Sunday 2 January 2011

Koperasi Muslimin Taja Projek Ikan Air Tawar di Gaza dengan sumbangan RM12,000.00



Pembentangan ringkas situasi di Gaza oleh ketua konvoi A2G, Dr Mohd Zin di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) pada 1 Jan 2011 di ibu pejabat KMMB telah menanamkan rasa keinsafan dan keprihatinan yang tinggi dikalangan ALK KMMB. Sebagai sebuah koperasi yang berasaskan Islam dan membawa misi untuk melaksanakan sistem muamalat Islam di dalam masyarakat, pihak KMMB telah memperuntukkan sebahagian dari tabung abrar yag disumbangkan para ahli untuk membantu rakyat Gaza membangun semula kehidupan dan ekonomi selepas keganasan berterusan Israel terhadap Gaza. Sejumlah RM12,000.00 disalorkan melalui Aqsa Syarif untuk disumbangkan di dalam projek ternakan ikan air tawar di Gaza. DI jangkakan dengan bantuan itu, ianya ka dapat menaja sekurang-kurangnya dua kolam ternakan ikan air tawar di Gaza yang sedang giat dijalankan. Dilaporkan bahawa Dr Mohd Zin (yang juga ahli lembaga KMMB) akan ke Gaza pada masa terdekat bagi menghadiri persidangan antarabangsa pembangunan semula Gaza dan beliau dijemput membentang kertas kerja di sana.

No comments:

Post a Comment