Tuesday 24 May 2011

Projek Kilang Roti Aqsa Syarif di Gaza dalam Progress ... Alhamdulillah dan Terima Kasih Para Penyumbang Rakyat Malaysia









Gaza, Palestin 24 Mei 2011, Pengurus Projek Kilang Roti Aqsa Syarif di Gaza, Ir. AbdelRahem Shehab melaporkan bahawa projek biaya rakyat Malaysia yang diurus Aqsa Syarif sedang dalam rancak dibina. Ubahsuai bangunan kini sudah disiapkan dan satu-satunya mesin tercanggih membuat roti di Gaza telah tiba dan akan siap dipasang beberapa hari lagi.

Projek kilang roti di Gaza tercetus apabila sukarelawan Aqsa2Gaza melawat beberapa penempatan di Gaza termasuk di Jabalia, Beitlahya dan Khanyounis Gaza pada 23 Ogos 2010 lalu dan melihat sendiri keperluan mendesak di Gaza tentang makanan asasi penduduk khususnya selepas Israel membuat sekatan ekonomi.

Sebelum ini blog ini ada melaporkan akan beberapa artikel yang juga diterbitkan di dalam akhbar tempatan. Sila lihat capaian .... http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/02/kilang-roti-untuk-keperluan-seluruh.html

http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/02/ingat-rotiingat-gazaingat-aqsa-syarif.html

http://aqsa2gaza.blogspot.com/2011/01/projek-kilang-roti-untuk-rakyat-gaza.html




No comments:

Post a Comment