Sebaik selesai, konvoi terus meluncurkan kenderaan masing-masing mengelilingi kota Istanbul. Jalan-jalan di Istanbul yang terlalu banyak, berselirat dan dipenuhi penghuninya yang berjumlah sekitar 20 juta orang, memberikan suasana kota yang sesak dan padat.
Kenderaan dipandu sukarelawan dengan penuh berhati-hati tetapi perlu berani dan cekap mengendalikan kenderaan masing-masing. Kealpaan dalam tumpuan, samaada boleh berlaku kecelakaan atau tertinggal konvoi.
Perjalanan berterusan selama 5 jam (3.00 - 8.00mlm) tanpa henti sungguh meletihkan. Keletihan lupa kerana sibuk berinteraksi dengan penghuni kota yang membuat reaksi positif di kiri-kanan jalan dan dipintu-pintu kedai. Suasana sahut-sahutan di antara sukarelawan dan warga kota melalui kibaran bendera Palestin dan negara-negara beserta bunyian horn sambung menyambung sambil teriakkan "free Palestin","free gaza" dan lain-lain membuatkan masyarakat terdedah dengan isu Palestin dan konvoi ke Gaza yang sedang melalui negara Turki.
Lampu trafik, laluan pejalan kaki, teksi dan bas berhenti dan kerenah warga kota yang menyeberang jalan tanpa peduli, menyebabkan para sukarelawan berhempas pulas mengendalikan kenderaan sehingga menyebabkan lengoh kaki dan tangan.
Tetapi inilah sebahagian dari tugasan sebagai sukarelawan konvoi.
Sesekali kenderaan dipandu tertinggal kebelakang disebabkan pemintasan kenderaan kota, namun pemandu harus bertindak pantas mengejar kenderaan dihadapannya sambil memastikan kenderaan di belakang mengikutinya.
Secara keseluruhannya para sukarelawan perlu berada di atas kenderaan (sama ada di perjalanan bandar ke bandar, mahupun perjalanan) menjalankan kempen selama sekitar 15 jam sehari. 4 jam membersihkan diri dan makan dan 5 jam tidur (bangun subuh sekitar 5.30 pagi). Hal ini boleh dikatakan berterusan semenjak hari pertama konvoi bergerak pada 18 September 2010 di bandar Luton (Utara London).
No comments:
Post a Comment