30 Sept 2010 (Hari ke 13), Sebelum perjalanan bermula kami dibawa dengan bas dari tempat penginapan, iaitu sebuah pusat latihan yang mempunyai berbagai fasiliti. Pusat latihan ini adalah disediakan agensi berkaitan IHH bagi melatih anak-anak remaja mengenai pendidikan dan latihan kepimpinan.
Majlis sarapan turut dihadiri lebih lebih 30 ahli dan sukarelawan IHH dengan layanan yang sangat baik.
Perjalanan bermula dari pusat rekreasi di mana sarapan disediakan oleh IHH, diikuti kenyataan media (diahadiri lebih 10 media) dan penghantaran oleh IHH ke lebuhraya beserta kawalan bermotor/berkereta.
Perjalanan dari Ankara ke Bandar Kayseri buat pertama kalinya konvoi menerima curahan hujan. Jalan lebuh raya 2 lane, berbanding sebelumnya 3 lane dengan kanan kiri ladang, membuatkan para pemandu berhati-hati. Kelajuan kenderaan agak dicepatkan iaitu 70batu/jam kerana ingin memastikan distinasi di tuju sebelum malam. Pemandu perlu mengawal kenderaan bagi memastikan kelajuan yang ditentukan membolehkan tidak tertinggal konvoi, pada masa yang sama memastikan kenderaan tidak terbabas. Zikir, tawakal dan do'a sebagai bekalan sepanjang pemanduan.
Apabila kenderaan menghampiri pusat bandar Kayseri (sejarak 5km sebelum tiba), puluhan rakyat bandar ini sudah mula menunggu dengan bendera dan laungan selamat datang. Ada yang menerpa kenderaan kami menghulurkan kek, bunga dan air minuman.
Sekali lagi hati sukarelawan tersentuh dan terharu. Inilah keunikan dan keistimewaan IHH. Bukan sahaja mampu menerak dan mobilasi ahli-ahli dan penyokong, tetapi kebaikkan hati dan budi pekerti tergambar jelas di muka, kata-kata dan tindakan. Allah swt sahaja yang membalas segala jasa dan kebaikkan yang disumbangkan kepada konvoi VP5.
No comments:
Post a Comment