Wednesday 8 September 2010

Penyertaan Konvoi Kemanusiaan ke 2 Aqsa Syarif

Semenjak pendftaran Aqsa Syarif (AQSA), Penyertaan dalam Konvoi Viva Palestina 5 adalah merupakan peneyrtaan kali ke 2 Aqsa Syarif dalam misi bantuan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin. Kali Pertama ialah pada bulan Mei 2010 melalui Flotila Mavi Marmara Turki yang diserang oleh tentera regim Israel di perairan anatrabangsa ketika menuju Gaza. Sukarelawan AQSA ketika itu ialah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dan Dr Ir Selamat Aliman. Penyertaan kali ke dua konvoi bantuan kemanusiaan ini pula berlainan sedikit kerana ia melalui jalan darat, dan akan disertai oleh lebih ramai sukarelawan AQSA iaitu seramai tujuh orang. Ini antara lain adalah kerana perlunya sukarelawan yang ramai untuk memandu 3 buah kenderaan yang dibeli oleh AQSA beserta barangan untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza.

No comments:

Post a Comment