Friday, 10 September 2010

Membuat Persiapan Sambil Berhari Raya

Para sukarelawan misi kemanusiaan Aqsa2Gaza Viva Palestina 5 (A2GVP5) terus membuat persiapan sambil menyambut eidul-fitri bersama keluarga dan rakan taulan. Hanya tinggal lima hari lagi bagi para sukarelawan membuat persiapan secara berkumpulan mahupun diperingkat individu. Mereka dijangka bertolak dari KLIA pada 15 September 2010 menuju London. Tiga (3) kenderaan pelbagai guna MPV yang merupakan sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin melalui Aqsa Syarif telah uruskan pembeliannya oleh pihak penganjur utama Viva Palestina UK. Kenderaan-kenderaan tersebut yang akan dipandu sukarelawan S2GVP5 untuk diserahkan di Gaza. Di jangka pada 16 dan 17 September, para sukarelawan akan membuat persiapan melengkapkan ken

deraan dan memasukkan barang-barang sumbangan yang akan dibawa ke Gaza melalui konvoi berkenderaan jalan darat pada 18 Sep. 2010.

Jawatankuasa Task Force (JTF) A2GVP5 telah mencadangkan beberapa persiapan penting yang perlu dibuat para peserta sama ada dari sudut mental, fizikal mahupun spiritual. Perjalanan jauh yang akan dilalui para sukarelawan memerlukan persiapan-persiapan yang sewajarnya.

JTF A2GVP5 telah mengadakan beberapa mesyuarat di dalam usaha memberikan bantuan dan khidmat nasihat kepada para sukarelawan. Selain menambahkan dana untuk dihulurkan kepada penduduk Gaza, sumbangan untuk kos perjalanan sukarelawan sedang giat dikumpulkan dari sahabat handai dan orang ramai. Banyak masjid-masjid yang menyalurkan kutipan sumbangan orang ramai ketika solat Eidul Fitri disalorkan kepada para sukarelawan. Sumbangan secara on-lina banking dan direct-debit melalui cash-deposit juga dilakukan seluruh Malaysia ke akaun bank Aqsa Syarif.

Semoga konvoi kemanusiaan kali ini berjaya dengan cemerlang dan mencapai matlamat dan tujuan.

1 comment:

  1. Kita yg tinggal eloklah berdoa supaya Allah mudah segala urusan sahabat2 kita ke Gaza.

    ReplyDelete