Saturday, 5 February 2011

Umat Islam diseru segera membebaskan Masjid Al-Aqsa







Ketika berceramah dihadapan pelajar-pelajar UTM di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor sebaik solat Jumaat pada 4 Feb 2011, wakil Gaza, Syeikh AbdelRahim Shehab menyeru seluruh ummat Islam berusaha bersungguh-sungguh mengembling tenaga, kewangan dan do'a ke arah pembebasan Palestin, pengusiran orang-orang Yahudi untuk balik ke negara masing-masing di Eropah, Romenia, Rusia USA dan lain-lain.

Berceramah di hadapan pelajar-pelajar dan staf UTM yang datang dari seluruh dunia, beliau menekankan bahawa janji Allah pasti tiba iaitu kemenangan membebaskan bumi ambiya' Palestin yang sedang dijajah dan dinodai oleh rejim Yahudi. "Anda semua perlu menyumbang dan menanam saham agar apabila bertemu Allah nanti, anda akan mempunyai jawapan akan kewajipan membebaskan tanah Palestin ummat Islam".

Kehadiran orang-orang Yahudi di bumi Palestin adalah suatu yang menyalahi etika kemanusiaan, undang-undang dan peraturan. Mereka tiada hak ke atas tanah Palestin. Mereka sedang merampas hak rakyat palestin yang berjumlah 6juta orang yang kini menjadi Pelarian di luar negara Palestin seperti di Lubnan Jordan, Syria dan lain-lain negara. Rejim ahudi juga sedang merampas hak Umat Islam seluruh dunia untuk ke Masjiddil Aqsa. Mereka akan kita usahakan kembali ke tanah masing-masing melalui Jihad dan regim Israel Yahudi mesti diusir keluar dari bumi Palestin.

Sokongan dari para pelajar antarabangsa dan tempatan yang sedang belajar di UTM jelas terbukti apabila dikira kutipan derma mencecahlebih RM4000.00. "Minggu ini adalah minggu curi semester dan lebih 65% pelajar balik kampung..." kata seorang staf UTM. SUmbangan sejumlah RM3,000 turut diserahkan oleh YDP Persatuan kakitangan Akademik UTM, PM Dr Aminuddin Ruskam.

Syeikh AbdelRahim Shehab diakhir ceramah sempat bertemu pelajar-pelajar dari Palestin khususnya dari gaza yang sedang melanjurkan pelajaran mereka di UTM. Sejumlah 27 pelajar Palestin sedang belajar di UTM Johor.

No comments:

Post a Comment