Sekitar 12.00 tengah hari 27 September 2010.
Kesemua konvoi dapat melepasi sempadan Greece-Turki.
Sebaik kami muncul di tanah Turki, kami lihat puluhan lambaian bendera Palestin, Turki dan IHH tempat letak kereta. Sorakan bertalu-talu sahut menyahut kegembiraan kerana kedatangan konvoi di negara Turki.
Ada antara mereka meghadiahkan bag-bag buah-bauhan. Tiada ungkapan dapat diluahkan relawan. Hanya mata yg mampu berkaca. Indahnya berkasih sayang sesama Islam.
Kelihatan beberapa peserta konvoi yang menerpa saudara seislam, saling berpelukan. Seolah-olah sudah dikenali sebelum ini. Sedangkan, inilah kali pertama mereka bertemu. Mungkin itulah gambaran kegembiraan yang teramat sangat. Pelukan erat. Linangan air mata. Semuanya lahir sepontan. Semuanya berlaku kerana memiliki perjuangan yang sama.
Selepas pertemuan ringkas, beberapa aktivis IHH terus bersama mengiringi peserta konvoi menuju Istanbul. IHH telah merancang program sambutan selama 3 hari.
IHH telah menyediakan makan malam utk peserta konvoi di sebuah restoren di tepi laut. Turut hadir, presiden IHH dan George Gall0way. Malam ini peserta konvoi akan bermalam di Istanbul iaitu di sebuah dewan sukan.
No comments:
Post a Comment