Thursday 31 March 2011

Misi Membangun Semula Gaza turut dibentang di Mesyuarat Agung Koperasi Muslimin di Johor dan Perak






Ucapan pengerusi perhubungan negeri Johor Koperasi Muslimin Malaysia di Pontian oleh PM Dr Mohd Zin Kandar pada 6 Mac 2011 turut membentangkan beberapa slides mengenai isu perjuangan ummat di dalam membebaskan Palestin dan Masjidil Aqsa. Sebagai salah seorang yang menyertai Konvoi A2G, tidak mungkin isu Palestin tidak dibentangkan di dalm mana-mana kesempatan beliau berucap. Melalui hanya dua setengah hari di Gaza, sudah cukup memberikan suatu pengalaman yang mendalam dan semangat yang sukar pudar.

Perjuangan Koperasi Muslimn juga tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan ummat yang lebih global. Sokongan dan dokongan Koperasi Muslimin terhadap perjuangan pembebasan Al-Aqsa jelas dibuktikan oleh para ahli lembaga koperasi dan ahli-ahlinya apabila Koperasi Muslimin menyumbang RM12,000.00 baru-baru ini untuk membantu membangunkan projek ternakan ikan air tawar di Gaza. Sumbangan disampaikan oleh Yg Arif Dato' Ustaz Abdullah Muhammad yang merupakan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Msulimin kepada Eng AbdelRahem Shehab, Pengerusi Persatuan Islam Jabalia Gaza di Pejabat Koperasi Muslimin.

Ketika mewakili ALK di dalam mesyuarat Agung Kawasan di Ipoh Perak pada 20hb Mac 2011, Dr Mohd Zin turut membentangkan maklumat yang sama bagi dikongsi kepada anggota-anggota koperasi di Perak. Sekali gus memaklumkan kepada anggota-anggota koperasi akan sumbangan mereka di dalam perjuangan ummat yang bukan sahaja diperingkat tempatan tetapi juga global.

No comments:

Post a Comment