Thursday 27 January 2011

Islamic Society Jabalia: Bukan Sekadar Sebuah Persatuan Islam









Islamic Society jabalia (ISJ) yang beribu pejabat di 3 tingkat bangunan sederhana bersambung dengan sebuah masjid di Kota Jabalia di Utara Gaza adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif. Digerakkan oleh gabungan pelbagai lapisan aktivis telah ditubuhkan pada tahun 1976.
Kewujudan ISJ bukan sekadar sebuah persatuan Islam dalam erti kata yang kita lazimnya faham yang hanya menjalankan aktiviti berbentuk ceramah dan pendidikan. Namun ISJ telah berperanan lebih luas, merangkumi keluasan Islam sebagai suatu sistem hidup (Ad-Deen). Sesuai dengan tuntutan di Gaza yang memerlukan penyelesaian terhadap pelbagai masalah kemanusiaan, sosial, ekonomi dan pendidikan, ISJ telah merangka suatu gagasan yang menyeluruh bagi memainkan peranan yang lebih berkesan di tengah-tengah masyarakat di kota Jabalia.

Ketika konvoi kemanusiaa Jalan Darat Viva Palestina memasuki Gaza pada 21 Oktober 2010, relawan Aqsa 2 Gaza berpeluang dibawa melawat ibu pejabar ISJ dan projek-projek yang dijalankan oleh ISJ.

Diketuai oleh seorang anak muda yang betubuh sasa, memiiki raut wajah berseri (sentiasa senyum), berfikiran konstruktif dan berwawasan, En Abdel Rahim Sihab telah berjaya mengembling tenaga dikalangan anak-anak muda membangunkan beberapa projek sosio-ekonomi bagi membangun semula kota jabalia yang teruk diserang rejim Israel pada 2008.

Memiliki visi "Distinction and leadership in the relief and the development field of Palestinian society to be able to withstand the challenges which face with all our sources for access to a healthy society enjoy with social justice values, and to be a role model in the field of charitable work and humanitarian foundation gate to Palestine", ISJ menurunkan misinya "The Islamic Society - Jaballia seeks to alleviate the suffering of the Palestinian people, especially in the northern Gaza Strip, and rehabilitation physically and morally through adoption of many relief and development programs and activities, with high quality. Islamic Society – Jaballia is aimed all segments of Palestinian society, male and female, without discrimination in order to preserve their dignity and published values of social justice, through close relationship with the public and private foundation and NGO’s locally and internationally.".

ISJ telah merangka Perancangan Strategi 2010-2013 yang merangkumi aktiviti, program dan projek yang menyeluruh bagi membangunkan semula masyarakat Jabalia di dalam aspek sosial, kekeluargaan, pendidikan dan ekonomi.

Di antara projek yang berjaya dilaksanakan ialah Ternakan Lembu Tenusu, Penghasilan Susu dan Keju. ISJ juga berjaya membangunkan kawasan rekreasi pantai yang dintegrasikan dengan projek ternakan ikan air tawar.

No comments:

Post a Comment