Tuesday 24 May 2011

Aqsa Syarif Di Sambutan Hari Falak Sedunia di Melaka








22 Mei 2011, Pusat Falak Tanjung Bidara Melaka, telah berlangsung program tahunan sambutan hari Falak Sedunia anjuran Pusat Falak Al-Khawarizmi, Aqsa Syarif telah berpeluang turut memeriahkan sambutan melalui Pameran Aqsa Syarif dan Ceramah Pengalaman Konvoi A2G oleh PM Dr Mohd Zin Kandar. Pengemblingan Pengerusi Aqsa Syarif Melaka, Sdr Aris Sipan, Ust Rofazlin dan JK Aqsa Syarif Muar, pameran telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ceramah selama hampir 2 jam di Auditorium di Pusat Falak yang dihadiri Dato' Mufti Melaka, pelajar-pelajar sekolah, pegawai-pegawai kerajaan dan orang awam.

Selepas pentupan sambutan oleh Exco Agama Kerajaan negeri Melaka, gerai Aqsa Syarif dilawati para VVIP dan Sdr Aris Sipan turut membuat penerangan dan menghadiahkan mufler kepada VVIP.

Pusat Falak Al-Khawarizmi diketuai dan diuruskan oleh Dr Kasim Bahali, seorang yang memiliki minat mendalam dan berdidikasi menganai ilmu Falak Syar'ai.

Tahniah sekali lagi AQSA Melaka. Teruskan aktivisme dan perjuangan.

No comments:

Post a Comment