25 September 2010, Konvoi Kemanusiaan Global Lifeline for Gaza maseh berkampung di pinggir bandaraya Thessaloniki Greece (di utara semenanjung Greece) di perkarangan pusat sukan.
Tepat jam 11.30 pagi, aktiviti konvoi ialah mengadakan kempen kesedaran Palestin dan Gaza di bandaraya. Perjalanan diiringi oleh kereta polis Greece sejauh lebih kurang 15 km. Sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar lain sebelum ini (di Perancis dan Itali), para sukarelawan menghidupkan horn kenderaan, ambulan yang dipandu sukarelawan Itali dan Denmark akan menghidupkan siren, sambil sukarelawan yang lain menjenguk kepala keluar tingkap sambul mengibarkan bendera Palestin dan negara masing-masing, termasuk bendera Malaysia bagi sukarelawan Malaysia, sambil menyerukan free gaza, viva palestina, dll. Pemanduan mengambil masa hampir 40 minit untuk sampai di destinasi di kawasan lapang di tepi pantai (seumpama padang kota). Kemudian para sukarelawan berkumpul dan bersorak sambil merakamkan aksi-aksi semangat sukarelawan.
Di antara laungan yang diserukan seumpama "Free-free Palestine", "Viva-viva Palestina", "From the land to the sea - Palestine will be Free", dan "Takbir - Allahu akbar".
Ini adalah sebahagian kempen kesedaran kepada masyarakat Eropah. Mereka akan secara langsung tunggu apa yang berlaku, isu apa yang sedang dilaungkan. Ada yang bertanya-tanya. Maka, inilah masanya para sukarelawan akan menerangkan misi Lifeline to Gaza. Poskad pula akan diedarkan menggunakan bahasa negara di mana kempen diadakan.
Bagi sukarelawan Malaysia yang buat pertama kali mengikuti konvoi darat, ia suatu yang menyentuh hati, mecabar logik. Bagaimana orang yang kelihatan asing terhadap isu Palestin, boleh berkorban masa, tenaga, wang ringgit. Mereka malah bersama-sama menjayakan misi ummah untuk membantu Gaza. Membebaskan Masjidil Aqsa dari teklukkan Zionis Durjana !!!
Allah jua yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
sambil menyelam minum air, gitu? muga misi ini selamat pergi dan pulang...
ReplyDelete