Wednesday, 29 September 2010

Tertinggal Konvoi, Kerosakan Kenderaan & Bantuan IHH



Setelah aktiviti hampir ke penghujung, suasana malam yang gelap dan kekalutan penghuni kota Instanbul untuk meninggal kota balik kerumah masing-masing, kenderaan A5 dipandu Hj Taufiq, dipintas kenderaan lain. Usaha untuk merapatkan kenderaan ke konvoi menjadi sukar dan akhirnya menemui kebuntuan ditengah-tengah kesesakan kota Istanbul yang terus bertepik dengan ngauman enjin dan horn-horn.

Kami terus berusaha mencari laluan mengikut gerak hati ... tetapi gagal juga di cari konvoi dihadapan. Sebuah kenderaan lagi (A4) dipandu Ust Rofazlin masih setia dibelakang kenderaan A5 yang hilang punca. Kami memberhentikan kenderaan. Apabila di buat keputusan untuk meneruskan pemanduan, tiba-tiba 'dask-board' van Ust Rofazlin bernyala dan stearing menjadi kaku untuk dipandu.

Setelah diusahakan untuk mendapat bantuan IHH, Alhamdulillah dua orang makanik datang menghulurkan bantuan. Van dibawa ke bengkel untuk perbaikkan. Alhamdulillah kerosakan teknikal dapat dibaiki segera dan kami sampai ke tempat penginapan jam 11.30 malam. Gambar menunjukkan kenderaan dibaiki, dan kejang lutut, peha dan sendi pun perlu servis juga (urut). Malam itu, tidur kami adalah di antara yang paling nyenyak dek kerana kepenatan dan kelenguhan sendi-sendi.

No comments:

Post a Comment