Tuesday, 28 September 2010

Seumpama Kedatangan Wira-wira





Kedatangan kami ke bumi Othmaniah ini sememangnya kami idam-idamkan. Sering ku bayangkan sebelum ini bagaimana makmur dan amannya bumi Anatolia yang berada di bawah lembayung pimpinan syari'ah yang agung.
Kenderaan kami terus meluncur menerpa kawasan yang luas, kami tinggalkan bumi Greece yang serba mewah dan berwarna-warni. Kulihat di hadapan lambaian puluhan bendera hijau, putih dan hitam, berkibar-kibar seolah melambai-lambai kami dengan seribu satu harapan. Pabila telah mendakati mereka ... kami perlahankan kenderaan sambil menyeru salam dan syukur kepada khalayak yang berseri-seri muka seolah-olah menunggu-nunggu kepulangan anak yang dikasihi. Tak semena-mana seorang muslimat separuh umur datang menerpa dan menghulur sekuntum bunga merah ... carnation. Kami tergamam, namun mengambilnya dengan seruan salam.

Dipenghujung dataran, kami hentikan kenderaan masing-masing dan turun mendapatkan saudara-saudara kami yang menerpa kami sambil mengangkat tangan. Kami hulurkan persahabatan ini ... kami peluk seerat-eratnya tubuh sasa sahabat-sahabatkami ... dengan erat ... beberapa ketika ... sambil membisik salam dan selawat ... berlinangan air mata. Berbisik di hati, "inikah perasaan ansar dan muhajirin...".

Ya Allah, kami telah berkesampatan memijak bumi Othmaniah ini ... eratkanlah hati-hati kami kerana ingin mentaatimu dan memikul beban dakwahmu ... Semoga kekuatan Kau kurniakan untuk ummah ini.


No comments:

Post a Comment