Sunday, 10 April 2011

Walaupun Jamaah Surau Nurul Salam Sedang Menjana Pembinaan Masjid mereka, Palestin Tetap Tidak Dilupakan





Sumbangan sejumlah RM1910.00 diterima wakil Aqsa Syarif di dalam program ringkas selepas solat maghrib pada 9 April 2010 hasil kutipan jamaah surau NurulSalam Tmn Pulai Indah Kangkar Pulai Johor. Aktiviti penjanaan dana untuk pembinaan masjid mereka tidak menghalang untuk mereka meneruskan sokongan di dalam perjuangan Palestin. Dr Mohd Zin yang mewakili AQSA menyatakan penghargaan kepada jamaah surau dan penduduk di taman tersebut yang secara konsistan mengadakan program-program berkaitan Palestin. "Kita sememang perlu terus merancang dan melaksanakan kewajpan secara serentak - samada kewajipan terhadap keluarga, masyarakat setempat mahupun isu global seumpama Palestin" jelas Dr Mohd Zin. Perkembangan dan berita terkini Palestin turut dibentangkan kepada para jamaah yang hadir di surau sebelum majlis penyerahan sumbangan. Jazakumullahukhairan kepada semua yang menyumbang.

Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin




Staf Fakulti Mekanikal UTM ingin turut membantu Palestin dengan usaha-usaha pengumpulan dana untuk projek-projek usahasama Aqsa Syarif dan NGO-ngo di Gaza. Begitulah respon spontan pensyarah dan staf di FKM selepas mendengar perkongsian pagi Jumaat 8 April 2011. Pengurus bengkel FKM mengadakan inisiatif mengumpulkan staf setiap pagi Jumaat dengan mengundang rakan-rakan memberi tazkirah, kali ini ialah relawan A2G Dr Zin. Insya Allah, Aqsa Syarif Johor akan mengirimkan tabung ke FKM. Semoga usaha murni FKM dipermudahkan Allah di ganjari sebagai amal yang sangat mulia di sisi Allah.

Ust Rofazlin berkongsi Pengalaman di Pt Betak Benut PontianAqsas



7 April ( Khamis ), jam 9.00 pagi berlangsung perkongsian A2G oleh relawan Aqsa Syarif ke Palestin. Ceramah bersempena Maulidurrasul SAW di Masjid Kampung Parit Betak, Benut Pontian Johor ini dihadiri oleh penduduk sekitar Benut juga daerah-daerah berdekatan. Program berkala ini adalah sebaagian dari kumpulan tasauf. Ustaz Rofazlin menerangkan peranan Aqsa Syarif di dalam membantu perjuangan Palestin yang dijalankan dalam bentuk peojek-projek pembangunan semula khususnya di Gaza.

Saturday, 2 April 2011

Krativiti & Inovasi Mendokong Perjuangan Palestin


Bersempena Pesta Konvo di UTM. Kreativiti dan Inivasi di dalam memaksimakan impak di dalam kempen kesedaran Palestin dan penjanaan kutipan tabung Aqsa Syarif, pelbagai teknik menarik dilakukan aktivis mahasiswa/i di UTM dan klip ini dihasilkan

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1999250500077&comments


Kutipan derma sebanyak RM9,911.11 dan Yen3000 telah berjaya dijana. Jualan pula RM5,353.80. Terima kasih kepada semua, khususnya sukarelawan yang bekerja keras. Terima kasih khas kepada sekumpulan pelajar UTM yang begitu kreatif melakonkan persembahan sambil mengutip derma di jalanan. Tanpa segan silu untuk mengutip derma daripada orang ramai.

Sesungguhnya amal ikhlas kalian akan menjadi saksi dan bukti kebersamaan antum semua di dalam perjuangan yang suci murni membebaskan Palestin dan menentang ketidakadilan dan kezaliman rejim Israel.


Friday, 1 April 2011

Perjuangan Membebaskan Palestin Semarak Bergema di Kalangan Warga Kampus










Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang memungkinkan kesedaran keprihatinan dan kemanusiaan bersemarak di kalangan pemuda pemudi warga kampus. Mereka adalah bakal pemimpin masa hadapan dan adalah penting menanam dan menyuburkan kesedaran dan keprihatinan peripentingnya memelihara kesejahteraan dan keamanan dunia. Isu Palestin yang sudah berlarutan lebih 60 tahun adalah angkara manusia berhati binatang bengis rejim Zionis Israel yang sesuka hati merampas hak orang lain, merusak, mencedera dan memunuh sesama makhluk manusia.

Mahasiswa/i sebagai golongan berpendidikan tinggi di menara gading tentunya tidak dapat berdiam diri hanya menjadi ulat buku. Disamping menjaga amanah untuk menjadi cerdik pandai yang ilmuan dan berketerampilan, mereka tidak rela manusia menindas dan menceroboh, apatah lagi membunuh sesuka hati.

Bukan semata-mata kerana meraka di Palestin itu majoritinya berugama Islam, tetapi di atas dasar kemanusiaan dan keamanan sejagat, mereka bangun memprotes tetapi dai dalam batas sebagai pelajar-pelajar kampus yang matang.

Di kesempatan Pesta Konvo UTM yang menekan aspek kreativiti dan inovasi, para pelajar mempersembahkan keprihatinan mereka kepada masyarakat melalui aktiviti eksedaran dan kutipan dana untukmu Palestin.

Berkonvoi sekeliling tapak pesta konvokesyen dengan laungan bebaskan Palestin adalah suatu inisiatif yang menarik dan kreatif. Apatah lagi ia dilakukan dimalam pertama konvo dan sebelum forum Palestin di adakan.

Gerai Palestin yang dipenuhi dengan pameran, jualan dan kempen penerangan dikalangan pelajar, mendedahkan para pengunjung akan isu Palestin yang sangat penting untuk diberi sokongan dan dokongan semua rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif di adakan dengan misi untuk membantu membangun semula Gaza. Aqsa Syarif Malaysia telah menghantar sukarelawan di dalam beberapa misi, dan pelbagai projek telah dan sedang dibangunkan di Gaza setelah serangan Israel yang memusnahkan pelbagai institusi sosial, ekonomi dan pendidikan.

Akrtiviti yang digemblingkan oleh Islamic Intelectual Club KRP UTM yang diketuai oleh Sdr Uwais AL-Qarni tersebut patut mendapat sanjungan dan boleh dikembangkan di kampus-kampus lain khususnya semasa konvokesyen.

Forum Palestin Menampilkan Sukarelawan Misi Mavi Marmara & A2G di Konvo UTM
















Dengan semangat yang tinggi membawa aktivis Palestin di UTM dikalangan JK dan ahli Kelab Islamic Intellectual Club, Kolej Rahman Putra UTM, suatu Forum dan pakej Kempen Perjuangan Palestin telah bergema di Tapak Konvo UTM Kali ini.

Di malam pertama Konvo telah di adakan Forum Palestine:The Untold Stories yang menampilkan sukarelawan Mavi Marmara Mei 2009, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos (Pengerusi Aqsa Syarif) dan PM Dr Mohd Zin Kandar sebagai ketua konvoi Aqsa to Gaza (Sep-Okt 2009).

Dipengerusikan oleh pemuda petah bertutur Sdr Khairul Ikhwan, forum diselang seli dengan tayangan video dan slides mengenai misi kemanusiaan Mavi Marmara yang diserang tentera Israel di laut Mediterranean dan Konvoi jalan darat Aqsa2Gaza. Huraian bersemangat keda-dua ahli Panel memukau perhatian para penonton. Projek-projek membangun semula Gaza oleh Aqsa Syarif juga dibentangkan bagi membolehkan masyarakat menyertai projak-projek membangun semula sosio-ekonomi di Gaza. Di antara yang diketengahkan dan sedang berjalan ialah projek Kilang Roti, Projek Ternakan lembu Tenusu dan Bantuan Anak Yatim dan Keluarga Miskin.

Aqsa Syarif turut membuka gerai di tapak Konvo dan aktiviti kempen sepanjang karnival tersebut dijalankan oleh pelajar-pelajar UTM yang begitu perihatin terhadap perjangan Palestin.

Tahniah & Syabas kepada aktivis UTM ... !

Ceramah Maulidurrasul & Perjuangan Palestin






19 Mac 2011 yang lalu telah berlangsung ceramah Maulid Nabi dan Palestin di Surau Al-Irshad Senai di Johor. Ceramah bertajuk Perjuangan Rasulullah SAW dan perjuangan di Palestin disampaikan oleh Dr Mohd Zin dan dihadiri bukan sahaja penduduk tempatan dan staf Lapangan Terbang Senai, juga para pekerja kilang berdekatan yang datang dari Bagladesh.

Penuh sesak surau berkenaan bersempena sambutan maulidurrasul yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang dewasa. Jamuan di adakan selepas solat Isya dan sebelum ceramah dijalankan.