Wednesday, 22 September 2010

Konvoi Menuju ITALI










21 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza Viva Palestina-5 pagi ini berlepas dari tempat penginapan di pigir Bandar Lyon Perancis pada jam 9.00pagi waktu tempatan menuju Milan Itali. Cuaca sangat baik, sinaran suria terang dan langit cerah semacam menaikkan semangat para sukarelawan untuk terus maju kehadapan.

Perjalanaan melalui lebuhraya menuju bandaraya Milan Itali, sebuah Bandar pelancungan terkenal di Itali yang sejauh 400km ke selatan dari bandaraya Lyon Perancis.

Oleh kerana jumlah kenderaan yang semakin banyak oleh kerana pertambahan dari bandar-bandar yang diziarahi, konvoi di bahagi kepada tiga kumpulan yang dipimpin oleh dua orang yang berpengalaman setiap satu. Tidak semudah yang diduga, para ahli konvoi sentiasa diberikan peringatan dari pelbagai sudut agar sentisa berdisiplin dan saling bekerjasama. Pelbagai kemungkinan tidak diduga boleh berlaku oleh pelbagai sebab. Oleh itu kerjasama padu sesama anggota konvoi akan membantu melancarkan perjalanan yang jauh, mencabar dan laluan yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Jam 1.30 ptg konvoi samapai di sempadan Perancis-Itali dan pemeriksaan Passport dijalankan, namun tiada cop dibuat pada passport. Beberapa aktivis Itali sudah sedia menunggu di sempadan Mr. Mercelo dari pertubuhan Keperihatinan Palestin Itali. Beliau sudah 7 kali ke Palestin/Gaza. (Kami sempat menebual beliau dan Insya Allah akan kami terbitkan kemudian). Kemudian konvoi di bawa ke Bandar Turin untuk aktiiviti kempen Palestin.

Sebaik kemi keluar dari lebuhraya, sekitar 12 anggota polis Itali bermotor sudah menunggu untuk membawa kami ke pusat Bandar Tulin (di square). Di sepanjang perjalanan, suasana sungguh mengharukan kerana puluhan kenderaan konvoi meluru dengan pantas melepasi lampu-lampu isyarat jalanraya tanpa berhenti dengan bunyian horn kenderaan, siren ambulan dan teriakan ‘viva-viva palestina’, ‘road to gaza’, ‘save palestine’ … dan lain-lain.

Tengah malam dan awal pagi (1.30am) kenderaan konvoi memasuki lorong-lorong di pinggir bandaraya Milan menuju 'camp-site' - tempat kami bermalam untuk hari ke empat konvoi. Suhu sekitar 5 degree C, mencabar kami dari Malaysia yang tidak biasa dalam cuaca dimalam gelap bersama khemah yang dibekalkan kepada kami. Namun kepenatan sepanjang hari memandu kenderaan membuatkan kami nyenyak beradu di dalam 'sleeping bag'.

5.00 pagi, Alhamdulillah kami dikejutkan dengan alunan surah Alqur'an yang mengejutkan kami untuk bersolat fajar bejamaah.

Insiden Hari ini:

a. Kenderaan dipandu Dr Mohd Zin, mengalami kesukaran dihidupkan selepas mengisi diesel di service staion, namun dapat di atasi apabila dikesan ianya berpunca dari ‘immobilization’ mode.

b. Sukarelawan Malaysia yang dipimpin ketua kumpulan VPUK sekitar 12.00t malam, silap memasuki laluan keluar lebuhraya ke ‘camp-site’ di pingir kota Milan untuk penginapan, menyebabkan konvoi terpaksa mengikuti jalan jauh dan lewat tiba ke ‘camp-site’ selama dua jam. Namun Alhamdulillah wlaupun keletihan and mengantuk, kesemua selamat tiba di tempat penginapan.

# Beberapa gambar di atas adalah perjalanan di lebuh raya, program sambutan konvoi di Square di tengah bandar, ahli konvoi bersolat 'asar di kawasan lapang di dalam bandar dan lain-lain aksi para peserta bersama peserta antarabangsa.

No comments:

Post a Comment