Kembali ke Malaysia setelah berjaya menembusi sekatan rejim Israel di sempadan Rafah untuk ke Gaza dan menyerahkan bantuan kepada rakyat Gaza tidak bererti perjuangan sudah selesai, malah ianya mungkin baru bermula…
Para relawan yang mendapat sentuhan para ‘mujahid’ di Gaza sering menitiskan air mata khusnya ketika bersendirian meneliti gambar-gambar yang dirakam mereka ketika di Gaza. “Kami sangat-sangat tertekan bila mendapat berita serangan-serangan berterusan Israel terhadap rakyat Gaza selepas kami kembali di Malaysia” kata salah seorang sukarelawan. “Kami berdosa benar jika tidak berbuat apa-apa terhadap Palestin. Kami mesti terus menyumbang di dalam memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap Palestin kepada Malysarakat. Kami akan ditanya Allah nanti jika masyarakat tidak tergerak di dalam membantu palestin dengan apa jua”.”Mereka rakyat di Palestin adalah di barisan hadapan di dalam perjuangan membebaskan bumi umat Islam dan Masjidal Aqsa… semua ummat Islam harus terus bangkit dan membantu, samaada dengan do’a mahupun wang ringgit”.
No comments:
Post a Comment