Setibanya di pelabuhan Igaoumenitsa di pantai barat di utara Greece (bersempadan dengan negara-negara Baltic), konvoi turun dari feri dan seperti biasa diberikan taklimat keseluruhan konvoi kemudian diikuti oleh taklimat kumpulan-kumpulan kecil di pelabuhan sebelum bergerak. Perjalanan melalui lebuhraya A2, merentasi semenanjung Greece dari barat ke timur menuju ke Bandar ke Thessaloniki. Mukabumi Greece yang bergunung ganang dan berbukit-bukit serta berlurah, kami memandu dengan menembusi lebih 50 terowong (tunnel) lebuhraya yang dibina merentasi mukabumi sedemikian.
Beberapa Bandar ditepuhi termasuk Aionniana, Grevvena, Kozani dll. Ketika di atas lebuh raya ketua konvoi Aqsa Syarif/Pertubuhan Ikram Malaysia dihubungi Radio Ikim fm di dalam program khas setiap 10.00mlm (waktu Malaysia) berhubung Konvoi Global jalan darat kemanusiaan untuk Gaza VP5. dan temubual dilakukan ketika peserta konvoi merentasi lebuh raya.
Sebelum malam menjelang, kami singgah di sebuah bandar kecil Thelosiniki dan bermalam di perkarangan dewan sukan dengan memasang kemah masing-masing. Bagi kami yang penting ialah kemudahan bilik air untuk buang air dan berwudu'.
Ketibaan kami disambut oleh penduduk tempatan tarmasuk beberapa pelajar Gaza yang menuntut dan bekerja di bandar ini. Gambar kanak-kanak Palestin sempat kami rakamkan dengan kenderaan yang disumbang oleh sukarelawan Northern Ireland.
insyallah! allah bersama mereka yang ikhlas dan di anaiya! ketahui lah ada rakyat malaysia dan dunia yang lain sentiasa mendoakan kesejahteraan dan pembebasan rakyat palesti di gaza! lahaula walaquwata'illa billah
ReplyDeleteMay Allah be with u all
ReplyDeleteMazlan Talib....Malaysia
Assalamualaikum, Teruskan ber'doa untuk saudara kita di palestin.
ReplyDelete