Monday, 28 February 2011

Training of Trainers (ToT) Aqsa Syarif Sarawak







Walaupun kelihatan jauh di antara para aktivis Aqsa Syarif Sarawak dengan saudara-saudara seperjuangan di Semenanjung, ketibaan kami di Ibu Pejabat IKRAM Serawak dan Aqsa Syarif Sarawak tidak langsung memberikan gambaran tersebut. Pelbagai poster suasana Palestin terpampang di sekitar Pejabat. Juga dihiasi dengan maklumat gerak kerja dan aktiviti IKRAM Sarawak Suasana ukhuwah dan amal jama'ie sebagai satu organisasi jelas tercerna dan ianya bertambah mendekatkan hati-hati aktivis Aqsa Syarif di dalam beramal dan berukhuwah.

Bermula sekitar 8.30pagi 26 Feb 2011, Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Sarawak telah mengadakan ToT bagi aktivis Aqsa Syarif di negeri tersebut dengan empat penyampaian oleh dua orang ahli pemegang amanah (BoT) Aqsa syarif iaitu PM Dr Hafidzi Mohd Noor dan PM Dr Mohd Zin Kandar. Aqsa Syarif Sarawak telah berjaya membuka empat pejabat Sekretairt daerah-daerah iaitu Daerah Kuching, Daerah Kota Samarahan, Daerah Bintulu dan Miri. Semua wakil telah berjaya hadir dan engikuti ToT yang disenggarakan oleh pengerusi sekretariat AQSA Sarawak iaitu Ustaz Azman Zen.

Penyampaian oleh Dr Hafidzi menjelaskan dengan terperincai sejarah dan fakta-fakta konspirasi zionis antarabangsa, kuasa-kuasa besar barat dan ketua-ketua kerajaan Islam yang menggadaikan prinsip Islam di sebabkan kejahilan dan kebaculan mereka khususnya mereka yang berada dan berjiran dengan bumi Palestin. Tergadainya bumi Palestin sehinga dirongkai Tebing Barat dan terpencilnya semenanjung gaza hari ini, di antara lain adalah angkara pemimpin Islam seumpama Anwar El Sadat yang tiada jati diri sebagai pemimpin Islam. Lebih menyedihkan, perjanjian Camp David yang ditandatanganinya besama PM Israel Menachem Begin pada 17 September 1978 membawa kepada pengiktirafannya Baitul Maqdis sebagi ibu negara abadi bagi Israel !?
Selanjutnya Dr Hafidzi mengulas senario terkini negara-negara arab khususnya mesir yang telah berjaya menumbangkan pemimpin mereka yang zalim yang selama ini menjadi sekutu kuat Israel dan menekan rakyat Palestin khususnya Gaza. Petanda positif dan kemenangan yang semangkin hampir di dalam perjuangan Palestin sudah mula bersinar dan para peserta diseru untuk meneruskan usaha bagi meraih ganjaran dari Allah di samping memikul tanggungjawab membebaskan masjidil Aqsa.

Penyampaian oleh Dr Zin pula menjurus kepada aspek pentadbiran Aqsa Syarif di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah-daerah. Perancangan Strategi Aqsa Syarif turut dibincangkan dan bagaimana Aqsa Syarif di setiap negeri dan daerah perlu menjuruskan usaha, bekerja secara jama'i bagi mencapai sasaran tahunan atau KPI yang ditentukan.

Pengalaman konvoi A2G turut dibentang dan dikongsikan di dalam ToT yang dijalankan buat julung kalinya di Sarawak.

Para peserta ToT begitu kelihatan puas dengan huraian fakta-fakta sejarah yang begitu analitikal dan kritis yang disampaikan secara yakin oleh Dr Hafidzi disamping tayangan slides mengenai misi A2G yang dapat menaikkan semangat para serta untuk melipatgandakan usaha bagi 'menebus' Palestin & Masjidil Aqsa yang sedang ditawan rejim zalim zionis.

No comments:

Post a Comment