Tuesday 14 December 2010

Perkongsian A2G di Tujuh Lokasi di Kelantan











Penyusunan yang rapi oleh IKRAM dan AQSA Kelantan Darul Naim telah memungkinkan dengan Izin Allah sessi perkongsian A2G dijayakan dengan lancar di tujuh lokasi strategik dengan kerjasama masjid/institusi tempat ceramah dijalankan. Bermula selepas subuh pada 11 Disember dan berakhir selepas zuhor pada 12 Disember, tujuh lokasi tersebut ialah Masjid Karomah Kg Baung Kota Bahru (KB); Sek Men Islam Aman (KB); Masjid Panchor Pengkalan Chepa; Masjid Telipot KB; Masjid SUK KB, SRI Al-Qiblah dan masjid Jamik Bachok Kelantan. Pengerusi Sekretariat Aqsa Syarif Kelantan ialah Tn Hj Mat Daud, Sdr Nik Kamaruzaman (Setiausaha) dan Ust Mohd Nuri (Bendahari). Turut membantu ialah Pengerusi Aqsa Syarif beberapa daerah di Kelantan, iaitu di antaranya Saudara Mokhtar.

Persiapan yang dibuat oleh penganjur (IKRAM & AQSA Kelantan) ialah Banner yang dipasang di lokasi-lokasi ceramah dan fliers diedar di sekitar lokasi sebelum ceramah. Bahagian teknikal dan pameran/jualan yang turut dirancang kemas, memeriahkan dan melicinkan program.

Dr Mohd Zin, sebagai sebagai ketua konvoi A2G dijemput membentangkan 'report card' - iaitu membentangkan perjalanan konvoi dan bagaimana amanah menyampaikan sumbangan yang dikmpul dari rakyat Malaysia diserahkan dengan tangan wakil Aqsa Syarif kepada ngo-ngo di Palestin khusunya Gaza.

Dr Mohd Zin juga membentangkan 6 projek yang kritikal dan telah dikenalpasti untuk diusahakan di Gaza oleh Aqsa Syarif pada thn 2011. Rakyat Malaysia dipelawa menanam saham keatas projek-projek baru yang akan diuruskan Aqsa syarif di Gaza. Ketika misi konvoi ke Gaza, sukarelawan A2G telah melawat di beberapa projek sumbangan rakyat Malaysia yang disalurkan melalui Aqsa Syarif dan agensi-agensi dibawahnya.

Jumlah sumbangan diterima dari orang ramai berjumlah RM2,236 dan jualan produk berjumlah RM1,090.00.

Gambar-gambar berkaitan boleh di lihat di foto album di http://www.facebook.com/drzin2000

No comments:

Post a Comment