Thursday, 30 September 2010

Perutusan ke 2 Pengerusi AQSA SYARIF kpd Sukarelawan AQSA2GAZA VP5 di Turki

بـســم الـلّـه الـرحــمـن الـرحيـم


USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS
Pengerusi AQSA SYARIF
Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM

السـلام عليكم ورحمة الـلـه وبركاته

الـحـمـد لـلّـه والـصـلاة والـسلام على رسـول الـلّـه


Kami seluruh aktivis Palestin dari pelbagai organisasi sentiasa mengikuti perkembangan dan perjalanan saudara-saudari di sana. Doa yang tak terhenti samada di atas tikar sembahyang mahupun di mana sahaja kami berada.


Kerinduan kami dapat diringankan apabila melihat wajah saudara-saudari di youtube, fb. blog, twitter malah tv telah memaparkan perjuangan kita di sana. Lebih mudah kami ber"rabithah" (mengikat/membayangkan) saudara-saudari di sana dalam doa kami.


Anda semua telah meninggalkan bumi penjajah dan sedang berada di bumi Sultan Mohammad al Fatih. Sultan yang disebutkan sebagai sebaik-baik sultan sepanjang zaman. Pengikut (tentera) Sultan Mohammad al Fatih ini adalah sebaik-baik pengikut yang diiktiraf sepanjang perjuangan.


Kesan debu dan cahaya yang ditinggalkan oleh mereka, moga melekat ditubuh saudara-saudari dan menjadi semangat buat perjuangan di sana. Walau bumi itu pernah dicemari oleh kamal artartuk, agen Barat buat menyambut kelahiran negara penjajah Israel.


Kini anak cucu dan anak murid Badi'uzzaman Said AnNursi sedang bangkit menebus keaiban itu. IHH pertubuhan kemanusiaan dan kebajikan yang diatur menyambut saudara, adalah salah satu contoh jelas, mata rantai perjuangan suci ini.


Saudara-saudari sekelaian, dalam perjalanan masuk ke Syria, bumi Ambiya' dan bumi Sultan Solahuddin Al Ayyubi. Jangan lupa pada 2 Oktober1187; iaiutu 823 tahun yang lalu, ada sesuatu yang berlaku di bumi Damsyik (Damascus) dan Masjidil Aqsa. Sultan Solahuddin Al Ayyubi berjaya memerdekakan Baitul Maqdis dari penjajah tentera Salib pada tarikh itu.


Saya pasti berita ini akan membakar semangat anda untuk memasukki bumi Syria itu. Dari Damsyik itulah Sultan Solahuddin Al Ayyubi melancarkan serangan terhadap musuh kita; tentera salib yang menjajah sejak Julai 1099, selama 88 tahun mereka menjajah Baitul Maqdis.

Masukilah bumi Syria dengan sentiasa berzikir dan bayangkan Nusrah Allah akan berulang lagi. Jangan lupa zikir Ma'thurat dan membaca beberapa lembaran al Quraan setiap hari, walau bagaimana sibuk anda di sana.


Kami masih menanti dua berita gembira itu; sorakan takbir saudara-saudara kita di Gaza sebaik anda berjaya masuk atau menumpang bau keharuman darah syuhada' dari tubuh saudara-saudari.


أسـتـغـفـر الـلـه الـعـظـيـم لى ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات

فجـزاكم الـلّـه خـيـرا كـثـيـرا ووفـّقـكـم الـّلـه

الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! الـلـه اكـبـر!!! ولــلّــه الـحـمـد


USTAZ HASANUDDIN MOHD YUNUS

Pengerusi AQSA SYARIF

Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM

1 comment: