29 Sept. 2010, 9.00mlm - Konvoi memasuki kawasan bandaraya Ankara, bandar kedua terbesar di Turki. Semakin konvoi mendekati dataran kawasan rekreasi, semakin membuak semangat kami. Ratusan menyambut dengan bendera Palestin, IHH, Hamas & Turki. Wanita dan remaja muslimah berjubah dan bertudung dengan lilit dikepala kalimah syahadah atau lambang IHH dan Palestin. Pemuda dan dewasa lelaki mengangkat tangan dan menyahut salam dan dengan bahasa turki, jelas dimuka mereka kegembiraan dan keikhlasan menyambut kedatangan rombongan konvoi dari berbilang bangsa dan agama.
Meja tersedia kemas dan jamuan diedar kepada peserta konvoi dan para tetamu. Selepas beberapa ketika, Presiden IHH Bandaraya Ankara Mr Hanefi Sinan (seorang Landskap Arkitek) memberi ucapan alu-aluan dan seterusnya diikuti oleh ucapan bebeapa wakil negara-negara yang menyertai konvoi. Malaysia diwakili oleh Pn Azra.
Malam ini kami bermalam di sebuah pusat latihan/asrama yang agak selesa. Solat subuh dilakukan berjamaah di surau. Tazkirah disampaikan oleh Dr Mohd Zin menyentuh mengenai (1) Pelbagai nikmat yang Allah anugerahkan. (2). Nikmat terbesar adalah dengan Iman & Islam yang ALlah anugerahkan. (3) Dengan syahadah, kita ada tanggungjawab, memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Deen yang syumul. (4) Pastikan tanggungjawab terbesar ialah mendidik anak-anak dan isterui agar menjadi muslim sejati dan dapat menyumbang dalam dakwah dan tarbiyah. (5) Gunakan kesempatan bersama-sama dalam konvoi untuk bertaaruf dan merancang sesuatu untuk merancang aktiviti yang lebih baik.
Pagi ini dirancangkan bahawa konvoi akan bertolak kearah selatan Turki dan akan singgah di salah satu kubur Syahada' Mavi marmara Insya Allah.
No comments:
Post a Comment