Sunday, 27 March 2011

Pengorbanan & Perjuangan

WEDNESDAY, FEBRUARY 16, 2011




15 Feb 2011, Kesempatan diberikan oleh JK Koperasi Muslimin Wilah Persekutuan Kuala Lumpur untuk berkongsi tajuk di atas. Penyampaian bermula dengan mengenengahkan keperluan kita sebagai individu Muslim dan organisasi Islam untuk memahami perjalanan kehidupan Rasulullah SAW, para sahabat dan pejuang-pejuang Islam sepanjang sejarah.

Pengorbanan dan perjuangan adalah sebahagian dari kehidupan berterusan mereka sehingga Allah memanggil mereka. Tiada di dalam diari kehidupan Rasulullah kecuali dipenuhi dengan Perjuangan dan Pengorbanan.



Di dalam realiti kehidupan dunia hari ini, tuntutan untuk berjuang dan berkorban semakin dieprlukan khususnya di dalam kehidupan para pencita kebenaran dan da;i. Masyarakat juga perlu di ajak memahami hakikat ini bagi meraih keridahan hidup dari Allah swt. Kemaksiatan dan kemungkaran hanya boleh di tangani seandainya pengorbanan dan perjuangan dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya” (Ali Imran)

“Dan (ingatlah) Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Az Zariyat:56)

Pengorbanan dan Perjuangan adalah bagi memastikan Allah ditaati perintahnya. Perjuangan Rasulullah saw, malah para rasul terdahulu adalah untuk mengajak manusia mengabdikan diri dan mentaati Allah swt dan menghindarkan manusia membuat kesyirikkan dan kezaliman.

Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan [yang disembah] di langit dan Tuhan [yang disembah] di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.” (Azzukhruf: 84)

“Tidak ada hukuman itu melainkan bagi [kepunyaan] Allah. Ia perintah kamu jangan sembah melainkan Dia [sahaja], [kerana] yang demikian itu adalah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Yusoff: 40)



Allah mempastikan ummat Islam berjihad dan menyeru mereka melakukannya. Tidak seorang pun yang dikecualikan sekiranya beliau mempunyai kemampuan. Sesungguhnya ayat ini merupakan satu amaran dan pemberi awasan, satu pengajaran yang benar-benar memberi amaran keras. Dalam hubungan ini AIlah berfirman: "Berangkatlah maupun dalam merasa ringan atau merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah”.

Wahai ummat muslimin, beribadat kepada Allah, beriihad demi menegakkan agama kamu, mempertinggikan syari'at kamu, kesemuanya ini adalah merupakan tanggungjawab kamu dalam hidup. Sekiranya kamu tunaikan tanggungiawab ini dengan sewajamya maka kamu adalah orang yang berjaya.
Sekiranya kamu menunaikan sebahagiannya atau kamu cuaikan semuanya maka dengarlah ini kubacakan ayat Allah: "Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami mencipta kamu untuk bermain-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya”.




Inilah juga tanggungjawab secara berjama'ah yang mana Allah menyeru seluruh ummat Islam melakukannya supaya mereka menjadi satu barisan, satu ketumbuk yang kuat, supaya mereka menjadi tentera yang benar- benar ikhlas dapat menyelamatkan insaniyyah dan menunjukkan kepada mereka jalan yang lurus.

Generasi Islam yang terdahulu telah mengetahui pengertian ini dan mereka bekerja untuk tujuan tersebut. Iman mereka mendorong mereka berkorban demi tujuan tersebut.
Al Qur'an di hadapahmu menyeru dengan terang dan jelas, Allah telah berfirman: Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah mereka itulah orang-orang yang benar”.

Perjuangan juga digambarkan apabila pada peringkat awal Yahudi Antarabangsa membuat konspirasi dan membuat tawaran kepada Khilafah Islam Othmaniah ketika itu. Lantas dijawab oleh Sultan Abdul hamid dengan kata-kata: "Generasi Islam yang terdahulu telah mengetahui pengertian ini dan mereka bekerja untuk tujuan tersebut. Iman mereka mendorong mereka berkorban demi tujuan tersebut.





Apa yang berlaku di Palestin dan di Gaza juga menyerlahkan tuntutan seluruh ummat Islam mengembling tenaga untuk bersama-sama rakyat palestin menghadapi kezaliman dan kemungkaran yang sedang dilakukan oleh para tentera dan pemimpin rejim Israel laknatullah.

Aqsa Syarif melalui beberapa pendekatan dan penglibatan membuka ruang kepada masyarakat menjayakan beberapa projok menyokong perjuangan rakyat Palestin khususnya di Gaza dan Tebing Barat serta Lubnan

No comments:

Post a Comment