleh Dr Zin kepada sekumpulan kanak-kanak yang sedang mengikuti kem cuti sekolah di Perdana Terraces Tmn Sri Pulai Perdana. Di dalam kemah, di malam yang gelap, dihujani dengan curahan air, malam itu, anak-anak terpinga-pinga akan kezaliman rejim Yahudi terhadap rakyat Palestin. Semoga semagat jihad turut tertanam di dalama dada anak-anak ini.

Abang Sulong Ketua Konvoi Kembali Kerahmatullah

24 Disember 2010 di Hospital Sultanah Aminah, kekanda sulung ketua Konvoi kembali menemui Allah swt. Al-Fatehah.
berita lanjut layari;
http://salamkabare.blogspot.com/

Thursday, 23 December 2010

RM25K+, may Allah Rewards Fiberail Sdn Bhd with more prosperous business







It was a sharing session during lunchtime on Wednesday (22/12/2010) at Fiberail Sdn Bhd. It was requested by the CEO itself that all staffs should listen to updates on Gaza so that all of them can be more grateful to their much better living condition here in Malaysia.
Two VP5 volunteers were there, Hj Noorazmi Talib and Azmi Katiman, together with one of the members of Board of Trustee (BoT), Dr Tahir Abdul Rahman. Hj Noorazmi did a brilliant presentation while Azmi Katiman focus on things to go smoothly. Two committee members of Aqsa Syarif Subang Jaya, Zulkarnain and Siti Ramlah, also brilliantly handling the booth for merchandises.
Azmi was told that the donation going to be more than RM5K, but in turned out to be RM25K+ !
Dr Tahir commented that if all companies and CEO are like this, we can break the illegal siege on Palestine sooner.
Well, surely Allah will Rewards Fiberail with more prosperous business as everything on this earth and heaven are all belong to Allah.

Wednesday, 22 December 2010

Perkongsian A2G dengan kakitangan kerajaan di Keluang





Pada 18 hb Dis 2010 yang lalu, Dr Mohd Zin berpeluang memberikan ceramah di Pejabat Pendidikan Agama Kluang Johor. Majlis dianjurkan oleh JK Perkim Kluang dengan kerjasama IKRAM Kluang. Pembentangan hampir dua jam itu dihadiri oleh kakitangan kerajaan sekitar Keluang. Beberapa staf dari jabatan-jabatan yang hadir turut berminat untuk menjemput AQSA membentangkan pengalaman A2G.
Majlis diserikan dengan pameran dan jualan merchandise AQSA. Turut hadir ialah Mohd Sabiq dan En Ahmadon bakri (Aktivis AQSA Johor).

Pada pertengahan minggu yang sama iaitu pada 15 Dis 2010, Dr Zin memberi ceramah di Surau Taman Muhibbah Saling Kulai Johor. Majlid di anjurkan oleh JKuasa Suaru dengan kerjasama IKRAM Kulai Jaya melalui aktivis IKRAM En Hisham Walad.




Tuesday, 14 December 2010

Perkongsian A2G di Tujuh Lokasi di Kelantan











Penyusunan yang rapi oleh IKRAM dan AQSA Kelantan Darul Naim telah memungkinkan dengan Izin Allah sessi perkongsian A2G dijayakan dengan lancar di tujuh lokasi strategik dengan kerjasama masjid/institusi tempat ceramah dijalankan. Bermula selepas subuh pada 11 Disember dan berakhir selepas zuhor pada 12 Disember, tujuh lokasi tersebut ialah Masjid Karomah Kg Baung Kota Bahru (KB); Sek Men Islam Aman (KB); Masjid Panchor Pengkalan Chepa; Masjid Telipot KB; Masjid SUK KB, SRI Al-Qiblah dan masjid Jamik Bachok Kelantan. Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kelantan ialah Tn Hj Mat Daud, Sdr Nik Kamaruzaman (Setiausaha) dan Ust Mohd Nuri (Bendahari). Turut membantu ialah Pengerusi Aqsa Syarif beberapa daerah di Kelantan, iaitu di antaranya Saudara Mokhtar.

Persiapan yang dibuat oleh penganjur (IKRAM & AQSA Kelantan) ialah Banner yang dipasang di lokasi-lokasi ceramah dan fliers diedar di sekitar lokasi sebelum ceramah. Bahagian teknikal dan pameran/jualan yang turut dirancang kemas, memeriahkan dan melicinkan program.

Dr Mohd Zin, sebagai sebagai ketua konvoi A2G dijemput membentangkan 'report card' - iaitu membentangkan perjalanan konvoi dan bagaimana amanah menyampaikan sumbangan yang dikmpul dari rakyat Malaysia diserahkan dengan tangan wakil Aqsa Syarif kepada ngo-ngo di Palestin khusunya Gaza.

Dr Mohd Zin juga membentangkan 6 projek yang kritikal dan telah dikenalpasti untuk diusahakan di Gaza oleh Aqsa Syarif pada thn 2011. Rakyat Malaysia dipelawa menanam saham keatas projek-projek baru yang akan diuruskan Aqsa syarif di Gaza. Ketika misi konvoi ke Gaza, sukarelawan A2G telah melawat di beberapa projek sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui Aqsa Syarif dan agensi-agensi dibawahnya.

Jumlah sumbangan diterima dari orang ramai berjumlah RM2,236 dan jualan produk berjumlah RM1,090.00.

Gambar-gambar berkaitan boleh di lihat di foto album di http://www.facebook.com/drzin2000