Friday 10 September 2010

Isu Palestin: Semua Pihak Perlu Memberi Sokongan

Bepergian menyertai konvoi kemanusiaan melaui jalan yang jauh dan panjang sukar diduga cabarannya dan kesusahannya. Cuaca, keadaan jalan dan keadaan kenderaan hanya akan dapat dialami di dalam perjalanan nanti. Para sukarelawan dinasihatkan membuat pelbagai persiapan yang sewajarnya dan selengkapnya.

Sokongan dari pelbagai pihak juga sangat diperlukan, termasuk sokongan semangat, dorongan dan kewangan. Para majikan sukarelawan juga perlu memberikan kerjasama padu termasuk keizinan meninggalkan kerja-kerja di pejabat untuk diambil alih oleh rakan-rakan sejawatan.

Pemergian para sukarelawan nanti sebenarnya bukan suatu keistimewaan, sebaliknya adalah suatu tugas dan tanggungjawab yang berat. Mereka akan meninggalkan kampung halaman dan keluarga beberapa ketika dan meninggalkan kerehatan hujung minggu. Sebaliknya mereka 24 jam akan berada sepanjang jalan yang jaraknya mencecah ribuan kilometer menjalankan kempen kesedaran Palestin kepada penduduk-penduduk dunia sambil membawa misi bantuan kemusiaan ke Gaza.

Isu Palestin adalah isu yang sudah mula diketahui ramai. Pelbagai pihak memberikan sokongan. Kezaliman rejim zionis Israel sudah terserlah. Walapun pelbagai media cuba dieksploitasi oleh para kuncu-kuncinya, masyarakat dunia sudah boleh menilai secara objektif. Malaysia tidak ketinggalan di dalam memberikan sokongan moral. Semoga para sukarelawan akan dapat pergi mewakili ngo masing-masing dan negara dengan lebih berkesan.

No comments:

Post a Comment