Wednesday 8 December 2010

Aqsa Syarif Kenalpasti 6 Projek Kritikal Bantu Gaza

Ketika relawan Aqsa Syarif di Gaza di dalam misi konvoi kemanusiaan jalan darat akhir bulan Oktober lalu, para relawan berpeluang melawat projek-projek tajaan rakyat Malaysia yang disumbang melalui tabung Aqsa Syarif. Selain dari itu, relawan Aqsa telah dibawa para NGO yang aktif di Gaza membantu rakyat membangun semula kehidupan rakyat semenjak serangan besar-besaran Israel 2008 dan beberapa serangan berterusan semanjak 2006 serta sekatan oleh rejim Israel terhadap gaza.

Rakyat dan kerajaan Gaza telah menghadapi kemerosotan ekonomi dan pembangunan sehingga ke peringkat keluarga dan individu. Peningkatan penganggguran sehingga 55% dan kebergantungan bantuan oleh rakyat mencecah 75% menjadikan permintaan bantuan untuk pelbagai institusi di dalam masyarakat menjadi semakin kritikal.




Lawatan relawan A2G di beberapa penempatan termasuk di Betlahiya dan Jabalia (utara Gaza), Hospital Rantissi dan Islamic University (Gaza City) dan Khanyounis (Selatan Gaza) mendedahkan keadaan sebenar Gaza yang sangat-sangat memerlukan bantuan luar untuk membangun semula sosio-ekonomi di Gaza. Relawan AQSA berkesempatan mengadakan perbincangan dengan 10 kumpulan NGO yang aktif di dalam kerja-kerja banguan kemasyarakatan di Gaza. Relawan AQSA juga berpeluang mengadakan perbincangan dengan Dato' Bandar Jabalia al-Nazlah serta dengan pengarah Hospital Kanser Kanak-kanak Rantissi dan pegawai di University Islam Gaza.

Melalui lawatan-lawatan dan perbincangan yang dijalankan di Gaza, lebih 30 projek-projek dicadangkan untuk pertimbangan relawan Aqsa Syarif. Sekembalinya ke Malaysia, relawan Aqsa Syarif telah mengadakan bengkel dan telah mengenalpasti enam (6) projek paling kritikal dan munasabah untuk diberikan keutamaan di dalam misi membantu rakyat Gaza dengan anggaran bernilai RM6juta. Projek-projek yang telah dikenalpasti meliputi 3 bidang keutamaan iaitu; (a).Projek bantuan kemanusiaan - bantuan terus membantu kesusahan dan keperluan semasa; (b).Projek Membantu Membangun Sosio-ekonomi individu dan keluaraga (jangka sederhana); dan (c).Projek membangun ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan dan memenuhi keperluan masyarakat setempat (jangka panjang).

Enam projek-projek yang dimaksudkan ialah:-
1. Projek Bantuan Beg Sekolah untuk kianak-kanak miskin bernilai USD35.00 (RM120.00) seorang pelajar untuk sejumlah sehingga 5000 pelajar. Projek ini merangkumi bekalan beg sekolah, alat tulis dan pakaian pelajar. Nilai projek dianggarkan sejumlah USD175,000.00 (RM550,000). Projek ini akan dijalankan secara berperingkat dan Aqsa Syarif mempelawa rakyat Malaysia menaja mengikut kemampuan penderma/penaja.




2. Projek Bantuan Para Kanak-kanak Pesakit Kanser di Hospital Rantissi. Ia diuruskan oleh Institute Khatwa Youth di Gaza City. Bantuan dari aspek keperluan para kanak-kanak dan keluarga dengan anggaran sekitar RM250,000.00 setahun.




3. Projek Bantuan Membangunkan Sosio-ekonomi keluarga miskin melalui pembiayaan/bantuan modal permulaan dan modal pusingan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Projek diuruskan oleh Al-najdah Social Asssociation Gaza dan Emaar Association di Khanyounis Selatan Gaza. Projek dianggaran bernilai Euro300,000 (RM1.2j).

4. Projek Projek membina dan mengoperasikan Kilang Roti di Betlahya (Utara Gaza) yang diurus oleh Islamic Society Betlahya. Kilang Roti ini akan mampu menyediakan pekerjaan sekitar 20 orang dan menyediakan keperluan roti untuk seluruh bandar. Kos projek bernilai USD200,000 (RM630,000) termasuk sewaan bangunan.



5. Projek ternakan lembu, kambing, ayam dan arnab bagi memenuhi keperluan bekalan daging tempatan yang kini kekurangan sehingga -40%. Projek diurus oleh Persatuan Islam Jabalia. Projek ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan masyarakat luar bandar, malah akan menaikkan ekonomi dan menambahkan bekalan keperluan daging di Jabalia. Projek dianggarkan bernilai RM300,000.00 (USD100,000).



6. Projek ternakan ikan air tawar dan kilang memproses makanan ikan. Projek diurus oleh Persatuan Islam gaza yang telah berjaya memulakan peojek fasa pertama. Makanan ikan yang terlalu mahal untuk diperolehi dari Israel, projek ini akan membantu menurunkan kos operasi projek di samping membantu menyediakan keperluan ikan. Perlu dimaklumkan bahawa semenjak sekatan dan kawalan perairan laut di barat Gaza, para nelayan dihalang untuk ke laut. Relawan Aqsa Syarif telah mengenalpasti teknologi dari Korea bagi menjayakan projek ini. Kos projek dianggarkan sejumlah RM300,000.00,


Rakyat Malaysia yang berminat untuk sama-sama menanam saham akhirat, sila berhubung terus dengan ibu Pejabat Aqsa Syarif di talian 03-87334636. CEO dan Pegawai Aqsa Syarif bersedia membantu anda merialisasikan niat suci anda. Aqsa Syarif juga membuka peluang ini kepada para usahawan, ahli-ahli korporat, persatiam-persatuan, masjid-masjid dan agensi-agensi yang berminat.

1 comment:

  1. assalamualaikum,

    Kalo boleh sy tahu, setiap projek ada akaun sendiri atau semuanya dlm satu akaun bank?

    semoga usaha anda semua di balas dgn ganjaran dr Allah

    ReplyDelete