Saturday 5 February 2011

Sesiapa Yang Menjaga Anak Yatim - Rasulullah Akan Bersama Mereka Di Syurga.





“Aku dan Sesiapa yang menjaga anak yatim adalah seumpama dua jari ini nanti di Syurga…” sambil menunjukkan 2 jari telunjuk dan jari hantu. Begitulah maksud hadith Rasulullah SAW.

Penjelasan di atas dihuraikan oleh Syekh AbdelRahim Shehab di dalam ceramah beliau di bebrapa tempat termasuk di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana Skudai Johor. Beliau menyatakan bahawa keganasan Israel yang menangkap orang-orang dewasa sesuka hati dan memenjarakan dan menyiksa hingga puluhan tahun, menyebabkan ramai kanak-kanak yang kehilangan orang tuanya. Serangan bersenjata besar-besaran dan berterusan sehingga menyebabkan kematian orang-orang dewasa juga menjadikan kini anak-anak yatim meningkat di Gaza mencecah 5,000 orang.
Mereka sudah dikenalpasti dan di bawah pengawasan NGO-NGO di Gaza dan kemi memantau kehidupan mereka agar mereka terpelihara dan tidak terbiar serta menjadi nakal, malumlah mereka adalah kanak-kanak yang masih belum matang. Oleh itu bantuan berterusan kepada mereka sangat-sangat diperlukan. Mereka perlu diberikan makan, pakai, bimbingan dan pendidikan.

Syekh AbdelRahim menyanjung Aqsa Syarif yang menjadikan projek anak angkat yatim piatu menjadi projek utama yang kini sedang menguruskan sejumlah 500 anak-anak yatim melalui kutipan tajaan USD50 sebulan seorang anak yatim. Aqsa Syarm berterusan menawarkan peluang kepada orang awam menaja anak-anak yatim dengan sumbangan berterusan setiap bulan.

Selain membantu mereka yang memerlukan, projek ini sangat bermakna bagi pelbagai Persatuan Islam yang sedang menguruskan anak-anak yatim di Gaza dan seluruh Palestin. Setiap penaja boleh mengisi borang secara on-line di sesawang http://aqsasyarif.org.my dan setiap tajaan akan diberikan bio-data anak yatim serta sijil dari Aqsa Syarif. Hubungi pejaba Aqsa Syarif untuk maklumat lanjut.

Masjid Tmn Sri Pulai Perdana adala sebuah masjid yang aktif dalam isu Palestin. Semenjak Hari Raya Aidil Fitri, 3 ceramah sudah berjaya dianjurkan di Masjid ini dan masyarakat Palestin Insya Allah dekat di hati ahli-ahli jamaah Masjid ini.



Gambar bawah: Pengerusi BoT menyerahkan cek tajaan anak-anak yatim Pelestin pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment