Thursday, 30 September 2010

Laluan Ankara ke Kayseri Menempuh Hujan








30 Sept 2010 (Hari ke 13), Sebelum perjalanan bermula kami dibawa dengan bas dari tempat penginapan, iaitu sebuah pusat latihan yang mempunyai berbagai fasiliti. Pusat latihan ini adalah disediakan agensi berkaitan IHH bagi melatih anak-anak remaja mengenai pendidikan dan latihan kepimpinan.

Majlis sarapan turut dihadiri lebih lebih 30 ahli dan sukarelawan IHH dengan layanan yang sangat baik.

Perjalanan bermula dari pusat rekreasi di mana sarapan disediakan oleh IHH, diikuti kenyataan media (diahadiri lebih 10 media) dan penghantaran oleh IHH ke lebuhraya beserta kawalan bermotor/berkereta.

Perjalanan dari Ankara ke Bandar Kayseri buat pertama kalinya konvoi menerima curahan hujan. Jalan lebuh raya 2 lane, berbanding sebelumnya 3 lane dengan kanan kiri ladang, membuatkan para pemandu berhati-hati. Kelajuan kenderaan agak dicepatkan iaitu 70batu/jam kerana ingin memastikan distinasi di tuju sebelum malam. Pemandu perlu mengawal kenderaan bagi memastikan kelajuan yang ditentukan membolehkan tidak tertinggal konvoi, pada masa yang sama memastikan kenderaan tidak terbabas. Zikir, tawakal dan do'a sebagai bekalan sepanjang pemanduan.

Apabila kenderaan menghampiri pusat bandar Kayseri (sejarak 5km sebelum tiba), puluhan rakyat bandar ini sudah mula menunggu dengan bendera dan laungan selamat datang. Ada yang menerpa kenderaan kami menghulurkan kek, bunga dan air minuman.

Sekali lagi hati sukarelawan tersentuh dan terharu. Inilah keunikan dan keistimewaan IHH. Bukan sahaja mampu menerak dan mobilasi ahli-ahli dan penyokong, tetapi kebaikkan hati dan budi pekerti tergambar jelas di muka, kata-kata dan tindakan. Allah swt sahaja yang membalas segala jasa dan kebaikkan yang disumbangkan kepada konvoi VP5.


aqsa2gaza-30092010

Gambar2 terbaru semasa sambutan convoy di bandar Istanbul, Ancara dan Kyaseri di Turki.

(Sila klik pada gambar di bawah utk ke album)

Note: Gambar2 ini adalah resolusi rendah dan hanya lambakan sementara shj. Tak sempat edit kerana masa yg terhad.

Perutusan ke 2 Pengerusi AQSA SYARIF kpd Sukarelawan AQSA2GAZA VP5 di Turki

بـســم الـلّـه الـرحــمـن الـرحيـم


USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الـحـمـد لـلّـه والـصـلاة والـسلام على رسـول الـلّـه


Kami seluruh aktivis Palestin dari pelbagai organisasi sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan saudara-saudari di sana. Doa yang tak terhenti samada di atas tikar sembahyang mahupun di mana sahaja kami berada.


Kerinduan kami dapat diringankan apabila melihat wajah saudara-saudari di youtube, fb. blog, twitter malah tv telah memaparkan perjuangan kita di sana. Lebih mudah kami ber"rabithah" (mengikat/membayangkan) saudara-saudari di sana dalam doa kami.


Anda semua telah meninggalkan bumi penjajah dan sedang berada di bumi Sultan Mohammad al Fatih. Sultan yang disebutkan sebagai sebaik-baik sultan sepanjang zaman. Pengikut (tentera) Sultan Mohammad al Fatih ini adalah sebaik-baik pengikut yang diiktiraf sepanjang perjuangan.


Kesan debu dan cahaya yang ditinggalkan oleh mereka, moga melekat ditubuh saudara-saudari dan menjadi semangat buat perjuangan di sana. Walau bumi itu pernah dicemari oleh kamal artartuk, agen Barat buat menyambut kelahiran negara penjajah Israel.


Kini anak cucu dan anak murid Badi'uzzaman Said AnNursi sedang bangkit menebus keaiban itu. IHH pertubuhan kemanusiaan dan kebajikan yang diatur menyambut saudara, adalah salah satu contoh jelas, mata rantai perjuangan suci ini.


Saudara-saudari sekelaian, dalam perjalanan masuk ke Syria, bumi Ambiya' dan bumi Sultan Solahuddin Al Ayyubi. Jangan lupa pada 2 Oktober1187; iaiutu 823 tahun yang lalu, ada sesuatu yang berlaku di bumi Damsyik (Damascus) dan Masjidil Aqsa. Sultan Solahuddin Al Ayyubi berjaya memerdekakan Baitul Maqdis dari penjajah tentera Salib pada tarikh itu.


Saya pasti berita ini akan membakar semangat anda untuk memasukki bumi Syria itu. Dari Damsyik itulah Sultan Solahuddin Al Ayyubi melancarkan serangan terhadap musuh kita; tentera salib yang menjajah sejak Julai 1099, selama 88 tahun mereka menjajah Baitul Maqdis.

Masukilah bumi Syria dengan sentiasa berzikir dan bayangkan Nusrah Allah akan berulang lagi. Jangan lupa zikir Ma'thurat dan membaca beberapa lembaran al Quraan setiap hari, walau bagaimana sibuk anda di sana.


Kami masih menanti dua berita gembira itu; sorakan takbir saudara-saudara kita di Gaza sebaik anda berjaya masuk atau menumpang bau keharuman darah syuhada' dari tubuh saudara-saudari.


أسـتـغـفـر الـلـه الـعـظـيـم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

فجـزاكم الـلّـه خـيـرا كـثـيـرا ووفـّقـكـم الـّلـه

الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! ولــلّــه الـحـمـد


USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS

Pengerusi AQSA SYARIF

Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM

Wednesday, 29 September 2010

Pelbagai Lapisan Menyambut Konvoi di Ankara




29 Sept. 2010, 9.00mlm - Konvoi memasuki kawasan bandaraya Ankara, bandar kedua terbesar di Turki. Semakin konvoi mendekati dataran kawasan rekreasi, semakin membuak semangat kami. Ratusan menyambut dengan bendera Palestin, IHH, Hamas & Turki. Wanita dan remaja muslimah berjubah dan bertudung dengan lilit dikepala kalimah syahadah atau lambang IHH dan Palestin. Pemuda dan dewasa lelaki mengangkat tangan dan menyahut salam dan dengan bahasa turki, jelas dimuka mereka kegembiraan dan keikhlasan menyambut kedatangan rombongan konvoi dari berbilang bangsa dan agama.

Meja tersedia kemas dan jamuan diedar kepada peserta konvoi dan para tetamu. Selepas beberapa ketika, Presiden IHH Bandaraya Ankara Mr Hanefi Sinan (seorang Landskap Arkitek) memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya diikuti oleh ucapan bebeapa wakil negara-negara yang menyertai konvoi. Malaysia diwakili oleh Pn Azra.

Malam ini kami bermalam di sebuah pusat latihan/asrama yang agak selesa. Solat subuh dilakukan berjamaah di surau. Tazkirah disampaikan oleh Dr Mohd Zin menyentuh mengenai (1) Pelbagai nikmat yang Allah anugerahkan. (2). Nikmat terbesar adalah dengan Iman & Islam yang ALlah anugerahkan. (3) Dengan syahadah, kita ada tanggungjawab, memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Deen yang syumul. (4) Pastikan tanggungjawab terbesar ialah mendidik anak-anak dan isterui agar menjadi muslim sejati dan dapat menyumbang dalam dakwah dan tarbiyah. (5) Gunakan kesempatan bersama-sama dalam konvoi untuk bertaaruf dan merancang sesuatu untuk merancang aktiviti yang lebih baik.

Pagi ini dirancangkan bahawa konvoi akan bertolak kearah selatan Turki dan akan singgah di salah satu kubur Syahada' Mavi marmara Insya Allah.

Doa untuk sahabat

Sunnah Orang Berjuang

Sudah sunnah orang berjuang...
mengembara dan berkelana
mıskın dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isterı

Bıasanya para pejuang
rumah mereka merata - rata
rezekınya tıdak menentu
tıdur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
tapı dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
tapı pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tıdak terbılang )

Kami dı perantauan ini berasa teruja bıla menghayatı lırık lagu yang pernah dıkumandangkan oleh Allahyarham Ustaz Asrı bersama Nadamurni dulu...... walaupun kamı ını belum layak untuk dıgelar sebagaı pejuang apatah lagi meletakkan dırı sebagaı mujahıd, namun sedıkıt sebanyak lırıknya terasa sepertı terkena kepada kamı.....

Pejuang serta gelaran mujahid yang dıberıkan kepada kami oleh para sahabat, sebenarnya merekalah yang lebıh layak dalam memakaı gelaran tersebut.... rasa terharu dı atas pengorbanan besar kalıan untuk berusaha menjadıkan kamı wakıl dalam perjuangan ını membuatkan rasa kerdıl ıtu sentıasa mengırıngı dırı...... apalah yang ada pada kamı jıka dıbandingkan kalıan yang sanggup bergolok - bergadaı harta masıng - masıng, berhempas pulas sıang dan malam menyıapkan bekalan untuk kamı sebagaı bekalan...juga keluarga serta anak ısterı yang dıtınggalkan...... semngat kalıan sebenarnya yg mendıdık kamı untuk berkeras dalam perjalanan ını....

Beberapa ketıka, dı saat kehenıngan malam dan kedıngınan pagı yg mencengkam, kamı titipkan doa ını kepada semua :

Ya Allah Ya Rahman, Tuhan Yang Maha Berkuasa menjadıkan hambaNya sentıasa dıdalam lımpahan ıman dan İslam, Engkau tetapkanlah ıman kamı - hıdupkan kamı dalam ıman, matıkan kamı dalam ıman, masukkan kami ke dalam syurgaMu dalam iman.... Ya Allah, kıranya Engkau menetapkan yg terbaık untuk kami, maka tetapkanlah juga mana yg terbaık buat sahabat kamı, masukkan mereka ke dalam syurga fırdausMu dengan mendahuluı kamı bersama - sama dengan para Nabı, siddiqin, para syuhada serta orang - orang yang soleh...... kurnıakan juga kepada ısterı dan anak - anak kamı yang juga telah banyak berkorban dalam banyak perkara untuk menjadıkan kamı ını penegak dakwah, pejuang agama Allah...jadıkanlah syurga buat kamı dan kurnıakanlah ya Allah agar kamı dapat bersama - sama dengan dı syurgaMu

Ameen..

Sedutan kenyataan media di Istanbul

askm. Di dlm video di bawah, sebahagian wakil negara-negara yang mengikuti convoy memberikan kenyataan media termasuk wakil dari Malaysia, Dr Mohd Zin Kandar. Banyak media yang hadir daripada tempatan dan antarabangsa.


video

Dari Istanbul ke Ankara dengan kehangatan sambutan

Tepat jam 9.30 pagi, 29 Sept 2010.

Konvoi bergerak dengan bimbingan polis ronda ke lebuhraya menuju Ankara 400 km jaraknya. Semua ahli konvoi seperti biasa berusaha meletakkan diri di dalam situasi yang bersedia dan memiliki semangat yang tinggi.

Jalan yang panjang, berbukit bukau, berlurah yang dalam dan berterowong, meminta semua ahli konvi mengikut disiplin dan membuat perkiraan yang sentiasa tepat. Jalan lebuh raya Istanbul-ankara pula pagi ini di penuhi dengan lori-lori dan trailer yang dipandu dengan lajunya oleh mungkin professonal driver.

Sesuatu yang sentiasa di do'akan ialah jangan sesekali terlibat di dalam kemalangan, pada masa yang sama untuk memastikan pemanduan sentiasa berada di dalam gerombolan yang ditentukan.


Dari segi yang lain, sambutan dari masyarakat setempat begitu hangat sekali. Dihentian 100 km di selatan Istanbul, dari jauh kelihatan puluhan bendera menari-nari dijulang penduduk yang datang dan diselangi dengan nasyid Palestin dan ini menyemarakkan lagi suasana. Kami turut melambai tangan sambil mengucap salam.

Disepanjang jalan lebuh raya pula kenderaan-kenderaan yang memotong konvoi menghidupkan hon sambil mengangkat tangan tanda sokongan kepada skarelawan. Begitu juga diperkampungan kecil 300km melepasi Istanbul, sekelompok penduduk menunjukkan sokongan dengan kibaran bendera-bendera.

Jam 7.30 mlm, kenderaan konvoi sampai di Ankara dan dilayan dengan penuh kemesraan oleh wakil IHH dan para penyokongnya. Kelihatan berseri-seri di wajah mereka sebagai tanda do'a dan sokongan perjalanan konvoi kami.

Setelah dijamu dengan 'pide' (seumpama kebab) dan susu aryan (susu masam) sebagai makan malam, beberapa ucapan oleh wakil-wakil konvoi diadakan. Setelah suasana mesra bermua'yasyah dengan penuh mesra, kami dibawa ke penginapan berdekatan untuk merehatkan badan.

Tertinggal Konvoi, Kerosakan Kenderaan & Bantuan IHH



Setelah aktiviti hampir ke penghujung, suasana malam yang gelap dan kekalutan penghuni kota Instanbul untuk meninggal kota balik kerumah masing-masing, kenderaan A5 dipandu Hj Taufiq, dipintas kenderaan lain. Usaha untuk merapatkan kenderaan ke konvoi menjadi sukar dan akhirnya menemui kebuntuan ditengah-tengah kesesakan kota Istanbul yang terus bertepik dengan ngauman enjin dan horn-horn.

Kami terus berusaha mencari laluan mengikut gerak hati ... tetapi gagal juga di cari konvoi dihadapan. Sebuah kenderaan lagi (A4) dipandu Ust Rofazlin masih setia dibelakang kenderaan A5 yang hilang punca. Kami memberhentikan kenderaan. Apabila di buat keputusan untuk meneruskan pemanduan, tiba-tiba 'dask-board' van Ust Rofazlin bernyala dan stearing menjadi kaku untuk dipandu.

Setelah diusahakan untuk mendapat bantuan IHH, Alhamdulillah dua orang makanik datang menghulurkan bantuan. Van dibawa ke bengkel untuk perbaikkan. Alhamdulillah kerosakan teknikal dapat dibaiki segera dan kami sampai ke tempat penginapan jam 11.30 malam. Gambar menunjukkan kenderaan dibaiki, dan kejang lutut, peha dan sendi pun perlu servis juga (urut). Malam itu, tidur kami adalah di antara yang paling nyenyak dek kerana kepenatan dan kelenguhan sendi-sendi.

Aktiviti Lebih Padat di Istanbul

28 Sept 2010. Selepas perhimpunan sambutan konvoi lifeline for Gaza, solat didirikan di Masjid Sultan Ayub Cammi. Setengah jam selepas itu, semua konvoi memulai expidisi dan kempen kesedaran Palestin dengan membawa kenderaan masing-masing. Checkpoint yang pertama ialah di perkuburan syuhada' yang syahid di Kapal Mavi Marmara. Suasana sugul dan sedih menyelubungi semua yang hadir, termasuk sukarelawan yang bukan beragama Islam. Beberapa sukarelawan berucap melahirkan perasaan sedih terhadap apa yang berlaku, tetapi marah dengan tindakan rejim zionis yang zalim. Sukarelawan Malaysia di wakili oleh En Abdul Wahab - dengan ringkas menjelaskan bahawa ALlah bersama orang-orang yang sabar, sesungguhnya para syuhadah tidak mati, mereka hidup disisi ALlah dengan mendapat rezeki dan ALlah yang terbaik mengetahui keadaan mereka sebenarnya.

Sebaik selesai, konvoi terus meluncurkan kenderaan masing-masing mengelilingi kota Istanbul. Jalan-jalan di Istanbul yang terlalu banyak, berselirat dan dipenuhi penghuninya yang berjumlah sekitar 20 juta orang, memberikan suasana kota yang sesak dan padat.
Kenderaan dipandu sukarelawan dengan penuh berhati-hati tetapi perlu berani dan cekap mengendalikan kenderaan masing-masing. Kealpaan dalam tumpuan, samaada boleh berlaku kecelakaan atau tertinggal konvoi.

Perjalanan berterusan selama 5 jam (3.00 - 8.00mlm) tanpa henti sungguh meletihkan. Keletihan lupa kerana sibuk berinteraksi dengan penghuni kota yang membuat reaksi positif di kiri-kanan jalan dan dipintu-pintu kedai. Suasana sahut-sahutan di antara sukarelawan dan warga kota melalui kibaran bendera Palestin dan negara-negara beserta bunyian horn sambung menyambung sambil teriakkan "free Palestin","free gaza" dan lain-lain membuatkan masyarakat terdedah dengan isu Palestin dan konvoi ke Gaza yang sedang melalui negara Turki.

Lampu trafik, laluan pejalan kaki, teksi dan bas berhenti dan kerenah warga kota yang menyeberang jalan tanpa peduli, menyebabkan para sukarelawan berhempas pulas mengendalikan kenderaan sehingga menyebabkan lengoh kaki dan tangan.
Tetapi inilah sebahagian dari tugasan sebagai sukarelawan konvoi.
Sesekali kenderaan dipandu tertinggal kebelakang disebabkan pemintasan kenderaan kota, namun pemandu harus bertindak pantas mengejar kenderaan dihadapannya sambil memastikan kenderaan di belakang mengikutinya.

Secara keseluruhannya para sukarelawan perlu berada di atas kenderaan (sama ada di perjalanan bandar ke bandar, mahupun perjalanan) menjalankan kempen selama sekitar 15 jam sehari. 4 jam membersihkan diri dan makan dan 5 jam tidur (bangun subuh sekitar 5.30 pagi). Hal ini boleh dikatakan berterusan semenjak hari pertama konvoi bergerak pada 18 September 2010 di bandar Luton (Utara London).

Tuesday, 28 September 2010

Sidang Media Khas Konvoi di Kota Istanbul



Kota Istanbul pada hari ini 28 Sep 2010.

Sekali lagi mengeluarkan kenyataan dengan jelas menyeru kepada Regim Israel agar jangan menganggu konvoi kemanusiaan jalan darat yang akan menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza di atas dasar kemanusiaan.

"Konvoi kemanusiaan bukan berhasrat untuk memusuhi Zionis Israel, apatah lagi untuk berperang. Kami hanya ingin menolong sesama manusia yang tertindas dan ditindas di Gaza. Kami telah memenuhi syarat-syarat laluan yang diminta Israel ke Gaza. Tiada sebab regim zionis menganggu perjalanan kami, khususnya perjalanan dari pelabuhan Latakia di Syria ke Pelabuhan Al-Arish di Mesir".

Seruan juga dibuat kepada Presiden Mesir Hosni Mobarak agar memberi laluan mudah para konvoi menyeberangi Rafah.

Begitulah kenyataan jelas oleh George Galloway di dalam ucapannya di perhimpunan konvoi kemanusiaan anjuran IHH di tengah kota Istanbul. Dihadiri sekitar 1000 hadirin, beberapa pemimpin NGO beberapa negara arab termasuk Jordan, Syria, Algeria dan lain-lain berucap di sidang media khas yang dihadiri lebih 20 media dan stesyen TV sekitar eropah dan timor tengah.

Ketua Konvoi A2G, Dr Mohd Zin Kandar juga di antara deligasi yang memberikan kenyataan media di hadapan khalayak ramai. Antara yang disebut oleh Dr Mohd Zin ialah, "Penyertaan Malaysia di dalam isu Palestin bermu seawal 1960'an ketika Masjidil Aqsa dibakar dan penubuhan OIC.

Aqsa Syarif yang mempunyai 70 cawangan seluruh Malaysia dan mempunyai sukarelawan lebih 5000 di Malaysia sedia bekerjasama dengan siapa juga di dalam negara dan di luar negara di dalam isu membebaskan Palestin dari penjajahan Zionas Israel.

Sebelum ini Aqsa Syarif menghantar dua orang deligasi di dalam Flotila Mavi Marmara dan hari di dalam Konvoi kali ini Malaysia menghantar 14 sukarelawan beserta 6 kenderaan hasil pengeblingan tenaga dengan Viva Palestina Malaysia".

Di permulaan sidang media tersebut, Presiden IHH, En Bulent Yildirim memberikan ucapan dan sekali gus mengeluarkan kenyataan media memberi sokongan padu dan akan terus melipatgandakan usaha bersama rakan-rakan diperingkat antarabangsa dalam melaksanakan kewajipan membebaskan Palestin dalam apa jua bentuk sekalipun.

Majlis berjalan dengan penuh meriah, bersemangat dan sistematik dengan dipengerusikan Br. Zahir Dirawi dari Viva Palestina UK (International Committee).

Seumpama Kedatangan Wira-wira





Kedatangan kami ke bumi Othmaniah ini sememangnya kami idam-idamkan. Sering ku bayangkan sebelum ini bagaimana makmur dan amannya bumi Anatolia yang berada di bawah lembayung pimpinan syari'ah yang agung.
Kenderaan kami terus meluncur menerpa kawasan yang luas, kami tinggalkan bumi Greece yang serba mewah dan berwarna-warni. Kulihat di hadapan lambaian puluhan bendera hijau, putih dan hitam, berkibar-kibar seolah melambai-lambai kami dengan seribu satu harapan. Pabila telah mendakati mereka ... kami perlahankan kenderaan sambil menyeru salam dan syukur kepada khalayak yang berseri-seri muka seolah-olah menunggu-nunggu kepulangan anak yang dikasihi. Tak semena-mana seorang muslimat separuh umur datang menerpa dan menghulur sekuntum bunga merah ... carnation. Kami tergamam, namun mengambilnya dengan seruan salam.

Dipenghujung dataran, kami hentikan kenderaan masing-masing dan turun mendapatkan saudara-saudara kami yang menerpa kami sambil mengangkat tangan. Kami hulurkan persahabatan ini ... kami peluk seerat-eratnya tubuh sasa sahabat-sahabatkami ... dengan erat ... beberapa ketika ... sambil membisik salam dan selawat ... berlinangan air mata. Berbisik di hati, "inikah perasaan ansar dan muhajirin...".

Ya Allah, kami telah berkesampatan memijak bumi Othmaniah ini ... eratkanlah hati-hati kami kerana ingin mentaatimu dan memikul beban dakwahmu ... Semoga kekuatan Kau kurniakan untuk ummah ini.


aqsa2gaza-29-9

Click pada album di bawah utk gambar2 terbaru termasuk yg berlaku pada hari ini (29/9/2010)

Monday, 27 September 2010

Sambutan Hebat IHH di Turki.







Sekitar 12.00 tengah hari 27 September 2010.

Kesemua konvoi dapat melepasi sempadan Greece-Turki.

Sebaik kami muncul di tanah Turki, kami lihat puluhan lambaian bendera Palestin, Turki dan IHH tempat letak kereta. Sorakan bertalu-talu sahut menyahut kegembiraan kerana kedatangan konvoi di negara Turki.

Ada antara mereka meghadiahkan bag-bag buah-bauhan. Tiada ungkapan dapat diluahkan relawan. Hanya mata yg mampu berkaca. Indahnya berkasih sayang sesama Islam.

Kelihatan beberapa peserta konvoi yang menerpa saudara seislam, saling berpelukan. Seolah-olah sudah dikenali sebelum ini. Sedangkan, inilah kali pertama mereka bertemu. Mungkin itulah gambaran kegembiraan yang teramat sangat. Pelukan erat. Linangan air mata. Semuanya lahir sepontan. Semuanya berlaku kerana memiliki perjuangan yang sama.

Selepas pertemuan ringkas, beberapa aktivis IHH terus bersama mengiringi peserta konvoi menuju Istanbul. IHH telah merancang program sambutan selama 3 hari.

IHH telah menyediakan makan malam utk peserta konvoi di sebuah restoren di tepi laut. Turut hadir, presiden IHH dan George Gall0way. Malam ini peserta konvoi akan bermalam di Istanbul iaitu di sebuah dewan sukan.

Sunday, 26 September 2010

Kamu Pendorong Perjuangan Ummah Ini


Siapakah kami sebenarnya berbanding kamu wahai saudaraku.
Tidak kupunya apa kecuali meminjam semangat darimu.
Tidak ku kenal erti perjuangan kecuali ku saksikan dari realiti yang kau terus hadapi saban hari.
Tidak kupunya harapan, kecuali harapan mengunung yang kau telah bentangkan di dalam perjuanganmu yang masih belum berakhir, walaupun telah mengorbankan jiwa-jiwa syuhada'.
Tidak ku dapat perlihatkan kepada generasi pelapisku, kecuali di layar-layar mengenai realiti hempas pulas hidup dan mati hari-hari perjalanan hidupmu.
Tidak ku dapat ungkapkan erti pengorbanan, kecuali jerit pekik mu bersama takbir yang menyusul dari titisan darah para pejuangmu dari semua yang rela menjadi perisai ummah ini.
Tidak ku mengerti janji-janji Allah kecuali keyakinanmu yang kau buktikan dalam setiap degup jantungmu sehingga kau rela dimamah peluru zionis durjana.

Kini kami pingin menjenguk dimedan mu ...
Kini kami mahu belajar dari guru yang telah terbukti ilmunya.

Tapi mungkinkah aku mampu berguru darumu ?

Namun ... kau izinkan ku melangkah dibumimu ... walaupun sekedar untuk melihat wajah-wajahmu para kekasih Allah rabul alamin.

A2G
0105 am
Alexandrapoulis, Greece.

aqsa2gaza: igoumenitsa port

aqsa2gaza: milan-ancona jetty-ferry

aqsa2gaza: camping the Milan

kami punya camping site in Milan

from Lyon to Turin

Video perjalanan kami dari Lyon ke Turin (Torino)

Saturday, 25 September 2010

Pagi ini Perjalanan menuju Timor Greece



8.00 am waktu greece konvoi bertolak dari Tessaloniki dan meneruskan perjalanan menuju timor Greece menuju bandaraya Alexandrapouli. Jalan menuju kota ini merentasi pelbagai bukit dan lurah. Namun tidak sebanyak terowong yang kami lalui ketika sebelum ini.

Jam 3.50ptg waktu tempatan, konvoi kami sampai dan kami ditempatkan di camp-site berdekatan kota dan ditepi pantai.

Kami yang muslim, terus bergegas menunaikan solat jama' qsar berjamaah. Alhamdulillah semenjak kami melantik amir dikalangan ahli konvoi muslim, urusan ibadah kami agak tersusun dan solat dijalankan secara berjamaah. Setiap kali selepas solat, kami ada sessi tazkirah dan kali ini mengenai kewajipan menjaga ibadah dan akhlak sebagai sukarelawan Islam.

Mesyuarat dan briefing kemudiannya diadakan oleh Mis Niki dan Br. Amar yang menerangkan akan persiapan melintasi sempadan Greece - Turkey besok.
Setakat ini bilangan kenderaan konvor berbagai jenis dan saiz sekitar 45 kenderaan dan ianya akan bertambah apabila penyertaan konvoi dari arah barat seperti Moroko, Algeria, Tunisia tiba di Egypt, manakala dari sebelah timur akan datang iaitu dari Qatar & Jordan.


Laungan Takbir di Kota Thessaloniki Greece



25 September 2010, Konvoi Kemanusiaan Global Lifeline for Gaza maseh berkampung di pinggir bandaraya Thessaloniki Greece (di utara semenanjung Greece) di perkarangan pusat sukan.

Tepat jam 11.30 pagi, aktiviti konvoi ialah mengadakan kempen kesedaran Palestin dan Gaza di bandaraya. Perjalanan diiringi oleh kereta polis Greece sejauh lebih kurang 15 km. Sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar lain sebelum ini (di Perancis dan Itali), para sukarelawan menghidupkan horn kenderaan, ambulan yang dipandu sukarelawan Itali dan Denmark akan menghidupkan siren, sambil sukarelawan yang lain menjenguk kepala keluar tingkap sambul mengibarkan bendera Palestin dan negara masing-masing, termasuk bendera Malaysia bagi sukarelawan Malaysia, sambil menyerukan free gaza, viva palestina, dll. Pemanduan mengambil masa hampir 40 minit untuk sampai di destinasi di kawasan lapang di tepi pantai (seumpama padang kota). Kemudian para sukarelawan berkumpul dan bersorak sambil merakamkan aksi-aksi semangat sukarelawan.

Di antara laungan yang diserukan seumpama "Free-free Palestine", "Viva-viva Palestina", "From the land to the sea - Palestine will be Free", dan "Takbir - Allahu akbar".

Ini adalah sebahagian kempen kesedaran kepada masyarakat Eropah. Mereka akan secara langsung tunggu apa yang berlaku, isu apa yang sedang dilaungkan. Ada yang bertanya-tanya. Maka, inilah masanya para sukarelawan akan menerangkan misi Lifeline to Gaza. Poskad pula akan diedarkan menggunakan bahasa negara di mana kempen diadakan.

Bagi sukarelawan Malaysia yang buat pertama kali mengikuti konvoi darat, ia suatu yang menyentuh hati, mecabar logik. Bagaimana orang yang kelihatan asing terhadap isu Palestin, boleh berkorban masa, tenaga, wang ringgit. Mereka malah bersama-sama menjayakan misi ummah untuk membantu Gaza. Membebaskan Masjidil Aqsa dari teklukkan Zionis Durjana !!!

Allah jua yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Friday, 24 September 2010

Cerita Menarik dikalangan Sukarelawan

Para sukaralawan Aqsa2Gaza berusaha menggunakan peluang untuk mengenali hati budi dan minda para sukarelawan antarabangsa yang turut serta di dalam konvoi darat bantuan kemanusiaan ke Gaza kali ini. Beberapa persoalan dilontarkan:-
1. Nama dan asal anda?
2. Mengapa anda menyertai konvoi ini?
3. Apa dorongan anda untuk membantu rakyat Gasa dan Palestin ?
4. Bagaimana anda mengumpulkan dana untuk di bawa di dalam konvoi ini ?
5. Lain-lain soalan.

Blog aqsa2gaza Insya Allah cuba mendapatkan maklumat yang menarik dan menyentuh hati ini untuk dikongsi dengan semua pembaca.

Konvoi merentasi Semenanjung Greece





Setibanya di pelabuhan Igaoumenitsa di pantai barat di utara Greece (bersempadan dengan negara-negara Baltic), konvoi turun dari feri dan seperti biasa diberikan taklimat keseluruhan konvoi kemudian diikuti oleh taklimat kumpulan-kumpulan kecil di pelabuhan sebelum bergerak. Perjalanan melalui lebuhraya A2, merentasi semenanjung Greece dari barat ke timur menuju ke Bandar ke Thessaloniki. Mukabumi Greece yang bergunung ganang dan berbukit-bukit serta berlurah, kami memandu dengan menembusi lebih 50 terowong (tunnel) lebuhraya yang dibina merentasi mukabumi sedemikian.

Beberapa Bandar ditepuhi termasuk Aionniana, Grevvena, Kozani dll. Ketika di atas lebuh raya ketua konvoi Aqsa Syarif/Pertubuhan Ikram Malaysia dihubungi Radio Ikim fm di dalam program khas setiap 10.00mlm (waktu Malaysia) berhubung Konvoi Global jalan darat kemanusiaan untuk Gaza VP5. dan temubual dilakukan ketika peserta konvoi merentasi lebuh raya.

Sebelum malam menjelang, kami singgah di sebuah bandar kecil Thelosiniki dan bermalam di perkarangan dewan sukan dengan memasang kemah masing-masing. Bagi kami yang penting ialah kemudahan bilik air untuk buang air dan berwudu'.

Ketibaan kami disambut oleh penduduk tempatan tarmasuk beberapa pelajar Gaza yang menuntut dan bekerja di bandar ini. Gambar kanak-kanak Palestin sempat kami rakamkan dengan kenderaan yang disumbang oleh sukarelawan Northern Ireland.

Konvoi Menaiki Feri dari Itali ke Greece




Setelah bertolak dari dan Senigallia jam 10.30am dan menuju ke Ancona Port, Feri ANEK Lines bertingkat dan penumpang duduk ditingkat atas. Kami ditempatkan di dalam kabin penumpang, satu kabin 4 orang.

Kabin 10125 diduduki oleh Dr Zin, Faizal VPM, Hj Taufek dan Abdul Wahab. Kabin 10127 pula menempatkan En Yusuf, Azmi, Hi Norazmi dan Ust Rofazlin.

Kami mendapat update VPM bahawa perjalanan feri seterusanya menuju ke Igaoumenitsa Greece. Dijangkan sampai jam 8.00am local time pada 24 Sept 2010. Kemudian konvoi akan bertolak ke Thessaloniki di Greece. 25 Sept bertolak ke Alexandrapouli dan masih di Greece dan seterusanya Istanbul pada 26 Sept.

Seterusnya, peserta AQSA mengambil kesempatan membuat lawatan atas kapal sambil bermuayasyah dengan perserta konvoi yang lain. Desebelah malam nya kami bermesyuarat untuk menstrategikan perjalanan seterusnya. Unit dokumentasi kan memastikan kita ada bank video, bank slide dan bank gambar. Dokumentasi lain yang dipersetujui juga adalah travel log, profile dan fiqh musafir dan konvoi.

Semasa atas feri kami masih boleh mendapat roaming dari I WIND, operator Itali dan diatas feri dengan bayaran Euro3.00 untuk 2 jam.

# Gambar-gambar yang di rakam: Seorang sukarelawan membaca qur'an ketika menunggu ahli konvoi yang lain tiba. Ambulan yang diderma dan dibawa oleh sukarelawan Itali bersama di dalam feri sejumlah 7 kenderaan. Pelbagai bangsa yang menyertai konvoi kemanusiaan - dalam gambar ialah deligasi berbangsa Pakistan, Arab, British dan Malaysia (Dr Zin) sedang diinterview oleh media antarabangsa.

Thursday, 23 September 2010

Konvoi Menuju Pelabuhan Ancona Itali




23 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza Viva Palestina-5, di awal pagi ini berlepas dari tempat penginapan di service Station berdekatan Bandar Bologna Itali (kumpulan kedua) dan di Service Station di Segnillia (kumpulan pertama) . Cuaca di awal pagi baik, namun suhu begutu rendah iaitu sekitar 6 darjah Celsius. Apabila hari semakin siang, suhu naik mendadak sehingga mencapai 15 darjah Celsius membolehkan para sukarelawan konvoi megenakan pakaian yang casual. Perjalanan ke pelabuhan Ancona ini adalah perjalanan terakhir di bumi Itali sebelum menyeberangi Laut Adriatic menuju Greece.
Perjalanan di semenanjung tengah Itali merentasi lading-ladang yang luas yang ditanami gandum, bunga matahari, zaitun dan padang ragut lembu/kambing.
Perjalanan yang memakan masa 1.5 – 2.5 jam dijangka tiba di Bandar pelabuhan Ancona sebelum menaiki Cruise sepanjang malam menuju Greece (Pelabuhan Igoumentitsa) sebelum meneruskan perjalanan ke Thessaloniki.
Insiden Hari ini:
a. Kumpulan ke dua konvoi memasuki kawasan feri lebih awal tanpa menunggu kumpulan pertama. Ini menyebabkan kumpulan terpaksa menunggu di pesisir dock. Kebaikkannya ialah kumpulan ini dapat menemui pemberita dan dapat merakamkan beberapa rakaman sekitar dock.

Konvoi Menuju selatan ITALI



22 Sept 2010 jam 5.00 petang waktu tempatan, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza Viva Palestina-5 berlepas dari tempat penginapan Camp-site di pinggir Milan Itali menuju Selatan Itali. Ketika jalan keluar dari Camp-Site kupulan berpecah di sebabkan kesilapan teknikal, namun perjalana diteruskan dan komunikasi di antara kedua-dua kumpulan terus berjalan.
Perjalanan menuju selatan Itali adalah untuk menuju Pelabuhan Ancona. Oleh kerana jangkaannya konvoi akan menaikki Cruise (feri besar) pada tengah hari 23 Sept 2010, konvoi perlu berada tidak jauh dari Plabuhan Ancona. Oleh itu Kumpulan pertama konvoi membuat keputusan bermalan di Service Station di Segnillia (28 km dari Ancona) yang tiba pada 12.15 malam, manakala kumpulan kedua bermalam di service station berdekatan Bandar Bologna di A14 yang berada 100 km dari Ancona.
Keadaan cuaca yang semakin sejuk selepas tengah malam sehingga turun menjadi 3 darjah Celcius, mencabar ketahanan para sukarelawan terutama dari Malaysia.
Kumpulan di Segnillia yang ramai mengalami masalah ketiadaan kemudahan bilik air dan sumber makanan. Mereka terpaksa menggunakan kemudahan di Mc Donald walaupun dalam kebencian kerana terpaksa.
Manakala kumpulan konvoi di service dtation di Bologna menghadapi masalah kerana kesilapan teknikal di servis station sehingga menyebabkan polis Itali datang menyelesaikan masalah. Namun kekusutan selesai setelah sejam dari itu.
Sebelum berihat, Mr Abdul Ghafur, ahli konvoi dari UK sempat memasang dapur dan menjerang air bagi ahli-ahi konvoi lain mengaluarkan cawan masing-msaing membuat the/kopi bagi memanaskan badan.
Di malam yang sangat sejuk di bawah cahaya pancaran spot-light dikawasan letak kereta/kontena, konvoi memasang kemah dan cuba mencuri masa untuk merehatkan badan baki bekalan perjalanan berikutnya keesokkan harinya ditengah-tengah selimut embun yang sangat sejuk sehingga boleh menembusi tulang walaupun berlapis-lapis baju dikenakan.
Insiden Hari ini:
a. Konvoi berpecah dua. Namun masing-masing bergerak ke lebuhraya yang sama dan terpaksa bermalam di dua lokasi berasingan.
b. Konvoi di service station di tahan Polis ronda kerana melalui lorong bertentangan ketika mengadakan pusingan untuk ke medan letak kereta bagi bermalam.

# Gambar menunjukkan sessi briefing di service station. Gambar konvoi Aqsa2Gaza bergerak dari camp-site.

Wednesday, 22 September 2010

Ketua Konvoi A2G terlepas dari Konvoi di Lyon





Ketika bandar Lyon di'serbu' oleh kenderaan-kenderaan sukeralawan yang merentasi bandar dengan laungan viva palestina, konvoi to gaza, free palestine ... ketua konvoi A2G terlepas dari gerombolan konvoi di lampu isyarat jalan.

Ketika itu Dr Zin memandu bersendirian sambil sesekali bendera Malaysia dan bendera Palestin dikibarkan dan sesekali juga camera diajukan ke sekeliling bandar bagi merakamkan aksi dan tindakbalas penghuni kota Lyon.

Setelah gagal menjejaki konvoi yang lain, pemanduan diteruskan memasuki beberapa jalan di kota bersejarah ini ... ketika itu sekitar jam 6.00petang dan cahaya mentari masih menyinar. Di hati tidaklah terasa sedikit cemas ... tak tahu sebab apa? ... mungkin kerana beliau sudah bebeapa kali ke luar negara .... lantas pemanduan diteruskan dengan do'a dan harapan Allah menunjukkan yang terbaik.

Sinar matahari di lihat sesekali... dihati menyebut aku mesti berhenti untuk menunaikan solat 'Asar. Di cari ruang parking dan enjen kenderaan dihentikan. Dicapainya sebotol air mineral lantas berwudu dan masuk ke belakang van untuk menunaikan kewajipan bersolat. Do'a dipanjatkan agar Allah membantu yang terbaik.... pemanduan diteruskan memusingi bandar ... mengikut gerak hati sambil bertasbih. Hari semakin gelap, lampu kenderaan dipasang... kenderaan melepasi hospital ... kemudian..... terpampang sebuah bangunan gagah besar dan agak asing senibinanya .... ALLLAHU AKBAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebuah masjid ...!

Kendraan dihentikan dan injin dimatikan ditepi jalan ... hamba ini terus bergehas dengan tenang ke pintu pagar ... tertulis "Granda Mosquee de Lyon" ... dilihat dua hamba Allah sedang berbicara .. diberi salam dan disapa... mereka tak boleh berbahasa Inggeris., lantas ke dalam masjid mendapatkan rakannya ... datang seorang berbadan sasa juga manis muka berkulit gelap.

Salam dihulur dan dipeluknya ... mereka berkenalan. Nama nya ialah Br Yassin Ibn Alas (berasal dari somalia), beliau sahaja yang boleh berbahasa Inggeris, yang lain berbahasa Italy dan arab.
. Pengenalan yang singkat di atas asas aqidah yang sama begitu mudah, jelas ukhuwwah terbina. Misi ke Gaza diterangkan seringkasnya.
Isya' sudah hampir dan Dr Zin terus ke tempat wudu' , masuk ke masjid menunaikan tahyatul masjid. Merakam beberapa keping gamabr. Kemudaian mendekati Br Yasin yang berada di saf hadapan menungu azan.

Isya' didirikan ... selapas soalt, Br Yassin berkata bahawa seorang ahli jamaah, Br Habib ibn Bes (asal Algeria) berhasrat untuk menyumbang sebilangan ubat-ubatan untuk Gaza. Lantas selepas solat Isya kami kerumahnya. Masya'Allah ... satu bungkusan besar ubat-ubatan original bernilai sekitar Euro5000.00.

'This is for you' ... seplastik buah tangan berupa jus, biskut dan kacang. Mereka berpelukkan, sambil tidak henti-henti mengucap syukur.... kepada Ilahi yang Maha Pengasih, Penyayang, Penyusun ... yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Oleh kerana Dr Zin tidak tahu jalan pulang menemui kumpulan konvoi yang lain, Br Yassin membawa ke tempat tersebut selepas Dr Zin mendapatkan alamat melalui telefon. Dr Zin terlepas dinner yang istimewa malam tu ... tapi sesungguhnya pengalaman yang dilaluinya adalah lebih Istimewa hadiah dari Allah pada senja di kota Lyon tersebut disamping hadiah tambahan ubat-ubatan utk saudara-saudara di Gaza..