Friday, 4 February 2011

Kilang Roti Untuk Keperluan Seluruh Gaza






4 Feb 2010, di Surau Nurul Salam Tmn Pulai Indah, Kangkar Pulai Johor, Presiden Persatuan Islam Jabalia, Syekh AbdelRahim Sehab mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang dana pembinaan sebuah kilang roti yang akan dibangunkan di Gaza. Kilang tersebut akan mampu menghasilkan roti untuk diedarkan ke seluruh semenanjung Gaza. Syekh Abdel Rahim Sehab menyatakan bahawa terdapat tiga golongan rakyat yang akan menjadi sasaran projek tersebut. Pertama untuk diedarkan kepada rakyat termeskin di Gaza secara percuma; kedua untuk dijual kepada rakyat yang kurang berkeupayaan dengan harga kos; dan ketiga untuk dijual kepada rakyat biasa dengan harga yang berpatutan.

Projek kilang roti ini diputuskan selepas kembalinya sukarelawan aqsa2gaza viva palestina 5 yang berjaya menembusi sekatan Israel dengan kenderaan ambulance pada 21 Oktober 2010. Projek yang bernilai sekitar RM1,000,000.00 itu dijangkan ditanda tangani oleh pihak Aqsa Syarif dan Islamic Society of Jabalia pada pertengahan bulan Februari ini dan dijangka memulai pembinaannya pada akhir Mac 2011.

Syekh AbdelRahim adalah dalam rangka lawatan ke tiga negara Islam yang menyokong kuat perjuangan Palestin iaitu Malaysia, Indonesia dan Turki. Beliau berada lebih kurang 2 minggu di Malaysia. Kehadirannya di Malaysia dimanfaatkan dengan aktiviti road-show ke Johor dengan menjadi tetamu Sekretariat Aqsa Syarif Negeri Johor yang dipengerusikan oleh PM Dr Abdull Rahim Yusof. Selain menjadi tetamu Aqsa Syarif, Syekh AbdelRahim juga akan menemui beberapa bandar untuk mencadangkan konsep 'bandar berkembar'.

Orang ramai, individu usahawan dan badan-badan korporat dijemput membiayai beberapa projek lagi di Gaza dan pengurus projek-projek di Malaysia ialah Aqsa Syarif.

Kerjasama Islamic Soc Jabalia & Aqsa Syarif Bantu Rakyat Gaza





4 Feb 2011 di Majis Tmn Putri Kulai Jaya, Presiden Islamic Society Jabalia (ISJ) Gaza Palestin menjelaskan bahawa beliau benar-benar bersyukur di aats usaha-usaha rakyat malaysia yang menyalorkan sumbangan melalui Aqsa Syarif. Kerjasama yang diberikan oleh Aqsa Syarif dan ISJ telah memungkinkan projek ternakan lembu tenusu dapat dijayakan di gaza bagi menyediakan pekekerjaan dan hasil tenusu untuk keperluan penduduk Gaza. ISJ telah berjaya menghasilkan 1,800 liter susu lembu sehari hasil dari projek di atas dan dengan itu telah membolehkan penduduk sekitar Jabalia memperolehi makanan yang penting itu. Serangan rejim Israel terhadap Jabalia telah menyeabkan banyak

Jaulah Pelajar-pelajar USIM mendapat pendedahan Aktivis Gaza






3 Feb 2010 seramai 25 pelajar USIM yang memiliki kecenderungan yang tinggi di dalam melibatkan diri di dalam aktiviti keislaman telah tiba di Tmn Sri Pulai Perdana di dalam rangka jaulah ke selatan tanah air. Salah satu aktiviti yang disusun ialah untuk mendapat pengisian fiqrah dari Dr Mohd Zin iaitu YDP IKRAM Pontian. Bersempena kehadiran wakil Gaza di Johor, kesempatan tersebut dimanfaatkan dengan menjadikan majlis tersebut sebagai suatu pengisian fikrah dari Syekh AbdelRahman Shehab dari Jabalia City. Setelah Syekh IbdelRahim memberikan ceramah yang padat beberapa soalah diketengahkan oleh pelajar-pelajar dari USIM yang hadir. Di antara isi penting disempaikan Syekh Abdlrahim ialah aspek pemahaman Islam yang syumul yang perlu diusahakan oleh setiap pemuda/pemudi Muslim. Pengalaman persatuan Islam di Gaza di dalam menjalankan usaha-usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran serta amalan Islam turut menjadi perbincangan yang penting.

Wednesday, 2 February 2011

Relawan A2G Teruskan Misi

Kembali ke Malaysia setelah berjaya menembusi sekatan rejim Israel di sempadan Rafah untuk ke Gaza dan menyerahkan bantuan kepada rakyat Gaza tidak bererti perjuangan sudah selesai, malah ianya mungkin baru bermula…
Para relawan yang mendapat sentuhan para ‘mujahid’ di Gaza sering menitiskan air mata khusnya ketika bersendirian meneliti gambar-gambar yang dirakam mereka ketika di Gaza. “Kami sangat-sangat tertekan bila mendapat berita serangan-serangan berterusan Israel terhadap rakyat Gaza selepas kami kembali di Malaysia” kata salah seorang sukarelawan. “Kami berdosa benar jika tidak berbuat apa-apa terhadap Palestin. Kami mesti terus menyumbang di dalam memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap Palestin kepada Malysarakat. Kami akan ditanya Allah nanti jika masyarakat tidak tergerak di dalam membantu palestin dengan apa jua”.”Mereka rakyat di Palestin adalah di barisan hadapan di dalam perjuangan membebaskan bumi umat Islam dan Masjidal Aqsa… semua ummat Islam harus terus bangkit dan membantu, samaada dengan do’a mahupun wang ringgit”.





Monday, 31 January 2011

Wakil Gaza Menerima Sumbangan Dana dari Koperasi Muslimin





Pengerusi Islamic Society Jabalia Gaza Sdr Abdel Rahim Sihab berkesempatan melawat Ibu Pejabat Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur ketika beliau di dalam rangka lawatan rasmi di Malaysia dan beberapa negara di Asia. Kunjungan beliau juga sebagai mewakili (perunding) kepada Majlis Perbandaran Jabalia (Utara Gaza) iaitu mewakili dato' bandarnya mr Essam Joudah. Koperasi Muslimin menyumbang sejumlah RM12,000.00 untuk membantu projek membangun semula Gaza malalui projek-projek yang diuruskan bersama oleh Aqsa Syarif Malaysia. Sekembalinya misi kemanusia Aqsa2Gaza (A2G) Viva palestina 5 pada Okt. 2010, Aqsa Syarif telah bertungkus lumus mengumpul dana bagi membantu 6 projek yang telah dikenalpasti yang perlu dilaksanakan di Gaza. Antaranya ialah Projek Pembangunan Kilang Roti yang dijangka beroperasi pada awal bulan April 2011. Kilang roti tersebut akan menghasilkan roti yang akan diagihkan secara percuma kepada lebih 5000 keluarga miskin di seluruh Gaza selain untuk jualan kepada rakyat Gaza dengan harga berpatutan.

Turut hadir di majlis ringkas di ibu Pejabat Koperasi ialah Ahli Lembaga Koperasi Yang Amat Arif Dato' Ustaz Muhammad Abdullah, Dr Mohd Zin, Pengurus-pengurus Koperasi En Abdul Rahman dan Ust Khairuddin dan aktivis Aqsa Syarif iaitu Tn Hj Norazmi dan En Azmi Katiman. Sdr Abdel Rahim sempat diberi penerangan ringkas berhubung Koperasi Muslimin Malaysia Berhad [http://koperasimuslimin.com.my] yang diwujudkan 30 tahun dahulu bagi membangunkan ekonomi dan sistem kewangan berlandaskan syari'at. Koperasi Muslimin yang kini memiliki aset melebehi RM60 juta dan ahli melebehi 35,000 ahli seluruh Malaysia, mewujudkan tabung al-Abrar yang antara lain adalah untuk membantu ahli dan orang Islam yang ditimpa kesusahan.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menyertai Koperasi Muslimin dan menyumbang kepada pembangunan ummah di negara ini dan di seantero dunia. Jazakumullahukhairan semua anggota Koperasi Muslimin dari Aqsa Syarif dan rakyat Palestin.

Layari untuk maklumat lanjut Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.
http://koperasimuslimin.com.my

Saturday, 29 January 2011

Antara Dua Darjat


Ketika kami menjadi tetamu kepada Sdr Abdel Rahim Sihab di Gaza, kami dibawa di medan juang di Gaza. Sebagai aktivis sosial NGO, Sdr Abdel Rahim mempunyai jadual yang ketat. Sejenak memanjat tangga ke tingkat dua pejabat Islamic Society Jabalia Gaza, kami lantas dibawa dengan kenderaan yang laju menuju kawasan ternakan lembu, industri tenusu dan keju dan kawasan penempatan rakyat yang dizalimi regim Israel di Gaza. Begitulah suasana jihad, perjuangan dan mujahadah di bumi Palestin yang diberkati Allah.

Tengah hari tadi giliran Sdr Abdel Rahim pula menjadi tetamu kami. Tidak ada medan jihad yang kami dapat tunjukkan, hanya sekadar di meja makan, untuk menikmati juadah ... Berdosakah kami ?

Thursday, 27 January 2011

Brother Abdel Rahim: Our Respected NGO Leader from Gaza




Alhamdulillah & Congratulation to our beloved Br. Abdel Rahim Sehab for your outstanding performance in your duty. You are an excellent and active NGO leader in Gaza. May Allah help you in your struggle to help and uplift standard of living of people in Gaza. May Allah grant brighter future for Palestinian and muslim ummah as a whole. Br Abdel Rahim is currently a President of Islamic Society of Jabalia and Consultant of Jabalia Municipality, Gaza. Allahu Akbar...!.