


22 Sept 2010, Awal pagi di 'camp site' di pinggir Milan, para konvoi kemanusiaan ke Gaza berkampung. Kenderaan di susun mengikut plot yang sedia di tapak perkemahan. Hari ini perlu menyediakan makanan sendiri.











21 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza Viva Palestina-5 pagi ini berlepas dari tempat penginapan di pigir Bandar Lyon Perancis pada jam 9.00pagi waktu tempatan menuju Milan Itali. Cuaca sangat baik, sinaran suria terang dan langit cerah semacam menaikkan semangat para sukarelawan untuk terus maju kehadapan.
Perjalanaan melalui lebuhraya menuju bandaraya Milan Itali, sebuah Bandar pelancungan terkenal di Itali yang sejauh 400km ke selatan dari bandaraya Lyon Perancis.
Oleh kerana jumlah kenderaan yang semakin banyak oleh kerana pertambahan dari bandar-bandar yang diziarahi, konvoi di bahagi kepada tiga kumpulan yang dipimpin oleh dua orang yang berpengalaman setiap satu. Tidak semudah yang diduga, para ahli konvoi sentiasa diberikan peringatan dari pelbagai sudut agar sentisa berdisiplin dan saling bekerjasama. Pelbagai kemungkinan tidak diduga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Oleh itu kerjasama padu sesama anggota konvoi akan membantu melancarkan perjalanan yang jauh, mencabar dan laluan yang belum pernah dilalui sebelum ini.
Jam 1.30 ptg konvoi samapai di sempadan Perancis-Itali dan pemeriksaan Passport dijalankan, namun tiada cop dibuat pada passport. Beberapa aktivis Itali sudah sedia menunggu di sempadan Mr. Mercelo dari pertubuhan Keperihatinan Palestin Itali. Beliau sudah 7 kali ke Palestin/Gaza. (Kami sempat menebual beliau dan Insya Allah akan kami terbitkan kemudian). Kemudian konvoi di bawa ke Bandar Turin untuk aktiiviti kempen Palestin.
Sebaik kemi keluar dari lebuhraya, sekitar 12 anggota polis Itali bermotor sudah menunggu untuk membawa kami ke pusat Bandar Tulin (di square). Di sepanjang perjalanan, suasana sungguh mengharukan kerana puluhan kenderaan konvoi meluru dengan pantas melepasi lampu-lampu isyarat jalanraya tanpa berhenti dengan bunyian horn kenderaan, siren ambulan dan teriakan ‘viva-viva palestina’, ‘road to gaza’, ‘save palestine’ … dan lain-lain.
Tengah malam dan awal pagi (1.30am) kenderaan konvoi memasuki lorong-lorong di pinggir bandaraya Milan menuju 'camp-site' - tempat kami bermalam untuk hari ke empat konvoi. Suhu sekitar 5 degree C, mencabar kami dari Malaysia yang tidak biasa dalam cuaca dimalam gelap bersama khemah yang dibekalkan kepada kami. Namun kepenatan sepanjang hari memandu kenderaan membuatkan kami nyenyak beradu di dalam 'sleeping bag'.
5.00 pagi, Alhamdulillah kami dikejutkan dengan alunan surah Alqur'an yang mengejutkan kami untuk bersolat fajar bejamaah.
Insiden Hari ini:
a. Kenderaan dipandu Dr Mohd Zin, mengalami kesukaran dihidupkan selepas mengisi diesel di service staion, namun dapat di atasi apabila dikesan ianya berpunca dari ‘immobilization’ mode.
b. Sukarelawan Malaysia yang dipimpin ketua kumpulan VPUK sekitar 12.00t malam, silap memasuki laluan keluar lebuhraya ke ‘camp-site’ di pingir kota Milan untuk penginapan, menyebabkan konvoi terpaksa mengikuti jalan jauh dan lewat tiba ke ‘camp-site’ selama dua jam. Namun Alhamdulillah wlaupun keletihan and mengantuk, kesemua selamat tiba di tempat penginapan.
# Beberapa gambar di atas adalah perjalanan di lebuh raya, program sambutan konvoi di Square di tengah bandar, ahli konvoi bersolat 'asar di kawasan lapang di dalam bandar dan lain-lain aksi para peserta bersama peserta antarabangsa.




Pagi ini menuju Bandar Lyon Perancis pada jam 6.30pagi waktu tempatan dari Peranchis. Perjalanaan melalui lebuhraya menuju bandaraya Lyon, 430km ke selatan dari kota Paris.
Perjalan diperingkat awal agak mengelirukan walaupun perancangan rapi. Antara lain adalah disebabkan permulaan perjalanan pada masa yang masih gelap (awal pagi) dan jalan masuk ke lebuhraya sesak dengan kenderaan pengguna memasuki kota Paris. Apabila memasuki lebuh raya di sepanjang perjalanan, suasana agak lega dan visual agak jelas dan kami dapat melihat kenderaan kumpulan.
Jam 3.00 petang, tiba di Lyon dan disambut aktivis Palestin di sana dan kami di bawa di dewan orang ramai di vaux en ville di Perancis. Diberi jamuan makan tengah hari dan kemudian ke Bandar untuk mengadakan kempen Palestin.
Puluhan kenderaan konvoi meluru dengan pantas dikawasan perumahan dan perniagaan dengan bunyian horn kenderaan, siren ambulan dan teriakan ‘viva-viva palestina’, ‘road to gaza’, ‘save palestine’ … dan lain-lain.
Ramai penduduk yang kelihatan beragama Islam memberikan respond yang sangat positif. Begitu juga penduduk tempatan, keluar dari premis masing-masing melambai tangan kepada kami, menyahut seruan-seruan dan bagi mereka yang ebrkenderaan menyahut dengan horn bertalu-talu sepanjang konvoi kemi sepanjang sekitar 100 meter. Ini adalah sebahagian dari misi konvoi kemanusiaan Life Line for Gaza konvoi jalan darat, iaitu menjalankan kempen kesedaran Palestin/Gaza kepada masyarakat Eropah di sepanjang perjalanan kami.
19 Sept. 2010, TImbalan Mayor dan George Galloway (Patron kepada Land Convoy Lifeline For Gaza Viva Palestina 5) telah turut hadir di dalam sambutan ringkas ketibaan sukarelawan konvoi di Paris. Kedua-dua tokoh tersebut bersatu hati mengutuk keganasan Israel dan rejim zionis.
George Galloway telah melapangkan masa hampir setengah hari, bemesra dengan pada sukarelawan serta mengadakan sessi perkongsian wakil-wakil NGO yang turut serta dari serata dunia dengan para sukarelawan dan penduduk tempatan yang turut hadir.
Kehadiran konvoi Malaysia juga menarik perhatian George Galloway dan para sukarelawan Malaysia sempat memperkanalkan diri dan kenderaan yang dibawa.
Sesuatu yang menarik, kesemua ketua konvoi negara-negara melihat isu palestin dari pelbagai sudut namun menyimpulkan bahawa keganasan rejim Israel adalah satu-satunya punca kecacawan di bumi Palestin dan rejim tersebut perlu keluar dari bumi Palesrin. Semua mereka juga menyatakan bahawa di sebabkan apa yang berlaku di Palestin tersebut mendorong mereka untuk turut serta dalam konvoi.
19 Sept. 2010, laungan Bebaskan Palestin dari cengkaman yahudi bergema di tengah-tengah kota Paris dengan lebih 20 kenderaan konvoi kemanusiaan meluru ditengah-tengah bandaraya bersama teriakan dan pekikkan protes terhadap kekejaman zionis Israel. Program ini adalah sebahagian dari kempen bersempana konvoi darat misi kemanusiaan viva palestina 5 ke Gaza. Para sukarelawan mengibarkan bendera palestin dan negara-negara yang mereka wakili sambil berteriak membantah kekejaman Israel. Risalah di edarkan di sekitar Bandarata. Beberapa bulatan utama yang dipenuhi pengunjung di sekitar bendaraya Paris dikelilingi kenderaan konvoi beberapa kali dan beberapa jalan dilalui. Ramai peniaga yang melambai tangan, menunjukkan jari jempol sebagai sokongan. Dilaporkan sebiuah kedai melemparkan duit sumbangan dan roti kepada konvoi yang melalui hadapan kedainya.
Kempen yang memakan masa lebih dua jam mulai jam 10 pagi itu disertai oleh aktivis Palestin tempatan dan para peserta konvoi. Yang menyentuh perasaan kami peserta konvoi dari Malaysia ialah kehadiran pelbagai golongan penduduk berbilang kaum temasuk beberapa wanita dan lelaki yang sudah berumur. Mereka dengan ikhlas mengorbankan masa dan tenaga demi membela Palestin. Seolah-olah anak-anak palestin itu adalah anak-cucu mereka sendiri yang perlu diberi pembelaan.
Poskad dan artikel sokongan Palestin diedar disekitar Bandar bagi meraih sokongan awam. Difahamkan, pengaruh dan lobi golongan yahudi dalam politik Peranchis agak kuat dan kerajaan mengunakan banyak tekanan terhadap mereka yang menyokong Palestin. Ada aktivis yang telah didakwa kerana menjalankan kempen boikot Israel dibandaraya Paris.
