Saturday 5 February 2011

RM13,000.00 dijana ketika ziarah Syeikh Gaza ke JB



Alhamdulillah, bersempena lawatan Syeikh AbdelRahim Shehab ke Johor Bahru selama dua hari, lapan (8) ceramah telah dapat dianjurkan di sekitar Johor Bahru dan Kulai Jaya oleh Aqsa Syarif Sekretariat Negeri Johor yang dihadiri oleh pelbagai golongan dari golongan pelajar universiti, kanak-kanak sekolah, ahli-ahli prosesional, NGO dan ahli-ahli jamaah masjid/surau muslimin dan muslimat.

Ceramah berkisar isu Palestin, kekejaman rejim Israel, keadaan kehidupan di Gaza, Usaha-usaha membangun semula sektor ekonomi, pekerjaan, pendidikan, sosial dan infrastruktur oleh kerajaan Hamas di Gaza serta NGO-NGO.

Kerjasama rakyat Malaysia dalam bentuk do'a, sumbangan kewangan dan kepakaran turut dihuraikan, khusunya usaha sama di antara Aqsa Syarif dengan Islamic Society of Jabalia, Beaithlahya dan Khanyounis. Lawatan ke beberapa masjid, suarau, universiti dan NGO (IKRAM) di Johor telah memberikan gambaran sebenar bagaimana isu Palestin di tangani dan bagaimana masyarakat di Malaysia berusaha membantu rakyat Palestin di dalam perjuangan mereka.

Keluangan masa ketika tiada aktiviti khusus, Syeikh AbdelRahim telah sempat melawat kebun Getah dan Kelapa Sawt di sekitar Kangkar Pulai, melawat kawasan kampung dan kawasan Nusajaya.

Selain kutipan dana, pameran dan jualan produk Aqsa Syarif diadakan dan beberapa tajaan baru Anak Yatim dan Keluarga Miskin diperolehi. Allahu AKbar Walillahil Hamd.

No comments:

Post a Comment