Monday, 28 February 2011

Training of Trainers (ToT) Aqsa Syarif Sarawak







Walaupun kelihatan jauh di antara para aktivis Aqsa Syarif Sarawak dengan saudara-saudara seperjuangan di Semenanjung, ketibaan kami di Ibu Pejabat IKRAM Serawak dan Aqsa Syarif Sarawak tidak langsung memberikan gambaran tersebut. Pelbagai poster suasana Palestin terpampang di sekitar Pejabat. Juga dihiasi dengan maklumat gerak kerja dan aktiviti IKRAM Sarawak Suasana ukhuwah dan amal jama'ie sebagai satu organisasi jelas tercerna dan ianya bertambah mendekatkan hati-hati aktivis Aqsa Syarif di dalam beramal dan berukhuwah.

Bermula sekitar 8.30pagi 26 Feb 2011, Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Sarawak telah mengadakan ToT bagi aktivis Aqsa Syarif di negeri tersebut dengan empat penyampaian oleh dua orang ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa syarif iaitu PM Dr Hafidzi Mohd Noor dan PM Dr Mohd Zin Kandar. Aqsa Syarif Sarawak telah berjaya membuka empat pejabat Sekretairt daerah-daerah iaitu Daerah Kuching, Daerah Kota Samarahan, Daerah Bintulu dan Miri. Semua wakil telah berjaya hadir dan engikuti ToT yang disenggarakan oleh pengerusi sekretariat AQSA Sarawak iaitu Ustaz Azman Zen.

Penyampaian oleh Dr Hafidzi menjelaskan dengan terperincai sejarah dan fakta-fakta konspirasi zionis antarabangsa, kuasa-kuasa besar barat dan ketua-ketua kerajaan Islam yang menggadaikan prinsip Islam di sebabkan kejahilan dan kebaculan mereka khususnya mereka yang berada dan berjiran dengan bumi Palestin. Tergadainya bumi Palestin sehinga dirongkai Tebing Barat dan terpencilnya semenanjung gaza hari ini, di antara lain adalah angkara pemimpin Islam seumpama Anwar El Sadat yang tiada jati diri sebagai pemimpin Islam. Lebih menyedihkan, perjanjian Camp David yang ditandatanganinya besama PM Israel Menachem Begin pada 17 September 1978 membawa kepada pengiktirafannya Baitul Maqdis sebagi ibu negara abadi bagi Israel !?
Selanjutnya Dr Hafidzi mengulas senario terkini negara-negara arab khususnya mesir yang telah berjaya menumbangkan pemimpin mereka yang zalim yang selama ini menjadi sekutu kuat Israel dan menekan rakyat Palestin khususnya Gaza. Petanda positif dan kemenangan yang semangkin hampir di dalam perjuangan Palestin sudah mula bersinar dan para peserta diseru untuk meneruskan usaha bagi meraih ganjaran dari Allah di samping memikul tanggungjawab membebaskan masjidil Aqsa.

Penyampaian oleh Dr Zin pula menjurus kepada aspek pentadbiran Aqsa Syarif di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah-daerah. Perancangan Strategi Aqsa Syarif turut dibincangkan dan bagaimana Aqsa Syarif di setiap negeri dan daerah perlu menjuruskan usaha, bekerja secara jama'i bagi mencapai sasaran tahunan atau KPI yang ditentukan.

Pengalaman konvoi A2G turut dibentang dan dikongsikan di dalam ToT yang dijalankan buat julung kalinya di Sarawak.

Para peserta ToT begitu kelihatan puas dengan huraian fakta-fakta sejarah yang begitu analitikal dan kritis yang disampaikan secara yakin oleh Dr Hafidzi disamping tayangan slides mengenai misi A2G yang dapat menaikkan semangat para serta untuk melipatgandakan usaha bagi 'menebus' Palestin & Masjidil Aqsa yang sedang ditawan rejim zalim zionis.

Sunday, 27 February 2011

Perkongsian A2G di UNIMAS dan beberapa lokasi di Kuching







Pengalaman menyertai konvoi A2G VP5 terus dikongsi di seluruh negara oleh relawan A2G. Kali ini di bumi kenyalang. MPP UNIMAS yang kini diterajui oleh anak muda bersemangat tinggi dan berketerampilan, saudara Muhammad Mus'ab telah menganjurkan Konvensyen Transformasi Muzik dan Kemanusiaan selama dua hari (26-27 Feb 2011) turut menjemput relawan A2G Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar dan pakar rujuk isu Palestin di Malaysia Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor di hari kedua yang di adakan di UNIMAS.
Dr Hafidzi menerangkan dan menghuraikan dengan terperinci rentetan sejarah bumi Palestin yang sehingga kini dikuasi oleh rejim Israel berfahaman zionis yang zalim. Dr Hafidzi menerangkan, betapa penting bagi sesiapa yang ingin memahami isu Palestin dan situasi terkini, mestilah memahami susur galur sejarah seawal 1940an dan mereka yang terlibat di dalam percaturan Palestin sama ada para pemimpin Palestin sendiri, pemimpin-pemimpin negara-negara Islam sekelilingnya dan percaturan politik dan konspirasi termasuk yang dilakukan PBB dan negara-negara eropah dan Amerika semenjak penubuhan gerakan zionis antarabangsa yang bersidang di Basle, Switzerland pada 1897. Kegagalan memahami agenda di sebalik peristiwa-peristiwa yang berasaskan niat jahat rejim Israel, Britain dan Amerika boleh membawa kepada kesilapan sesaorang itu menanggapi isu Palestin hari ini.
Sesi perkongsian konvoi kemanusiaan ke Gaza A2G kemudian melengkapkan jalan cerita isu Palestin sehingga ke hari ini bagaimana kezaliman rejim Israel terhadap Palestin terdedah secara luasnya di mata dunia melalui sekatan tembuk kematian terhadap Gaza semenjak 2006, serangan besar-besaran rejim Israel 2008 dan kebiadapan Israel menyerang dan membunuh 9 sukarelawan Mavi Marmara pada Mei 2010. Sesi yang penuh bermakna itu telah berjalan dengan berkesan dengan beberapa interaksi di antara para peserta dan penceramah melalui soal jawab dan perbincangan di luar dewan.

YDP MPP UNIMAS turut menyampaikan sumbangan sejumlah RM1600.00 kepada wakil Aqsa Syarif hasil kutipan di dalam program yang dijalankan. Jualan buku-buku mengenai Palestin dan produk-produk Aqsa Syarif turut diadakan di lobi dewan.

Pada hari pertama konvensyen, persembahan nasyid berkonsep perjuangan oleh Al-Farabi Band dari Shah Alam telah memkau hadirin yang memenuhi dewan tempat konvensyen di adakan iditu di UNIMAS.

Dr Hafizi dan Dr Mohd Zin turut mengadakan ceramah Palestin di beberapa masjid dan surau di bandar Kuching dan latihan kepada aktivis Aqsa Syarif di dalam ToT (Training for Trainers) di pejabat Pertubuhan IKRAM Sarawak.

Saturday, 19 February 2011

Ikrar Memperjuangkan Palestin Bergema dari UniKL MFI










19 Feb 2011 di dewan perhimpunan UniKL MFI Bandar Baru Bangi bergema ikrar dan slogan anak-anak muda untuk memperjuangkan pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Dengan penuh disiplin dan profesional, majlis penutupan Minggu Peghayatan Islam UniKL MFI (MPI2011) anjuran RuHIS UniKL MFI dihiasi dengan beberapa acara menarik termasuk persembahan mantap penasyid tahan air INTEAM, Persembahan Nasyid Ruhul Jihad oleh kumpulan nasyid UniKL, serta ceramah ringkas Palestin & Aqsa2Gaza oleh Prof Madya Dr Mohd Zin dari Aqsa Syarif. Dihadiri oleh para pelajar UniKL, pelajar universiti berdekatan dan staf UniKL, majlis tersebut juga dihiasi dengan pameran dan jualan produk-produk Palestin dari Aqsa Syarif.

Dr Mohd Zin membawa tajuk "Keganasan Israel di Bumi Palestin: Siapa Yang Harus Membela?" menjelaskan secara ringkas sejarah kekejaman Zionis Israel di bumi Palestin. Pengalaman menyertai Konvoi Kemanusiaan Jalan Darat ke Gaza, A2G VP5 turut dikongsikan kepada para hadirin yang hadir. Umat Islam dan para pemuda harus prihatin di atas apa yang berlaku di Palestin. Pembebasan bumi yang penuh keberkatan itu serta Masjidil Aqsa adalah tanggungjawab semua dan perlu dilibati oleh seluruh ummat. Anak-anak muda di IPT yang masih bersemangat dan bertenaga, wajar mengembling tenaga untuk turut menyokong dan menggerakkan aktivisma di dalam usaha kempen kesedaran dan penjanaan dana membantu Palestin.

Turut hadir ialah Dekan Kampus UniKl Prof Madya Haron Abas yang turut menyampaikan sumbangan warga UniKL untuk tabung Palestin Aqsa Syarif.

MPI2011 dijalankan dengan pengemblingan tenaga para pelajar yang soleh dan solehah yang diketuai oleh pengarahnya Mohd Shah Redza dan dibimbing oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Sdr Salehuddin serta penasihatan Dekan Kampus UniKLMFI. Program seminggu yang telah dijalankan meliputi aktiviti rekreasi, explorace, forum dan hiburan cara Islam.

Majlis bertambah menarik dengan pimpinan dua pengacara ikhwah dan akhawat yang begitu petah berbahasa Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis. Dengan aktiviti yang sihat sebegini rupa dan bimbingan tarbiyah yang berterusan, Insya Allah mereka akan berupaya menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa. Mudah-mudahan cerah masa depan Malaysia.

Tahniah UniKLMFI ... Teruskan Usaha Murni Anda...!

Thursday, 17 February 2011

Relawan A2G Aktif Memberi Ceramah di Melaka



Dengan usaha dan kesungguhan Sekretariat Aqsa Syarif Melaka, relawan A2G dari Johor, Ustaz Rofazlin Jusoh telah menjelajah ke beberapa bandar di Melaka. Antara tempat beliau memberi ceramah bersempena sambutan Maulidur Rasul 2011 ialah di Sek.Men Vokasional, Melaka Tengah, Sek.Men. Vokasional Datuk Seri Muhd Zin,Alor Gajah, Surau Al-Islah, Ching dan beebrapa tempat lain. Ustaz Rofazlin juga terus mendapat jemputan ceramah dan forum di sekitar Johor. Berita-berita penuh boleh dicapai di http://aqsasyarifjohorbahru.blogspot.com/


Pada 11 Februari 2011 pula Dr Mohd Zin telah berkesempatan memberikan ceramah bertajuk "Masjidil Aqsa - Siapa Yang harus Membebaskannya ?" di Masjid Jame' Air Baloi Pontian. Inisiatif pengerusi AQSA Pontian Cikgu Amran, kini khadi Pontian telah mengeluarkan surat agar ceramah Palestin di adakan di masjid-masjid di sekitar Pontian.

Monday, 14 February 2011

INGAT ROTI...INGAT GAZA...INGAT AQSA SYARIF







Alhamdulillah hari ini bersempena juga dengan sambutan MaulidurRasul SAW, Usaha-usaha Aqsa Syarif "Memperkasa Ummah-Membebaskan Al-Aqsa" mendapat liputan sekali lagi di media cetak perdana Utusan Malaysia. Kali ini ialah mengenai projek-projek usahasama Aqsa Syarif dan NGOs di Gaza. Di antaranya ialah cadangan projek Pembinaan Kilang Roti. Projek yang sedang berjalan, iaitu Ternakan Lembu dan Ternakan Ikan juga mendapat liputan. TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA. Semoga bertamah keberkatan hidup anda semua yang menghulurkan sebahagian rezeki demi 'membayar' untuk pembebasan Bumi Palestin. Dapatkan naskah Utusan Malaysia Hari ini (15 Feb 2011) untuk berita penuh.

Monday, 7 February 2011

Re-Union Relawan A2G Bermakna






Alhamdulillah, hujung minggu lalu suatu re-union relawan Aqsa2Gaza (A2G) berjaya di adakan di Kuala Lumpur walaupun 3 relawan tidak dapat turut serta. Sdr Abdul Wahab dan Hj Taufik terperangkap di lebuh raya dari utara apabila setelah 5 jam bertolak, mereka hanya berjaya tiba di Perak dan terpaksa membatalkan perjalanan. Sdr Yusof dengan urusan keluarga yang tak dapat dielakkan.
Re-union yang dapat dihadiri oleh Dr Mohd Zin, Hj Norazmi, Azmi dan Ust Rofazlin itu turut dihadiri oleh Syeikh AbdelRahim Shehab dari Gaza yang dalam misi khas melawat 3 negara Islam Turki, Malaysia dan Indonesia. Turut hadir ialah rakan seusrah Syeikh AbdelRahim iaitu Mr Fadi (al-Hafiz) dan Mr Ahmad yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di sebuah Universiti tempatan di Malaysia.

Selain membincang beberapa usaha-usaha berterusan memyemarakkan isu dan perjuangan memperkasa ummah di Malaysia, sukarelawan A2G berpeluang mendapat berita-berita terkini dari Gaza yang dikongsikan oleh Syeikh AbdelRahim. Gambar kelihatan Ust Rofazlin & Sdr Azmi membuat rakaman terhadap amanat-amanat yang diberikan oleh Syeikh AbdelRahim.

Pertemuan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu diselang seli dengan perbincangan santai dan gelak ketawa. Kelihatan ceria meraka dari Gaza itu tetapi sesekali perincangan begitu serius apabila isu perjuangan dan apa yang ummat Islam perlu lakukan untuk membebaskan bumi Palestin dan masjidil Aqsa dari cengkaman rejim Israel yang zalim. Gambar kelihatan juga sifat mulia Hj Norazmi yang sentiasa melayan rakan-rakan dimeja makan. Kelihatan juga kesungguhan Hj Norazmi menjelaskan sesuatu yang begitu serius sambil diberi tumpuan oleh tetamu yang turut hadir.

Saturday, 5 February 2011

Dakwah dan Tarbiyah Asas Pentadbiran Di Gaza





"Apa jua yang sedang dilaksanakan di Gaza sama ada di dalam aktiviti kerja-kerja kemanusiaan (humanitarian), pendidikan, keselamatan, politik dan ketenteraan adalah berasas dan berpaksikan Dakwah dan Tarbiyah" Kata syeikh AbdelRahim Shihab, aktivis kemanusiaan dan perunding kepada Jabalia City Municipality yang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Islam termasuk Turki, Malaysia dan Indonesia.

Al-Qur'an adalah rujukan utama kepimpinan dan al-Qur'an siajar di Masjid-masjid, di sekolah-sekolah dan dirumah.Al-Qur'an dibaca, dihafaz dan dipelajari oleh semua golongan. Al-Qur'an menjadi rujukan dan panduan di dalam semua institusi keluarga, persatuan dan agensi kerajaan. Nilai-nilai murni sentiasa digali dari al-Qur'an bagi dijadikan panduan dalam segala gerak kerja.

Al-Sunnah yang dipelajari dari Hadith Nabi SAW adalah rujukan pelengkap selepas AL-Qur'an. Syekh Ahmad Yasin adalah di antara pemimpin, ulama' dan cendikiawan gerakan Islam yang telah mewakafkan hidupnya untuk membangunkan suatu gerakakan Islam yang merujuk dirah perjalanan nabi dan para sahabat di dalam keadaan senang mahupun genting. Nabi SAW pernah berdepan dengan musrikin dan dengan yahudi. Banyak panduan yang boleh diperolehi dari meneliti dan mempelajari sirah perjalanan Rasulullah SAW bermula di dalam peringkat lemah (pengikut yang sedikit), dan di dalam keadaan Islam berkembang dan kuat.

Gaza tidak mungkin bertahan dan tidak mungkin akan menang tanpa asas dakwah dan tarbiyah sebagaimana yang didemonstrasikan oleh junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat R.A. dan kini dikembang-amalkan oleh gerakan Ikhwan Muslimin,

Ini adalah sebahagian dari kandungan ceramah Syeikh AbdelRahim dihadapan ahli-ahli IKRAM Johor di Ibu Pejabat IKRAM Johor di Tmn Universiti Skudai.