Wednesday, 22 September 2010

Ketua Konvoi A2G terlepas dari Konvoi di Lyon





Ketika bandar Lyon di'serbu' oleh kenderaan-kenderaan sukeralawan yang merentasi bandar dengan laungan viva palestina, konvoi to gaza, free palestine ... ketua konvoi A2G terlepas dari gerombolan konvoi di lampu isyarat jalan.

Ketika itu Dr Zin memandu bersendirian sambil sesekali bendera Malaysia dan bendera Palestin dikibarkan dan sesekali juga camera diajukan ke sekeliling bandar bagi merakamkan aksi dan tindakbalas penghuni kota Lyon.

Setelah gagal menjejaki konvoi yang lain, pemanduan diteruskan memasuki beberapa jalan di kota bersejarah ini ... ketika itu sekitar jam 6.00petang dan cahaya mentari masih menyinar. Di hati tidaklah terasa sedikit cemas ... tak tahu sebab apa? ... mungkin kerana beliau sudah bebeapa kali ke luar negara .... lantas pemanduan diteruskan dengan do'a dan harapan Allah menunjukkan yang terbaik.

Sinar matahari di lihat sesekali... dihati menyebut aku mesti berhenti untuk menunaikan solat 'Asar. Di cari ruang parking dan enjen kenderaan dihentikan. Dicapainya sebotol air mineral lantas berwudu dan masuk ke belakang van untuk menunaikan kewajipan bersolat. Do'a dipanjatkan agar Allah membantu yang terbaik.... pemanduan diteruskan memusingi bandar ... mengikut gerak hati sambil bertasbih. Hari semakin gelap, lampu kenderaan dipasang... kenderaan melepasi hospital ... kemudian..... terpampang sebuah bangunan gagah besar dan agak asing senibinanya .... ALLLAHU AKBAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sebuah masjid ...!

Kendraan dihentikan dan injin dimatikan ditepi jalan ... hamba ini terus bergehas dengan tenang ke pintu pagar ... tertulis "Granda Mosquee de Lyon" ... dilihat dua hamba Allah sedang berbicara .. diberi salam dan disapa... mereka tak boleh berbahasa Inggeris., lantas ke dalam masjid mendapatkan rakannya ... datang seorang berbadan sasa juga manis muka berkulit gelap.

Salam dihulur dan dipeluknya ... mereka berkenalan. Nama nya ialah Br Yassin Ibn Alas (berasal dari somalia), beliau sahaja yang boleh berbahasa Inggeris, yang lain berbahasa Italy dan arab.
. Pengenalan yang singkat di atas asas aqidah yang sama begitu mudah, jelas ukhuwwah terbina. Misi ke Gaza diterangkan seringkasnya.
Isya' sudah hampir dan Dr Zin terus ke tempat wudu' , masuk ke masjid menunaikan tahyatul masjid. Merakam beberapa keping gamabr. Kemudaian mendekati Br Yasin yang berada di saf hadapan menungu azan.

Isya' didirikan ... selapas soalt, Br Yassin berkata bahawa seorang ahli jamaah, Br Habib ibn Bes (asal Algeria) berhasrat untuk menyumbang sebilangan ubat-ubatan untuk Gaza. Lantas selepas solat Isya kami kerumahnya. Masya'Allah ... satu bungkusan besar ubat-ubatan original bernilai sekitar Euro5000.00.

'This is for you' ... seplastik buah tangan berupa jus, biskut dan kacang. Mereka berpelukkan, sambil tidak henti-henti mengucap syukur.... kepada Ilahi yang Maha Pengasih, Penyayang, Penyusun ... yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Oleh kerana Dr Zin tidak tahu jalan pulang menemui kumpulan konvoi yang lain, Br Yassin membawa ke tempat tersebut selepas Dr Zin mendapatkan alamat melalui telefon. Dr Zin terlepas dinner yang istimewa malam tu ... tapi sesungguhnya pengalaman yang dilaluinya adalah lebih Istimewa hadiah dari Allah pada senja di kota Lyon tersebut disamping hadiah tambahan ubat-ubatan utk saudara-saudara di Gaza..

No comments:

Post a Comment