Sunday, 19 September 2010

Perjalanan bermula




18 Sept 2010, Konvoi kemanusiaan global laifeline for Gaza pagi ini berlepas dari pusat operasi Viva Palestina UK di Luton pada jam 10pagi menuju Terminal Folkston Euro-tunnel di timur-selatan United Kingdon. Cuaca sangat baik, sinaran suria menyeluputi bandaraya London dan sekitarnya membantu menaikkan suhu tempatan sekitar 15 darjah Celsius.
Perjalanan konvoi VP5 disertai konvoi Malaysia yang terdiri dari 7 orang kumpulan Aqsa2Gaza diketuai Dr Mohd Zin dan peserta Viva Palestina seramai 3 orang diketuai oleh Pn Azra Banu. Sepuluh sukarelawan tersebut memandu 6 kenderaan yang akan dijadikan Ambulan apabila disumbang ke Gaza nanti.
Perjalanaan melalui lebuhraya M1 dan M25 singgah di truck Service Station di selatan London. Di hentian ini para ahli konvoi berkumpul, makan, solat dan mendapatkan bekalan serta perkakasan perlu seperti Peta Eropah, Travellier daptor and battery charger. Briefing untuk keseluruhan ahli konvoi juga diadakan oleh urusetia konvoi kerana selepasa ini konvoi akan keluar dari UK dan berada di Eropah.
Lebih kurang 50 kenderaan pelbagai saiz meneyrtai konvoi ini yang ditaja oleh masyarakat pelbagai negara dan komuniti. Selain kenderaan van yang dibeli oleh konvoi Malaysia hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia, Lori kontena yang diusahakan oleh komuniti Islam Dewsbury UK, Van yang dipenuhi peralatan dan perubatan, Lori yang dipenuhi peralantan persekolahan, Bas Sekolah yang dipandu oleh sukarelawan Australia, Kenderaan khas orang cacat yang dipandu oleh sukarelawan Australia, dan berbagai lagi jenis kenderaan yang tidak dapat diperincikan satu persatu hari ini. Yang sangan menarik ialah bagaimana komuniti dari seluruh dunia, berlainan kefahanam, bangsa, warna kulit, membawa satu misi iaitu Untuk Memecahkan dan Merobohkan Keangkuhan Zionis Israel yang kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap bangsa manusia Pelestin.
Sekitar Jam 6.00 petang waktu UK konvoi mula tiba di Euro-tunnel di Folkston bagi menyeberangi Selat Inggeris ke Charlise terminal di Peranchis. Konvoi menyebrang dengan selamat. Setibanya di tanah Peranchis, peserta muslim bersolat Maghrib & Isya? di tepi jalan dan mendapat kerjasama dari ahli konvoi yang lain.
Apabila hari semakin gelap kami mula meneruskan perjalan dengan membuat pemanduan yang asing dengan kebiasaan iaitu sebelah kanan jalan dengan kenderaan UK (sama dengan Malaysia). Walaupun mulanya kekok, namun Alhamdulillah dapat memandu dengan baik di sepanjang lebuh raya menuju Bandaraya Paris.
Sekitar jam 11 malam kami tiba dipinggir bandaraya Paris dan terus ke Bangunan Pusat sukan iaitu tempat penginapan yang dijadualkan akan berada di sini selama 2 malam. Selepas makan ala kadar roti peranchis, cheese, zaitun dan jus, kami bersiap untuk tidur. Suhu yang sejuk mencecah 5 darjah Celsius meminta kami membungkus badan. Kepenatan yang amat sangat berlalu tanpa kami sedari sehingga dibangunkan rakan jam 6.00 pagi untuk solah Subuh.
Insiden Hari ini:
a. Kenderaan dipandu Ust Rofazlin (berseorangan) dan Hj Norazmi/Azmi Katiman terlepas menuju Pelabuhan Dover (feri). Namun dapa berpatah balik selepas dihubungi dan kembali mengejar konvoi kami di Folkston Euro Tunnel Terminal.
b. Kenderaan dipandu Sdr Mohd Yusof, mengalami 2 masalah, pertama ketika di tanah UK, tidak dapat dihidupkan dan terpaksa di tolak. Ketika berjalam malam di lebihraya menuju Paris di Peranchis, kenderaan yang sama mengalami kerosakkan injin dan terpaksa di tunda ke Service Station sekitar 150km selatan Paris. Ditemani kenderaan yang dipandu Hj Taufiq/Abdul Wahab dan sebuh lagi kenderaan konvoi negara lain, mereka terpaksa tidur di dalam kenderaan sementara menunggu kenderaan mereka diperbaiki awal hari ini. Saya dimaklumkan ketua konvoi bahawa kenderaan akan dapat dibaiki hari ini dan mereka akan dipastikan kembali bersam kami dalam program kempen soongan Palestin di Paris petang ini.
Kesimpulan
1. Keseluruhan peserta konvoi A2G berada di dalam keadaan sihat dan berada di dalam prestasi yang cemerlang di dalam semua segi.
2. Keseluruhan organisa konvoi berjalan baik dengan sedikit ubahsuai dari perancangan. Ini kerana situasi di perjalanan memerlukan tindakbalas yang sesuai apabila berhadapan dengan situasi sebenar.
3. Bermula adjustment setiap peserta konvoi ? dari segi berhubung dengan peserta pelbagai negara, bahasa dan kefahaman. Namun antara misi yang konvoi A2G yang ditekankan sebelum ini ialah untuk memanfaatkan networking, Mempamerkan fikrah dan akhlak Islam dan ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia selain belajar perkara-perkara positif dari masyarakat Antarabangsa.
Pagi ini, dimaklumkan sati hari adalah aktiviti kempen Kesedaran Palestin kepada masyarakat Peranchis bersama Datuk Bandar Paris.
Mohon do?a rakyat Malaysia, kami dapat melaksanakan yang terbaik untuk Palestin Kerana Allah.
Sekian
Disediakan oleh Ketua Konvoi A2G, 19 Sept 2010, jam 9.00pagi waktu Paris.
Di terbitkan oleh Unit dokumentasi & Media Team A2GVP5.

1 comment:

  1. ya allah,permudahkanlah jalan bagi mereka.KAU berilah keselamatan bg mereka agar dpt tiba ke Gaza utk mmbrikan bantuan kpd saudara2 kmi di sna....InsyaAllah..amin..

    ReplyDelete