22 Mei 2011 telah berlangsung ceramah isu Palestin di Masjid JamekKamunting, Perak oleh Pengerusi AQSA Kedah, Sdr Abdul Wahab. Kutipan lebih RM 2400.00 terkumpul. Kehadiran sekitar 300 orang. Sambutan amat baik dan memberangsangkan.
24 Mei 2011 pula berlangsung ceramah Palestin di Sek. Men. Dato' Lela Pahlawan, Padang Serai, Kedah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari jam 3.30 - 5.00 ptg di surau sekolah.
Insya Allah pada 27 Mei 2011 akan berlangsung Pameran Palestin di Petronas Fertelizer sempena majlis tilawah Al-Quran. Hari yang sama ceramah Palestin yang akan disampaikan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia) di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani selepas Maghrib dengan tajuk: KEBANGKITAN UMMAT - YAHUDI TERGUGAT
Insya Allah pada 28 Mei 2011, akan berlangsung Program TOPS 1 ( Training fOr Palestine Speakers part 1) di PPI (Pusat Pendidikan Islam) yang akan turut disertai wakil dari Aqsa Syarif Pulau Pinang. Prog. 1 hari menggunakan set module TOPS Aqsa Syarif Selangor. Yang Mulia Dr Hafidzi diberikan 4 slot pengisian. Dengan harapan suntikan dari program. TOPS 1 dapat merangsang para sukarelawan untuk bergiat cergas dalam pasukan Aqsa Syarif Kedah.
29 Mei 2011 pula Ceramah Palestin di LHDN Sg.Petani dari pukul 10.00- 11.30 pg - oleh Dr Hafidzi.
29 Mei 2011 Ceramah Palestin di Masjid Padang Temusu, Sg.Petani, Kedah selepas Maghrib.
Prog.-prog. yang telah disusun diharapkan dapat mencapai sasaran dalam memperkasa ummah dan membebaskan Al-Quds serta memperkukuh Aqsa Syarif di daerah masing-masing dgn ahli-ahli yang mantap dan berwibawa. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati Allah SWT.
Berita ditulis oleh Abdul Wahab Yahya (Pengerusi Aqsa Syarif Kedah)
No comments:
Post a Comment