Wednesday, 22 September 2010

Berkampung di Camp Site di pinggir Milan Itali




22 Sept 2010, Awal pagi di 'camp site' di pinggir Milan, para konvoi kemanusiaan ke Gaza berkampung. Kenderaan di susun mengikut plot yang sedia di tapak perkemahan. Hari ini perlu menyediakan makanan sendiri.

Mee segera, biskut dan oleh-oleh seperti serunding H Raya menjadi menu sarapan. 8.00 pagi briefing konvoi di adakan. Sebahagian perwakilan ke bandaraya Milan untuk menghadiri persidangan media, yang tidak terlibat menyediakan menghantar maklumat kemedia masing-masing. Ini kesempatan keemasan untuk membeli laluan internet (Euro5.00 untuk 2 jam dari kaunter camp site). Semoga para sahabat handai, sanak saudara dapat mengikuti perkembangan dan perjalanan konvoi kami yang dipertanggungjawabkan membawa bantuan hasil sumbangan masyarakat Malaysia yang kita cintai.

Beberapa hari kebelakangan ini kami 'terlupa' benar bahawa bulan ini adalah Syawal ... tentu di Malaysia masih meriah sambutannya. Ucapan yang kami ucapkan disini setiap hari tak lain dan tak bukan ialah seruan perjuangan ...! ... Viva Palestina ! ... Free Gaza...! Hidup Palestin ..! Tiba-tiba pagi ini (oleh kerana kami tidak meneruskan perjalanan) kami sempat bersembang sambil sarapan k0pi radik yang kami kongsi dengan konvoi New Zealand ... teringat pula pasal Hari Raya ... dan masing-masing terpinga-pinga..?!. ... diikuti gelak ketawa ... kerana lupa yang kini maseh Syawal. Lantas Unit Kebajikan A2GVP5 (Hj Taufiq) membuat saranan agar petang ni konvoi A2G dan VPM mengadakan majlis ringkas Raya Insya Allah dengan mempelawa rakan-rakan konvoi bersama-sama.

Kepada rakan, taulan, sahabat, handai yang tidak sempat kami hubungi dan jawab SMS, e.mail, kad raya di akhir Ramadhan dan awal Syawal yang lalu dek kerana kesibukan membuat persiapan untuk menyertai konvoi mewakili rakyat Malaysia, kami mohon berbanyak kemaafan dan maaf zahir batin.


No comments:

Post a Comment