Saturday, 25 September 2010

Pagi ini Perjalanan menuju Timor Greece



8.00 am waktu greece konvoi bertolak dari Tessaloniki dan meneruskan perjalanan menuju timor Greece menuju bandaraya Alexandrapouli. Jalan menuju kota ini merentasi pelbagai bukit dan lurah. Namun tidak sebanyak terowong yang kami lalui ketika sebelum ini.

Jam 3.50ptg waktu tempatan, konvoi kami sampai dan kami ditempatkan di camp-site berdekatan kota dan ditepi pantai.

Kami yang muslim, terus bergegas menunaikan solat jama' qsar berjamaah. Alhamdulillah semenjak kami melantik amir dikalangan ahli konvoi muslim, urusan ibadah kami agak tersusun dan solat dijalankan secara berjamaah. Setiap kali selepas solat, kami ada sessi tazkirah dan kali ini mengenai kewajipan menjaga ibadah dan akhlak sebagai sukarelawan Islam.

Mesyuarat dan briefing kemudiannya diadakan oleh Mis Niki dan Br. Amar yang menerangkan akan persiapan melintasi sempadan Greece - Turkey besok.
Setakat ini bilangan kenderaan konvor berbagai jenis dan saiz sekitar 45 kenderaan dan ianya akan bertambah apabila penyertaan konvoi dari arah barat seperti Moroko, Algeria, Tunisia tiba di Egypt, manakala dari sebelah timur akan datang iaitu dari Qatar & Jordan.


1 comment:

  1. Setakat ini konvoi tersebut telah disertakan oleh berapa kenderaan semuanya?

    ReplyDelete