Siapakah kami sebenarnya berbanding kamu wahai saudaraku.
Tidak kupunya apa kecuali meminjam semangat darimu.
Tidak ku kenal erti perjuangan kecuali ku saksikan dari realiti yang kau terus hadapi saban hari.
Tidak kupunya harapan, kecuali harapan mengunung yang kau telah bentangkan di dalam perjuanganmu yang masih belum berakhir, walaupun telah mengorbankan jiwa-jiwa syuhada'.
Tidak ku dapat perlihatkan kepada generasi pelapisku, kecuali di layar-layar mengenai realiti hempas pulas hidup dan mati hari-hari perjalanan hidupmu.
Tidak ku dapat ungkapkan erti pengorbanan, kecuali jerit pekik mu bersama takbir yang menyusul dari titisan darah para pejuangmu dari semua yang rela menjadi perisai ummah ini.
Tidak ku mengerti janji-janji Allah kecuali keyakinanmu yang kau buktikan dalam setiap degup jantungmu sehingga kau rela dimamah peluru zionis durjana.
Kini kami pingin menjenguk dimedan mu ...
Kini kami mahu belajar dari guru yang telah terbukti ilmunya.
Tapi mungkinkah aku mampu berguru darumu ?
Namun ... kau izinkan ku melangkah dibumimu ... walaupun sekedar untuk melihat wajah-wajahmu para kekasih Allah rabul alamin.
A2G
0105 am
Alexandrapoulis, Greece.
Askm wbt..semoga Selamat sampai ke Gaza..jemaah kami akan mengadakan Solat Hajat moga urusan ke Gaza di permudahkan Allah SWT
ReplyDeleteSurau Muhajirin Muhammad, Dmsra Aliff,JB
Assalamualaikum. Jazakumullahukhairan & Salam kami untuk semua ahli jamaah. Mudah-mudahan, bertambah erat ukhuwwah dan kerunukan dalam kariah Surau Muhajirin.
ReplyDelete