Monday 31 January 2011

Wakil Gaza Menerima Sumbangan Dana dari Koperasi Muslimin





Pengerusi Islamic Society Jabalia Gaza Sdr Abdel Rahim Sihab berkesempatan melawat Ibu Pejabat Koperasi Muslimin di Kuala Lumpur ketika beliau di dalam rangka lawatan rasmi di Malaysia dan beberapa negara di Asia. Kunjungan beliau juga sebagai mewakili (perunding) kepada Majlis Perbandaran Jabalia (Utara Gaza) iaitu mewakili dato' bandarnya mr Essam Joudah. Koperasi Muslimin menyumbang sejumlah RM12,000.00 untuk membantu projek membangun semula Gaza malalui projek-projek yang diuruskan bersama oleh Aqsa Syarif Malaysia. Sekembalinya misi kemanusia Aqsa2Gaza (A2G) Viva palestina 5 pada Okt. 2010, Aqsa Syarif telah bertungkus lumus mengumpul dana bagi membantu 6 projek yang telah dikenalpasti yang perlu dilaksanakan di Gaza. Antaranya ialah Projek Pembangunan Kilang Roti yang dijangka beroperasi pada awal bulan April 2011. Kilang roti tersebut akan menghasilkan roti yang akan diagihkan secara percuma kepada lebih 5000 keluarga miskin di seluruh Gaza selain untuk jualan kepada rakyat Gaza dengan harga berpatutan.

Turut hadir di majlis ringkas di ibu Pejabat Koperasi ialah Ahli Lembaga Koperasi Yang Amat Arif Dato' Ustaz Muhammad Abdullah, Dr Mohd Zin, Pengurus-pengurus Koperasi En Abdul Rahman dan Ust Khairuddin dan aktivis Aqsa Syarif iaitu Tn Hj Norazmi dan En Azmi Katiman. Sdr Abdel Rahim sempat diberi penerangan ringkas berhubung Koperasi Muslimin Malaysia Berhad [http://koperasimuslimin.com.my] yang diwujudkan 30 tahun dahulu bagi membangunkan ekonomi dan sistem kewangan berlandaskan syari'at. Koperasi Muslimin yang kini memiliki aset melebehi RM60 juta dan ahli melebehi 35,000 ahli seluruh Malaysia, mewujudkan tabung al-Abrar yang antara lain adalah untuk membantu ahli dan orang Islam yang ditimpa kesusahan.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia menyertai Koperasi Muslimin dan menyumbang kepada pembangunan ummah di negara ini dan di seantero dunia. Jazakumullahukhairan semua anggota Koperasi Muslimin dari Aqsa Syarif dan rakyat Palestin.

Layari untuk maklumat lanjut Koperasi Muslimin Malaysia Berhad.
http://koperasimuslimin.com.my

No comments:

Post a Comment