Monday 7 February 2011

Re-Union Relawan A2G Bermakna






Alhamdulillah, hujung minggu lalu suatu re-union relawan Aqsa2Gaza (A2G) berjaya di adakan di Kuala Lumpur walaupun 3 relawan tidak dapat turut serta. Sdr Abdul Wahab dan Hj Taufik terperangkap di lebuh raya dari utara apabila setelah 5 jam bertolak, mereka hanya berjaya tiba di Perak dan terpaksa membatalkan perjalanan. Sdr Yusof dengan urusan keluarga yang tak dapat dielakkan.
Re-union yang dapat dihadiri oleh Dr Mohd Zin, Hj Norazmi, Azmi dan Ust Rofazlin itu turut dihadiri oleh Syeikh AbdelRahim Shehab dari Gaza yang dalam misi khas melawat 3 negara Islam Turki, Malaysia dan Indonesia. Turut hadir ialah rakan seusrah Syeikh AbdelRahim iaitu Mr Fadi (al-Hafiz) dan Mr Ahmad yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di sebuah Universiti tempatan di Malaysia.

Selain membincang beberapa usaha-usaha berterusan memyemarakkan isu dan perjuangan memperkasa ummah di Malaysia, sukarelawan A2G berpeluang mendapat berita-berita terkini dari Gaza yang dikongsikan oleh Syeikh AbdelRahim. Gambar kelihatan Ust Rofazlin & Sdr Azmi membuat rakaman terhadap amanat-amanat yang diberikan oleh Syeikh AbdelRahim.

Pertemuan yang ringkas tetapi penuh bermakna itu diselang seli dengan perbincangan santai dan gelak ketawa. Kelihatan ceria meraka dari Gaza itu tetapi sesekali perincangan begitu serius apabila isu perjuangan dan apa yang ummat Islam perlu lakukan untuk membebaskan bumi Palestin dan masjidil Aqsa dari cengkaman rejim Israel yang zalim. Gambar kelihatan juga sifat mulia Hj Norazmi yang sentiasa melayan rakan-rakan dimeja makan. Kelihatan juga kesungguhan Hj Norazmi menjelaskan sesuatu yang begitu serius sambil diberi tumpuan oleh tetamu yang turut hadir.

No comments:

Post a Comment