Monday 20 September 2010

GEORGE GALLOWAY DI MAJLIS SAMBUTAN DI PARIS






19 Sept. 2010, TImbalan Mayor dan George Galloway (Patron kepada Land Convoy Lifeline For Gaza Viva Palestina 5) telah turut hadir di dalam sambutan ringkas ketibaan sukarelawan konvoi di Paris. Kedua-dua tokoh tersebut bersatu hati mengutuk keganasan Israel dan rejim zionis.

George Galloway telah melapangkan masa hampir setengah hari, bemesra dengan pada sukarelawan serta mengadakan sessi perkongsian wakil-wakil NGO yang turut serta dari serata dunia dengan para sukarelawan dan penduduk tempatan yang turut hadir.

Kehadiran konvoi Malaysia juga menarik perhatian George Galloway dan para sukarelawan Malaysia sempat memperkanalkan diri dan kenderaan yang dibawa.

Sesuatu yang menarik, kesemua ketua konvoi negara-negara melihat isu palestin dari pelbagai sudut namun menyimpulkan bahawa keganasan rejim Israel adalah satu-satunya punca kecacawan di bumi Palestin dan rejim tersebut perlu keluar dari bumi Palesrin. Semua mereka juga menyatakan bahawa di sebabkan apa yang berlaku di Palestin tersebut mendorong mereka untuk turut serta dalam konvoi.

1 comment:

  1. Semoga Allah mudahkan urusan semua Land Convoy Lifeline For Gaza Viva Palestina 5 ke Gaza.

    ReplyDelete