Wednesday 8 September 2010

Boleh Kirim Buah Tangan Kepada Anak-anak Gaza


Peluang keemasan kepada anak-anak Malaysia untuk mengirim buah tangan, Kad Raya atau Kad Ucapan kepada anak-anak Gaza Insya Allah. Kami Sukarelawan Konvoi Kemanusiaan yang akan berangkat ke Gaza Insya Allah bersedia membawa kiriman dari sesiapa juga anak-anak Malaysia untuk kami bawa dan serahkan kepada anak-anak Gaza apabila kami tiba di Gaza nanti. Kiriman akan kami bawa dengan tangan dan serahkan kepada kanak-kanak Gaza yang akan kami temui Insya Allah. Kiriman / Buah tangan mesti dalam bentuk kad yang simple dan sederhana. Jika anda ingin berbuat demikian, sila bawa berjumpa kami. Hubnngi ketua deligasi AQSA di e.mail drzin2000@yahoo.com.
"Sayangi anak-anak Palestin yang sedang mempertahankan bumi Ambiya', bumi Masjidil Aqsa"

No comments:

Post a Comment