Tuesday 24 May 2011

Konvoi Memperingati Nakhbah Palestin - Membentuk Sukarelawan di Kalangan Generasi Pelapis











Alhamdulillah, perogram konvoi Aqsa Syarif yang berjaland engan lancar pada hari Sabtu lalu telah membuka ruang kepada para sukarelawan muda untuk menjalani 'latihan' praktikal di dalam melaksanakan tanggungjawab menyokong perjuangan para pejuang di Palestin. Dengan cara tersendiri, Aqsa Syarif telah membuka peluang kepada para sukarelawan muda dikalangan pelajar-pelajar universiti dan pemuda-pemudi di Malaysia.

Mereka secara langsung dilatih oleh para aktivis Aqsa Syarif dan Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui tunjuk ajar yang praktikal bagaimana isu perjuangan Palestin diketengahkan di dalam masyarakat. Melalui perancangan yang rapi dan pengemblingan dengan kelab-kelab bermotor di Malaysia, para pemuda dipimpin dengan kaedah pemanduan yang berdisiplin di samping mengibarkan bendera Palestin, bendera Malaysia dan mengedarkan makluamt-maklumat tentang Palestin ekpada orang ramai.

Para peserta konvoi di bawa ke tempat orang ramai dan mereka dibekalkan dengan bahan-bahan edaran.

Alhamdulillah mereka telah dapat memecahkan perasaan segan dan diganti dengan demangat membara untuk membantu saudara-saudara yang dalam kesusahan di Palestin.

No comments:

Post a Comment