Saturday, 5 February 2011

Dakwah dan Tarbiyah Asas Pentadbiran Di Gaza





"Apa jua yang sedang dilaksanakan di Gaza sama ada di dalam aktiviti kerja-kerja kemanusiaan (humanitarian), pendidikan, keselamatan, politik dan ketenteraan adalah berasas dan berpaksikan Dakwah dan Tarbiyah" Kata syeikh AbdelRahim Shihab, aktivis kemanusiaan dan perunding kepada Jabalia City Municipality yang dalam rangka lawatan ke beberapa negara Islam termasuk Turki, Malaysia dan Indonesia.

Al-Qur'an adalah rujukan utama kepimpinan dan al-Qur'an siajar di Masjid-masjid, di sekolah-sekolah dan dirumah.Al-Qur'an dibaca, dihafaz dan dipelajari oleh semua golongan. Al-Qur'an menjadi rujukan dan panduan di dalam semua institusi keluarga, persatuan dan agensi kerajaan. Nilai-nilai murni sentiasa digali dari al-Qur'an bagi dijadikan panduan dalam segala gerak kerja.

Al-Sunnah yang dipelajari dari Hadith Nabi SAW adalah rujukan pelengkap selepas AL-Qur'an. Syekh Ahmad Yasin adalah di antara pemimpin, ulama' dan cendikiawan gerakan Islam yang telah mewakafkan hidupnya untuk membangunkan suatu gerakakan Islam yang merujuk dirah perjalanan nabi dan para sahabat di dalam keadaan senang mahupun genting. Nabi SAW pernah berdepan dengan musrikin dan dengan yahudi. Banyak panduan yang boleh diperolehi dari meneliti dan mempelajari sirah perjalanan Rasulullah SAW bermula di dalam peringkat lemah (pengikut yang sedikit), dan di dalam keadaan Islam berkembang dan kuat.

Gaza tidak mungkin bertahan dan tidak mungkin akan menang tanpa asas dakwah dan tarbiyah sebagaimana yang didemonstrasikan oleh junjungan mulia Rasulullah saw dan para sahabat R.A. dan kini dikembang-amalkan oleh gerakan Ikhwan Muslimin,

Ini adalah sebahagian dari kandungan ceramah Syeikh AbdelRahim dihadapan ahli-ahli IKRAM Johor di Ibu Pejabat IKRAM Johor di Tmn Universiti Skudai.

No comments:

Post a Comment